ads

Isnin, 13 Februari 2012

06 di jengka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Wadi Kita: Hanya <b>di Jengka</b>

Posted: 27 Sep 2011 08:33 AM PDT

Kawan saya yang ahli hikmah itu mencabar pelajar untuk membuat satu public speaking dengan syarat yang ketat; bukan topik klise dan mesti menarik audien. Dia memberi contoh, Jengka.

Haha, apa ada di Jengka untuk diceritakan melainkan saujana kelapa sawit dan pokok getah yang tersusun? Jalan raya yang menjadi laluan utama penjanaan ekonomi agrikultur yang sentiasa berlopak-lopak dan beralun-alun macam naik roller coaster (padahal membawa komoditi utama negara)?

Kata beliau, pernahkah terfikir, jika tiada Jengka kita mungkin tidak dapat menikmati makanan? Bagaimana anda memasak kalau tidak dari minyak kelapa sawit? Dan tayar Mercedes boleh jadi datangnya dari susu pokok dari ladang getah Jengka. Siapa tahu?

Begitulah dia mencabar. Kata saya, itu cabaran kreativiti. Saya sendiri jika diberi tugasan seperti itu perlu renungan cukup lama. Tapi jika tidak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya?

Lama saya berfikir kemudian baharu dapat bersetuju dengan rakan ahli hikmah. Ya, Jengka luar biasa. Suatu hari ketika menunggu khidmat kaunter, saya sempat beramah mesra dengan makcik berusia emas. Dengan ramah tamah yang demikian singkat itu pun, saya tahu yang makcik itu banyak duit. Sawitnya sangat menjadi. Apatah lagi dia juga mengambil upah menoreh. Entah apa ada di muka saya yang buat dia percaya. Bukankah bahaya kalau dia mendedah cerita dia menyimpan wang di bank-bank yang berbeza pada orang asing?

Tapi itu bukanlah yang menjentik minat saya pun. Kata makcik dia takut melihat orang membawa senjata api. Dia takut bunyi letupan dan kalau-kalau tertembak kaki.

Saya tanya kenapa takut sangat.

Suatu hari makcik ditahan polis kerana memandu motor. Saya tidak ingat, mungkin salahnya tidak memakai topi keledar. Tetapi yang menjadikan makcik begitu takut adalah kerana dia tidak mempunyai lesen. Tanya saya bagaimana bawa motor kalau tiada lesen. Makcik kata bukan tidak ada, tetapi lesennya sudah dimakan lembu.

Oleh kerana saya berpegang kepada tawaduk yang telah dipertingkatkan, saya menahan tawa. Mujur tidak berguling sahaja di tempat ramai orang.

Saya memanis bahasa. Bagaimana jadinya?

Kata makcik satu hari pakcik berkebun. Entah macamana lembu makan baju pakcik. Dalam poket ada lesen. Tarik macamana pun tak jadi, akhirnya lesen jadi roti kirai. Sebab itu makcik takut anggota keselamatan. Dia tiada lesen jadi dia takut ditahan.

Saya berfikir, adakah itu alasan yang valid?

Ya, sudah tentu jika anda berada di kawasan kampung. Dalam kampung juga banyak cerita. Bukan di bandar sahaja menyimpan kisah. Tetapi saya rasa itu alasan yang valid. Suatu hari ketika saya bercuti di KL dan kemudian melawat rakan yang mengusaha penternakan kambing Boer. Saya melawat kambing-kambing Boer yang sihat dan comel dalam kandang, tiba-tiba baju saya ditarik-tarik. Betul, kambing sedang makan baju saya. Macamana kalau waktu itu lesen memandu ada dalam poket? Di KL, bolehkah polis percaya alasan seperti itu?

Hampir mustahil, lembu yang ada hanyalah di dalam peti ais, Red Bull. Atau dalam rumah orang kaya yang ada Lamborghini. Lembu-lembu itu tidak makan rumput, apatah lagi lesen memandu. Lembu-lembu itu makan duit orang sahaja, terutama Lamborghini pintu gunting.

Saya tidak sempat sembang panjang lagi bila nombor makcik di panggil. Saya rasa kalau semua duit makcik dan pakcik dikeluarkan dia boleh beli Lamboghini dengan tunai!

Jika saya buat public speaking dengan tajuk Lesen Memandu dan yang di atas akan jadi kandungan cerita saya di hadapan audien, agak-agak boleh tidak saya dapat A?

Haha, susah susah. Baru saya tahu sekarang, kreativiti itu suatu proses. Ia tidak di bina semalaman. Ia akan terbit dari banyak membaca, diskusi, kritik dan jalan mudah pengalaman. Soalnya, kita tidak selalu melibatkan diri kerana suka berada dalam zon aman dan selamat.

Pengalaman itu perlu untuk menambah nilai. Dan untuk mempersembah apa yang kita rasa. Tapi zaman ini orang muda menimba pengalaman depan skrin. Belajar untuk UPSR, PMR dan SPM dengan Astro. Menjayakan pertandingan bola dengan membeli players dari English Premier League (EPL) yang mahal-mahal dan memerhati dengan mengunakan Local Area Network (LAN). Bersenam dan berolahraga dengan menggunakan Kinnect XBox 360. Mereka disatukan dalam maya. Adakah talian yang wujud juga maya?

Kata orang bersorak menonton siaran secara langsung bola sepak di stadium itu lebih nikmat pengalamannya. Seperti mana mereka yang merasai juang di jalanan dengan asap pemedih mata di ruang udara. Juga berlari mengelak trak FRU.

Kata rakan, Life is about life.

Kata saya, it is not just about life. It is about to feel it in your vein dan kemudian masuk meresap sukma.

Makcik selesai berurusan. Dia kembali ke kerusi saya. Menghulur tangan dan saya sambut. Saya rasa kedut tua di tapak tangan yang gigih menoreh dan berladang sawit. Dia memadang tepat dan mengucap salam sejahtera untuk kehidupan saya. Saya mendoakan yang sama walau saya masih belum tahu lesen makcik sudah berganti atau tidak.

Life begins when you have touch people's heart and grow when they trust you.

You…have always been my life.

p/s: If I get this assignment, I will talk about 'Gold and The Friends of the Cave' (Emas dan Ashabul Kahfi, how about that, interesting?)

06 di temerloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Homestay <b>di Temerloh</b> Pahang Terbaru : Semua Homestay

Posted: 09 Feb 2012 08:40 AM PST

inginkan suasana tenang di Temerloh Pahang?
Kunjungi Homestay Kami yang pertama di TemerlohPahang dengan kemudahan berikut:
pemilik melayu muslim

lokasi:
berhampiran hospital Temerloh / bandar temerloh
Pahang

kemudahan:
rumah semi D baru * atau kemudahan yang setaraf
3 bilik tidur
2 bilik air
1 ruang santai
1 ruang tamu
1 ruang makan
1 ruang dapur
kemudahan solat
Wifi*
ASTRO + box office movies
kemudahan lengkap (peti sejuk/mesin basuh/ricecooker/water filter etc..)
halaman rumah
parking kereta 3-4 buah
berhampiran restoran/gerai/7eleven/ ATM/ Farmasi
/pusat dialisia /pejabat pos / surau/kampung-kampung

amat berbaloi..ramai pelanggan telah menempah
homestay kami …terdiri daripada kakitangan
kerajaan, swasta, IPT, businessmen, pelancong
,kenduri kendara..
-Nantikan Promosi hebat daripada kami-

pelancongan:
kuantan, maran, temerloh, lanchang,jengka,jerantut,Bera,Bentong, Bukit Tinggi, pekansehari temerloh,
makanan tradisional-ikan patin-kualagandah-deerland, seladang sentuary
keselesaan anda keutamaan kami

Nikmati diskaun hebat..

Hubungi: 019-2241068 / 016-9222616 /

google search : villabaity[.]blogspot[.]com
term &condition

Contact villabaity

06 di pekan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


LAGUNAMERBOK: Singgah <b>Di Pekan</b> Rabu.

Posted: 12 Feb 2012 09:32 PM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beberapa hari lepas saya pergi ke Pekan Rabu. Tempat yang cukup terkenal di Alor Setar. Walaupun dekat, dah lama saya tak singgah di sini.
Kali ini saya parking kereta berhampiran CIMB Bank. Baru saya perasan, rupa-rupanya jejantas Pekan Rabu dah berubah wajah. Dah ada escalator atau istilah kampungnya 'tangga lif'.
Misi kali ini ialah membeli alat permainan tradisional yang memang banyak dijual di sini.... 
Anda pernah sampai ke Pekan Rabu?






06 di gebeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


Anak Tak Sah Taraf & Projek LYNAS <b>di Gebeng</b> | Huzaifah Ahmad

Posted: 06 Apr 2011 02:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Isu pertama adalah isu Anak Tidak Sah Taraf (isu yang 'panas' di televisyen dan akhbar-akhbar kerajaan), kedua adalah isu Projek LYNAS yang akan beroperasi di Gebeng (isu yang tidak di'panas'kan di televisyen ...

06 di cherating - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


Mangsa lemas ketiga <b>di Cherating</b> ditemui pagi tadi | Broadcast.my

Posted: 12 Feb 2012 10:02 PM PST

Mangsa lemas ketiga di Cherating ditemui pagi tadi

13/02/2012 1:51pm

KUANTAN 13 Feb. – Mayat Muhammad Hairulnizam Hasri, 13, yang dikhuatiri lemas kelmarin ditemui oleh orang ramai pukul 7.30 pagi tadi di muara Teluk Kemboja kira-kira 50 meter dari Pantai Cherating di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, pelajar tingkatan satu itu ditemui kira-kira tujuh kilometer dari tempat mangsa bersama abangnya dan bapa tiri yang dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Tangku Ampuan Afzan

(HTAA) di sini untuk dibedah siasat.

"Kita juga menghubungi dan memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan

penemuan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cherating lemas
  • lemas di kuantan feb 2012

Short URL: http://broadcast.my/?p=44743

Cerita Tina: Cerita Tina <b>di Cherating</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:35 PM PST

okey, seperti yang tina pernah cakap, kami sekeluarga pergi bercuti ke cherating cuti maulud nabi haritu, alhamdulilah, lepas tak dapat book bilik time CNY, akhirnya sampai juga kami disini

antara agenda menarik, apalagi, pantai lah kan,bercanda bersuka ria lah budak-budak ni
view dia sangat cantik, puas hati walaupun berjemur tengah panas bagaikan di padang pasir,alhamdulilah kulit tak terbakar pun

okey kitaorang duduk kat banglo TM, jadi memang tak adalah betul-betul menghadap pantai, nak buat cmana, kami nak jimat kan, sewa satu banglo tu cuma RM120 untuk 2 malam, ada 3 bilik dan macam-macam kelengkapan ada, nak masak pun boleh cuma tak kuasalah kan

memang selesa, yelah rumah kan, besar lah dan 100% aircond, depan rumah ada swimming pool semua, memang bestlah, oh ya dapat murah sebab my akak kan staff TM, kalau orang luar tak taulah berapa chargenya, dah namanya staff TM, ambilkah kesempatan kan


06 di bukit ibam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


adunbukitibamn40: PENDIDIKAN...PERKONGSIAN PINTAR..

Posted: 13 Feb 2012 04:48 AM PST

Pendidikan adalah salah satu elemen penting dalam melahirkan masyarakat berilmu serta generasi berwawasan sesuai dengan seruan kerajaan.Salah satu progran yang telah dijayakan adalah menyambut kehadiran 43 pendidik daripada Karimun Indonesia oleh JKKK Bukit Ibam di SK.Bukit Ibam.Lawatan ini adalah sebagai kunjungan balas MGB Rompin baru-baru ini.Sesi bertukar pandangan serta ramah mesra telah diadakan dalam keadaan santai dan mesra.Apa yang menarik rombongan ini juga turut disertai oleh seorang Ahli DPR bagi Wilayah Karimun yang ternyata begitu teruja dengan program yang di atur.Antaranya adalah lawatan ke salah sebuah sekolah di Rompin ini bagi melihat sendiri sistem pembelajaran di sini yang nyata lebih jauh kehadapan berbanding negara mereka.Bagi pihak ADUN,ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada JKKK Bukit Ibam serta MGB..Majlis Guru Besar Daerah Rompin yang telah berganding bahu sehingga program ini dapat dijalankan dengan lancar.Teruskan....

06 di raub - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Komunitikini – Dua maut, van jenazah terbabas <b>di Raub</b>

Posted: 19 Dec 2011 04:16 PM PST

Dua maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah van jenazah terbabas di Km 333, Jalan Raub semalam.

Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Cif Insp Mohd Nazlan Othman berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, van milik Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang tersebut dalam perjalanan pulang selepas menghantar jenazah di Kuala Krai, Kelantan.

"Van terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan ketika tiba di tempat kejadian," katanya.

Pemandu van, Zaini Tamsir dan seorang penumpang di tempat duduk belakang Saffli Sajat, 61, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Dua mangsa yang cedera ialah anak Zaini, Zulhilme, 15, dan seorang lagi penumpang di tempat duduk belakang Amran Sewa, katanya.

Beliau berkata kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Raub.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


.: BERJAYA HILLS RESORT <b>BUKIT TINGGI</b>, PAHANG, MALAYSIA

Posted: 04 Feb 2012 08:11 AM PST

A long weekend again. As my husband's brother is in town for business meeting almost all my in laws are here. So we decided to go to Bukit Tinggi. saja jalan-jalan cari pasal . It was just a day trip. No we didn't check in the hotel. My youngest sister also joined in.

We headed out after breakfast. Actually it was already 11. huhu it's weekend. come on.  Six and half of us in two cars. the traffic was quite slow moving. Everyone must have planned a break out of the city or at least balik kampung. We stopped for a quick lunch and toilet break at Burger Kings before Gombak Toll to Karak highway.

It was almost an hour to arrive there but then you will enjoy the breeze and greenery.

To enter the resort you have to pay an entrance fee (RM16 per head if I am not mistaken) and I think It will be refunded upon check in at the hotel. (If you are going to stay overnight lah)

JAPANESE GARDEN AND BOTANICAL GARDEN


Irfan loves the steps and the fish in the ponds. He walks all the way up and refuse to be carry around. Irfan kept pointing at the huge rocks and said " Ball... besaaar" Hish. It's a rock la . We put him onto one and he kept smiling and clapping while his uncle and auntie snapping his picture.

This garden is located 3500 feet above the sea and is one of its kind outside Japan. It was carefully planned and designed by a renowned Japanese architect , Mr Kaio Ariizumi and was built by a team of 22 skilled craftsmen flown in from Japan.
Entering this garden, you will went through a traditional  Japanese arch to the koi pond, the fishes are big and colourful. And the bridge bring you to a waterfall and the traditional tea house.



The traditional tea house also was said to be the world first built in a tropical forest.   You can rent a kimono and wore them for pictures and guests are also invited to join the Japanese tea ceremony.

to be continued..

Kecuaian sebabkan kecederaan di Jusco <b>Bukit Tinggi</b>

Posted: 26 Jan 2012 10:48 PM PST

Saya ingin membuat komplen terhadap kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil Molly Fantasy Wonders Park di dalam JUSCO Bukit Tinggi.

Pada kira-kira 8:00 petang pada 25 Jan 2012, anak saya Adrianna Wong tercedera oleh objek tajam semasa bermain di dalam kawasan permainan tersebut. Semasa dia mengelongsor ke bawah Slide, dia dicederakan oleh skru yang tajam yang menuju keluar daripada permukaan Slide. Skru tajam itu tercucuk ke dalam kaki kirinya menyebabkan luka yang mendalam.



Kesakitan mengejut dan pengalaman ngeri ini menyebabkan satu trauma kepada anak saya sehingga hidungnya berdarah sambil menggigil.

Salah satu penyelia JUSCO dipanggil untuk menghadapi insiden ini, dan dia secara sukarela telah menyerahkan nama dan nombor telefon bimbit kepada saya dalam hal aduan rasmi. 

Dalam kehairanan saya, pengurusan JUSCO sudah mengetahui hal skru tajam ini sebelum insiden kecederaan tersebut berlaku, tetapi masih tidak mengambil apa-apa tindakan!!! Seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang pertama, mereka tidak benteng kawasan slaid, mereka tidak mengeluarkan skru tajam tersebut, mereka masih membenarkan kanak-kanak untuk bermain di dalamnya dan walaupun selepas anak perempuan saya cedera, mereka masih membiarkan pelanggan baru masuk!!!

Saya membawa anak perempuan saya untuk berjumpa doktor pada 9:00 pm di poliklinik Kumpulan City. Doktor memberikan anak perempuan saya suntikan anti-tetanus, anti-biotics, parasetamol dan juga meletakkan ubat pada kawasan luka.

Kecuaian tersebut telah menyebabkan bukan sahaja kecederaan fizikal kepada anak saya, tetapi juga trauma psikologi. Sebagai seorang bapa kepada anak saya yang terluka, saya sangat kecewa dengan kecuaian keselamatan JUSCO.

Saya berharap pihak Tuan dapat menyampaikan hal ini supaya pihak JUSCO akan lebih serius dalam isu keselamatan kanak-kanak dan supaya kanak-kanak lain tidak akan mengalami kecederaan semacam itu lagi.

Sekian terima kasih.

06 di maran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 40 Sejadah Berdiri <b>Di Maran</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:00 AM PST

12/02/2012 21:00:00

Lebih 40 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama.

Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.

Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.

AZIZAH KHATIB MAT/PENGASAS MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL-ISLAM
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia."

43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.

Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi.

Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

BULETIN UTAMA LAPORKAN SEJADAH BERDIRI <b>DI MARAN</b>

Posted: 04 Feb 2012 05:41 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-b2e1ZCwyVlE/TzfFE-PIGRI/AAAAAAAAAOE/9O9GqC4txvg/s1600/sejadah.png

SEWAKTU AKU SEKOLAH ASRAMA DULU

AKU PERNAH DENGAN KAWAN-KAWAN SUSUN

SEJADAH BUAT MACAM ORANG SEMBAHYANG DALAM SURAU

LEPAS TU SATU SEKOLAH KECOH !


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

SELAGI MELAYU PERCAYA CERITA KARUT MARUT BEGINI

SELAGI ITULAH RAJAGOPAL AKAN TERUS KENCING MELAYU

SELAGI MELAYU PERCAYA CERITA KARUT MARUT BEGINI

SELAGI ITULAH HASAN ALI AKAN KENCING DIA JUANGKAN AKIDAH

KEBESARAN ALLAH ITU ADALAH PADA CIPTAAN LANGIT DAN BUMI

KEBESARAN ALLAH ITU PADA CIPTAAN MANUSIA

BACA BUKU TENTANG KEJADIAN ALAM

BAGAIMANA HALUS DAN TEPAT UKURAN CIPTAAN AL-FATHIR

BACA BUKU ALAM DAN MANUSIA

LIHAT DOKUMENTARI

MAKA AKAN BERTAMBAH KUKUHLAH KEIMANAN KEPADA KEBESARAN ALLAH

MELAYU TAK PERLU CARI IKAN EMAS ADA TULISAN ALLAH

MELAYU TAK PERLU TUNGGU SEJADAH NAK BERDIRI

MELAYU TAK PERLU DENGAR SUARA DARI LANGIT

KEBESARAN ALLAH ADA DALAM LEMBARAN AL-QURAN

BACA DAN FAHAM.

KEIMANAN KITA BERSANDAR KEPADA ILMU YANG DISANDAR PADA AL-QURAN DAN HADITH

BUKAN PADA SEJADAH BERDIRI YANG DISUSUN OLEH BUDAK SEKOLAH YANG NAKAL !

A COMMON MAN MARVELS AT UNCOMMON THINGS ,

A WISE MAN MARVELS AT THE COMMONPLACE.

Prof Steven Pinker

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved