ads

Isnin, 24 Disember 2012

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Khabar <b>Pahang</b>: Bajet <b>Negeri</b> 2013, bajet surplus/lebihan

Posted: 04 Dec 2012 06:17 AM PST

... bajet surplus/lebihan RM25.06 juta iaitu anggaran hasil tinggi, RM736.90 juta berbanding anggaran perbelanjaan, RM711.84 juta.
DEWAN UNDANGAN NEGERI, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, hari ini membentangkan Bajet Negeri 2013 yang merupakan bajet surplus/lebihan hingga sebanyak RM25.06 juta!
Bajet surplus/lebihan ini diperolehi ekoran hasil atau pendapatan  yang negeri ini dijangka perolehi pada tahun depan sebanyak RM736.90 juta, melebihi anggaran perbelanjaan sebanyak RM711.84 juta.
Perolehan hasil atau pendapatan RM736.90 juta yang dijangkakan itu ialah RM260 juta daripada hasil tanah dan galian; RM180 juta daripada perhutanan; RM190.40 juta daripada hasil-hasil lain; dan, RM106.50 juta daripada geran Kerajaan Persekutuan.
Daripada RM711.84 juta anggaran perbelanjaan ini pula, sebahagian besar daripadanya sepertimana kelaziman termasuk Bajet Negara mahupun bajet negeri-negeri lain, ialah bagi perbelanjaan mengurus sebanyak RM604.77 juta manakala RM61.72 juta untuk pembangunan.
Sehubungan dengan itu, ketika membentangkan Bajet Negeri 2013 ini pada pagi Selasa, 4 Disember di sini, Dato' Sri DiRaja Adnan menegaskan betapa fokus bajet negeri ini adalah sama sepertimana Bajet Negara 2013, dengan tambahan satu lagi elemen yang berkaitan dengan Orang Asli.
BAJET TURUT BERI FOKUS KHAS KEPADA ORANG ASLI
"Bajet Negeri 2013 digubal dengan fokus selari dengan Bajet Negara. Enam (6) fokus utama bagi Bajet Negeri 2013 iaitu Merangsang Aktiviti Ekonomi dan Pelaburan; Memperkukuhkan Kemudahan Prasarana;
"Memperkasa Pendidikan dan Latihan; Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam; Membantu Mensejahterakan Rakyat; dan, Memberi Perhatian Khas Kepada Masyarakat Orang Asli," katanya dalam ucapan pembentangan selama sejam 18-minit.
Pada awal ucapannya, beliau berkata, "Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd.Najib Tun Haji Abdul Razak yang telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2013 pada 28 September 2012 yang lalu.
"Bajet dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri terus mengekalkan tradisi terbaik kerajaan untuk terus memakmurkan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Manifestasi yang dibawa kepada rakyat ialah bertemakan 'Memakmurkan Negara, Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati', diterjemahkan pada setiap bajet yang dibuat adalah semata-mata untuk faedah dan manafaat rakyat Malaysia".
PELABURAN RM4,480 JUTA DI BAWAH 'ROLLING PLAN' KEDUA
Berikut ialah antara intipati ucapan Bajet Negeri 2012 yang kemudian disokong oleh Dato' Pang Tsu Ming (BN – Semambu), dan akan dibuka untuk perbahasan oleh para wakil rakyat bermula pagi esok, Rabu, 5 Disember.
# Kerajaan Negeri mengunjurkan pertumbuhan ekonomi berkembang pada kadar 5.2 peratus pada tahun 2012, berbanding pencapaian 4.9 peratus pada tahun 2011. Pertumbuhan ini disokong oleh pengukuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan.
# 'Rolling Plan' Kedua (2012 – 2013) negeri telah berjalan baik dan Kerajaan Negeri telah menerima projek-projek pelaburan yang diluluskan bernilai RM4,480 juta (RM4.48 billion) dan semua projek sedang dilaksanakan pada tahun ini.
# Bagi 'Rolling Plan' Ketiga, (2013 – 2014), 715 projek dengan peruntukan RM9,480 juta (RM9.48 billion) telah cadangkan kepada Kerajaan Persekutuan yang daripadanya, Kerajaan Negeri mengenalpasti 108 projek yang perlu diberi keutamaan dengan mengambil kira pelbagai faktor antaranya keperluan daerah, strategi ekonomi serta untuk melaksakanakan resolusi-resolusi yang diputuskan pada Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang, Jun lepas.
# Program Transformasi Ekonomi Negeri Pahang (PTEP) (2013 – 2015) hasil daripada Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang, menentapkan 20 'Projek Mesra Rakyat' dan 20 'Projek Strategik' yang akan bertindak selaku 'drivers', 'enablers', dan, ' stabiliser' kepada perkembangan ekonomi negeri.
TERUS PINJAM WANG PERSEKUTUAN BIAYAI PROJEK BEKALAN AIR
# Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) ditubuhkan dengan keahlian dalam kalangan tokoh-tokoh korporat swasta dan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), pegawai-pegawai kanan Kerajaan serta pakar-pakar ekonomi. MPEN akan memberi input dan pandangan kepada pelaksanaan PTEP.
# Kerajaan Negeri masih lagi meneruskan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek bekalan air di negeri ini ekoran daripada Kerajaan Negeri terus mengambil tanggungjawab untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat.
Projek-projek yang melibatkan pembinaan loji air untuk bekalan air ke daerah-daerah, program mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil, serta menaik taraf muka sauk sungai-sungai yang menjadi sumber utama air; masih lagi menggunakan peruntukan yang dipinjam daripada Kerajaan Persekutuan.
# Akan mewujudkan kawasan perindustrian baharu iaitu Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP). Idea penubuhan Perdana Menteri, bagi mengukuhkan semangat dan hubungan ekonomi serta perdagangan antara Malaysia dan China.
Taman ini merupakan taman perindustrian berkembar dengan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) di negara China. Kerajaan Negeri komited bagi menjayakan projek ini dan telah meluluskan kawasan seluas 1,800 ekar (729 hektar) tanah berhampiran kawasan perindustrian Gebeng sedia ada.
LADANG WARISAN TANAM 1,710 HEKTAR SAWIT
Beberapa pelabur berpotensi dari negara China telah dikenalpasti antaranya ialah HNA Group, Sonichem Group dan Qinzhou Jingu Investment Co. Ltd.
# Bagi menggalakkan penglibatan masyarakat luar bandar menjadi pengusaha dalam menjadikan sektor pertanian sebagai teras Program Transformasi Negara (ETP), hasil pengeluaran tanaman, industri hiliran, mengamalkan teknologi terkini dan pendekatan secara komersial, menjadi fokus utama.
Tanaman berteknologi tinggi seperti tembikai, tomato, cili serta strawberi, akan terus diberi keutamaan. Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi menjamin kawasan kekal pertanian aktif dalam jangkamasa panjang, akan diteruskan.
Sehingga kini, 19 TKPM dengan keluasan 4,700 hektar dan pengeluaran sebanyak 8,859 tan metrik bernilai RM 12.7 juta, telah dapat dihasilkan.
# Ladang Warisan, program pembangunan tanah bermatlamat mengurangkan kadar kemiskinan tegar, telah diwujudkan. Ladang kelapa sawit seluas 1,710 hektar di Rompin, telah dimulakan sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan dijangka akan matang pada akhir tahun ini.
PERTANIAN SECARA KOMERSIL
Projek ini menerima peruntukan secara geran daripada Kerajaan Persekutuan, sebanyak RM18 juta yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di negeri ini apabila tanaman mengeluarkan hasil dan keuntungan diagihkan pada tahun depan (2013).
# Bagi mempelbagaikan program pembangunan pertanian secara komersil, projek akuakultur seluas 160 hektar di Pulau Permatang Pauh, Pekan, telah dilaksanakan dengan peruntukan RM41.7 juta disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Projek ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan industri akuakultur di negeri ini, seterusnya mampu meningkatkan pengeluaran hasil perikanannya.
# Seramai 13,288 orang rakyat Pahang dijangka terlibat dalam sektor perikanan di negeri ini, yang daripadanya, 7,594 orang ialah nelayan (laut); 1,294 orang nelayan sungai; 2,400 orang pengusaha bidang akuakultur; dan, kira-kira 2,000 orang pengusaha perikanan yang terlibat dalam pemprosesan hasil perikanan.
# Pelabuhan Kuantan telah berkembang pesat berbanding lima (5) tahun lepas. Sehingga kini, terdapat 19 dermaga yang cukup untuk mengendalikan kargo-kargo komersial sediada.
DERMAGA TAMBAHAN UNTUK PELABUHAN KUANTAN
Ke arah meningkatkan lagi perkhidmatan, tiga (3) dermaga tambahan sepanjang 200 meter setiap satu, sedang dibina dengan kos RM150 juta. Projek ini dijangka siap pada suku tahun 2013.
Dengan ini, Pelabuhan Kuantan dijangka dapat menarik lebih banyak kapal-kapal besar seperti kontena muatan 13,500 TEUs, bagi mengendalikan aktiviti transhipment di pelabuhan in yang secara tidak langsung, dapat menambah peluang-peluang pekerjaan terutama dalam industri pengangkutan di negeri ini.
# Pengguna jalur lebar di negerui ini sehingga kini ialah 64,000 orang, dijangka meningkat kepada 70,000 orang hujung tahun 2013.
# Telekom Malaysia (TM) kini mengadakan kemudahan High Speed Broadband (HSBB) yang berkelajuan antara 10 Megabit sesaat (Mbps) dan 20 Mbps untuk pengguna kawasan kediaman.
Di kawasan perniagaan khususnya yang berimpak tinggi, mereka bakal menikmati kemudahan itu yang berkelajuan sehingga 1 Gigabit sesaat (Gbps) yang menggunakan sistem gentian kaca (fibre optic) sepenuhnya.
BELANJA RM731.46 JUTA BAGI PEMBANGUNAN INSAN
Kemudahan HSBB ini sedang dilaksanakan di Kawasan Perindustrian Semambu dan Gebeng  dijangka beroperasi pada awal tahun depan dengan meliputi 10,000 'homepass'. Bagi fasa pertama, hampir 1,000 'homepass' telah dilaksanakan meliputi Taman Tok Sera, Taman Kubang Buaya dan sebahagian besar perumahan di Galing dan Air Putih.
Adalah dijangkakan, 3,500 lagi 'homepass' akan dilaksanakan sehingga penghujung tahun ini, dan selebihnya pada awal tahun depan.
# Peningkatan penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sekolah-sekolah Agama di negeri ini juga akan dilaksanakan agar setara dengan kemudahan ICT di sekolah-sekolah lain.
# Sejak tahun 1982 hingga kini, RM731.46 juta telah dibelanjakan oleh Yayasan Pahang bagi membangunkan modal insan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Lebih 220,000 orang telah menerima manfaat daripada bantuan pendidikan dan hampir 515,000 lagi telah merasai faedah program pembangunan pendidikan dan kemasyarakatan.
Difokuskan kepada peringkat sekolah, hampir 190,000 orang pelajar telah diberi Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) dengan pembiayaan keseluruhan RM212 juta.
GRADUAN PSDC PUNYAI KADAR 'EMPLOYABILITY' TINGGI
Matlamat utama ialah untuk memastikan tiada anak Pahang yang tercicir pelajaran disebabkan kedaifan ekonomi keluarga.
Penajaan pengajian tinggi bukan sahaja merangkumi pelajar-pelajar lepasan sekolah, malah juga golongan bekerja dengan pengajian separuh masa hinggalah ke golongan minoriti Orang Asli.
# Pahang Skills Development Centre (PSDC) berjaya melatih 14,000 peserta kursus jangka pendek dalam bidang teknikal dan 16,000 graduan peringkat diploma dan sijil dalam bidang elektronik, elektrikal dan sistem komputer.
Tahap employability graduan PSDC melebihi 80 peratus di sektor swasta mahupun Kerajaan. Pengambilan pelajar untuk dilatih dipusat ini akan ditambah daripada 2,700 orang setahun kepada 3,600 orang setahun menjelang tahun 2014.
# Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bakal memiliki bangunan baharu dengan kos pembinaan RM45 juta, bagi menggantikan bangunan lamanya di Jalan Gambut.
BANGUNAN BAHARU PERPUSTAKAAN JANGKA SIAP 2014
Bangunan baharu ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2014, yang sedang didirikan di atas tapak seluas 1.68 hektar di Kemunting, Kuantan. Pembinaan perpustakaan ini berkonsepkan mesra pengguna dengan menerapkan ciri-ciri teknologi hijau.
# Sehingga hujung tahun ini (2012), 76 klinik kesihatan, enam (6) klinik kesihatan ibu dan anak, serta, 242 klinik desa telah dibina di seluruh daerah.
Nisbah klinik kesihatan kepada penduduk ialah kira-kira satu (1) klinik kesihatan : 23,400 penduduk. Nisbah klinik desa kepada penduduk pula ialah satu (1) klinik desa : 6,000 penduduk.
Nisbah ini hampir mencapai norma kemudahan kesihatan seperti digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
# Ancaman wabak penyakit bawaan vektor iaitu demam denggi dan malaria, masih berlaku di beberapa daerah di negeri ini.
TANAH WARTA ORANG ASLI, 4,245.9 HEKTAR
# Antara usaha untuk menghapuskan kejadian penyakit malaria tempatan ialah melaksanakan Pelan Tindakan Eliminasi Malaria menjelang tahun 2015.
Usaha-usaha untuk meningkatkan penglibatan agensi-agensi dan masyarakat dalam aktiviti pencegahan denggi ialah Program Communication For Behavioral Impact (COMBI) – program yang telah menunjukkan kejayaannya.
Terdapat 72 kawasan sedang melaksanakan program COMBI.
# Terdapat lebih 57,000 Orang Asli di negeri ini dengan Ketua Isi Rumah (KIR) seramai 12,323 orang. Kerajaan Negeri sangat prihatin, jika tidak, tidaklah Kerajaan Negeri memberi perhatian khas kepada mereka.
# Hingga ke hari ini, tanah yang telah diwartakan sebagai tanah Orang Asli ialah 4,245.9 hektar. Tanah yang telah diluluskan ialah 13,554.02 hektar, sedangkan keluasan tanah yang dipohon ialah 36,825.99 hektar.
Tanah yang diteroka secara tidak sah ialah 2,000 hektar manakala tanah hak milik individu oleh Orang Asli ini, 1,000 hektar.
# Ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah bersetuju untuk memberikan tambahan hasil, hasil penemuan minyak di persisiran pantai negeri Pahang.
Wang ihsan RM100 juta setahun akan Pahang nikmati mula tahun 2014, yang tentu akan melegakan Kerajaan Negeri dan katanya, "Saya berjanji bahawa, wang yang diterima ini akan digunakan sepenuhnya untuk manfaat rakyat di negeri Pahang keseluruhannya.
"Bajet ini adalah bajet yang realistik. Ianya adalah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Ianya juga mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri yang akan menjaga kepentingan rakyat". – Khabar 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved