ads

Sabtu, 8 Disember 2012

06 di triang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di triang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 01:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2012 01:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Empangan Sg <b>Triang</b> RM1 Bilion Kian Jadi Realiti <b>...</b>

Posted: 27 May 2010 08:49 PM PDT

Kategori Sana Sini

Empangan Sg Triang RM1 Bilion Kian Jadi Realiti – MB N9

ehsan utusan onlineREMBAU 27 Mei – Penyelesaian terhadap keperluan bekalan air khususnya di kawasan ini dan bandar Seremban sudah pun melepasi proses debaran apabila terowong yang dikorek dari Kampung Jambatan, di sini ke Ngoi-Ngoi dekat Seremban 'dipertemukan' hari ini.

Detik bersejarah itu berlangsung di dalam terowong sejauh 12.5 kilometer itu apabila Projek Skim Bekalan Air Triang pakej pertama yang menelan belanja RM125 juta kini tidak tersasar sebaliknya berjaya dipertemukan bagi pemasangan paip saluran air ke loji rawatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merupakan satu pakej dalam Empangan Sungai Triang, di mana air yang diambil dari Sungai Triang itu akan disalurkan ke Empangan Terip untuk menghasilkan 100 juta gelen air sehari kepada penduduk terbabit.

"Hari ini adalah sejarah. Empangan Sungai Triang yang akan kita bina dengan kos hampir RM1 bilion itu akan membawa banyak faedah kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan air bersih.

"Kita buat terowong ini untuk penghantaran air melalui paip yang dibina ketika ini.

"Sungai Triang mengalirkan air ke sebelah timur, di mana ia memasuki Sungai Pahang. Sebab itulah terowong ini dibina supaya air boleh disalurkan secara graviti ke Kampung Ngoi-Ngoi dan diproses di loji berkenaan kelak," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di Dewan Sri Rembau di sini hari ini.

Mohamad yang mempunyai program berasingan di Rembau hari ini memberitahu, apabila loji Ngoi-Ngoi siap kelak ia boleh memproses air bersih untuk disalurkan kepada penduduk di sekitar Seremban, Nilai, Enstek dan Jelebu yang pesat membangun ketika ini.

"Loji Ngoi-Ngoi yang akan dibina dengan kos RM130 juta itu boleh menghasilkan air bersih kira-kira 50 juta gelen sehari.

"Ini merupakan penambahan bekalan air bersih yang sudah diproses di Empangan Sungai Terip ketika ini berjumlah 65 juta gelen sehari. Apabila dijumlah dengan 50 juta gelen sehari, ia berupaya menghasilkan 110 juta gelen air sehari sebaik siap pada 2012," kata Mohamad.

Katanya buat masa ini, keperluan air di kawasan Seremban, Nilai dan Enstek ialah 70 juta gelen sehari dan kalau didaftarkan pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan, tujuh peratus setiap tahun, ia akan berupaya menampung keperluan air sehingga tahun 2050.

"Projek ini berjalan mengikut jadual, melainkan di Kampung Peradong, sejauh 3.5 kilometer yang diubah jajaran paip dari kawasan penempatan ke laluan tepi sungai," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim yang ditemui di sini berkata, penyiapan pembinaan terowong itu merupakan satu daripada lima pakej yang perlu disiapkan dalam usaha melengkapkan projek berkenaan.

"Projek Skim Bekalan Air Triang ini terbahagi kepada lima pakej. Pakej pertama adalah pembinaan terowong ini yang dibina dari Kampung Jambatan ke Ngoi-Ngoi.

"Pakej kedua melibatkan pembinaan muka sauk dan stesen pam air mentah di Sungai Kenaboi dan Sungai Triang, manakala pakej ketiga dan keempat melibatkan pembinaan jajaran paip air mentah dan kelima pula pembinaan Empangan Sungai Triang.

"Maka hari ini kita berpeluang untuk menyaksikan detik bermakna menerusi proses penyambungan terowong ini yang bernilai RM125 juta ini dan dijangkakan siap hujung tahun ini," katanya. – Utusan Malaysia/MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 11:49 AM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved