ads

Khamis, 29 Mac 2012

06 di ceruk paloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ceruk paloh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di ceruk paloh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ceruk paloh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ceruk paloh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ceruk paloh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di ceruk paloh</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jun 2011 11:12 PM PDT

Dear Diary.....: kenanganku-Wataniah part 1

Posted: 19 Apr 2010 07:48 PM PDT

Nornafisah Halit, PBT 6144606
Ni hostel wokyoh perempuan...

Boringnyer............

time2 boring cmni...lepak dpn pc n xtahu nk wat aper...

tetiba teringat member2 lama zmn wokyoh dulu..(Wataniah)

org kecik jer...tapi ganaz tau hehehe

masa tu igt lagi, Encik Fadzil baru mengajar kt Kolej Shahputra. Dia ajar subjek Computer. masa tu kami sumer tergamam. comelnyer lecturer nih.... paling tergamam Cik Zie(Jemah). rupernyer dia Leftenan Muda dlm Wataniah. atas dorongan beliau...majoriti kelas aku join wokyoh. tambah2 Jemah coz dia dah "cloud 9" sama itu lecturer.

Aku Wataniah ker minah Rempit???

first xtvt wokyoh yg kitorang join adalah "Latihan Berterusan Siri 1/2004, 14 - 20 April 2004". masa tu kitorang dok kat Ceruk Paloh, Pahang selama seminggu. gotong royong, kawad, tido kat balai raya...mandi pun berebut, masa tu muka mmg xtahu malu so kami g la minta izin mandi kat umah org kampung hahaha..

Pumpin, Aku, Pak Li, Donny & Zai di Ceruk Paloh

"Latihan Asas Parajurit Muda Siri 2/2004, 26 April - 25 May 2004"

Ha.....yang nie Kursus naik ker Prebet di Kem Jerantut, Pahang. Ramai yang lapor diri. Masa nie la mula kenal ramai kwn2 dari Jerantut, Pekan, Raub.... bila dah mula kenal, tiap2 ari nengok muka itu gak...jadi ramai la antara kengkawan yg terjebak dgn cinta sementara. (termasuk la aku hahaha). masa nie aku agak geng dgn bebudak Bukit Sagu sbb kwn2 kolej aku kebanyakannyer platun lain.

Setiap latihan kt sini... ayat paling famous adalah, "Kuih lapis, Kuih gulung, Kuih donut" naik "kenyang" layan kuih2 tu. nyaris muntah masa wat kuih gulung. tepi padang kawad tu rupernyer dh biasa kena muntah pas layan kuih2 tu hahaha. Ada satu part tu, aku n kwn2 tersampai awal kt dewan mkn. sepatutnya belum sampai masanya. (biasala askar kena ikut time). "Cik Misai" yg melentik tu nmpk. apalagi.... "Apa yg kau buat tu skuad? Ini belum masa utk kau makan. Lari la kau, 5 papan...!!!!" Arrgghhh!!!! Berlari la kami 5 pusingan keliling padang kawad hahaha.... terus xselera aku nk mk pas tu. disebabkan byk sgt kena layan "papan", bila abis latihan jer sarjan perli, "nti kau semua balik rumah, bawak papan2 tu skali. boleh buat rumah". Kurang asam...


Ni buka gambar kami nak pi berkelah ok....

Kat sini gak aku blajar macam2 yg ditempuhi oleh para askar kiter yang sentiasa berjuang demi keamanan Malaysia, cewah.... Walaupun xsedasyat diorg at least aku dapat rasa sket basic n memahami keadaan diorg masa tu. Bayangkan la, ada seminggu tu mereka tinggalkan kami kat satu "bukit" yang padang jarak, padang terkukur. dah la panas, xda pokok nk berlindung. nk mandi? seingat aku, time tu kami 2x jer dlm minggu tu hehehe. bau xder saper yg perasan sbb sumernyer bau masam hahaha...

sembhyg? time ni la "air minum ku, air wuduk ku jua". Jimat beb... time nie jgn ader saper pun yg kata dia bwk berus gigi. (kalo ader pun senyap2 jer). Sarjan pernah warning dulu..."Sapa2 bwk berus gigi, aku suruh satu platun berus gigi diorg dgn berus tu dan kau org yang terakhir pakai berus tu, dapat?" iyeewww...gelinyer... tapi aku paham niat sbnrnyer...org nk berperang slmtkan negara xkan kau sebok nk jaga penampilan diri,kan? tapi Sarjan xla sekejam tu...nk berus boleh tapi sorok2 hehehe.

kt sana kami kena gali kubu untuk team kami sendiri dr peha smpi paras dada. wah....dalam tu. menggalilah kami bagai nk rak. utk yg xder cangkul, kami gali guna parang, bekas makanan n aper sajer yg tercapai asalkan dpt wat lubang. masa nie aku agak kagum dgn Fuadilah. minah nie dapat partner lelaki yang agak2 malas nk keluar kederat. tapi minah nie selamba jer gali kubu tu dgn tenaga dia sendiri. tabik spring aku.

N di sini gak...aku ader pengalaman yg betul2 mengajar n menginsafkan aku.

waktu menggali nie, dlm keadaan panas terik...kami kekurangan air. aku ader la simpan sket air utk aku n partner aku. si Khalir (dak Raub kot) dtg n minta sket air dr kwn2 yg lain. sumer kata xder air. smpi la ke giliran aku, aku pun ckp xder iar. genap2 utk aku n partner aku. dia terus pergi tah kemana. tiba2, tgh2 giat menggali, kecoh sekeliling bila Khalir dikejarkan ke hospital sbb keracunan. rupa2nya dia turun ke bawah bukit n minum air kt tali air tu. khabarnyer air tu beracun sbb ader pihak2 yg baru meracun or what ever kt arear tu. Ya Allah....masa tu aku betul2 rasa bersalah. kenapa la aku x bagi sket air td kt dia. kalo x mybe xkan jd mcmtu. tapi Alhamdulillah...dia selamat n lusanya dia kembali menggali kubu bersama2. masa tu aku minta maaf beria2 kt dia n di just ckp " xda ape2 la... jgn risau". Sejak ari tu....aku xkedekut lagi. Insaf woo.....
kt sini juga kami berlatih tempur tanpa senjata. ni la gunanya bila peluru dah abis. xleh nk menembak so kena la pertahankan diri sendiri. ader satu part tu..aku pun lupa aper nama dia. saper2 tahu nti inform la kat aku yek... kami kena baring kt jln tar tu. matahari memancar n kaum lelaki yg xberbaju tu terpaksa menahan haba panas jln tar tu. cian kt dak lelaki. kami ladies yg berbaju nie pun terasa kepanasannya inikan lak lelaki2 yg xberbaju tu. xtvt ni sbg ujian tahan ujian n dugaan pada askar. ye la...cuba bygkan aper terjadi kalu kiter kena tahan dgn musuh. mcm2 diorg akan buat supaya kiter bocorkan maklumat kerajaan. so ini just latihan supaya kiter tahan lasak n xmudah bocorkan rahsia kerajaan.

Nie la Platun aku

Jijah, Zura, Zai, Ika, Aku, Yana & Sita


P/S:- aku paling xtahan tgk muka jemah bila En.Fadzil kata dia dh tunang. member tak selera nak makan tuh....hahaha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri pahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> LKPP <b>Negeri Pahang</b> ~ info kerjaya | jawatan <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 10:13 PM PDT


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong berikut:-

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, F29 (1 kekosongan)
2. Pemandu, R3 (1 kekosongan)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKPP 1 yang boleh dimuat turun melalui Laman Web LKPP iaitu: www.lkpp.gov.my dan dihantarkan ke alamat seperti di bawah:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian
Negeri Pahang
Jalan Gambut
25990 KUANTAN.

tarikh tutup permohonan 6 april 2012

maklumat lanjut sila klik sini

06 di merapoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2012 09:15 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 09:20 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 09:33 PM PST

URL Sumber Asal :-

Midie <b>Merapoh</b>: Mak mahu ke Pulau Pinang

Posted: 12 Mar 2011 12:00 AM PST

Kesian sangat pada mak aku ni. Semakin hari semakin uzur. Dulu masa di rumah aku, boleh juga dia pergi ke ruang tamu menonton televisyen jika bosan dengan berjalan perlahan-lahan berpapah kat dinding tetapi sekarang ni dia hanya terbaring di katil di biliknya sahaja. Kalau bangunpun untuk buang air atau makan. Makanannya kami kena hantar kat bilik kerana dia tak larat nak duduk lama-lama di kerusi.

Penyakit kencing manis dan jantungnya semakin teruk. Dulu ubatnya pil sahaja tetapi sekarang doktor kata mak aku perlu disuntik insulin. Masa di rumah aku ni, aku tolong suntik insulinnya dua kali sehari. sekali pagi dan sekali petang. Memang aku rasa ngeri untuk menyuntiknya tetapi apa nak buat, dah terpaksa.

Baru-baru ni mak aku dimasukkan ke wad semula setelah dibawa ke hospital oleh abang cik aku. Semasa aku balik ke Merapoh pada Hari Raya Haji baru-baru ni, aku memang dah perasan yang mak aku nampak macam tak berdaya sahaja. Aku ajak dia ke rumahku di Temerloh tetapi dia enggan dengan alasan kerja-kerja membuat bilik dan mengubahsuai bahagian depan rumahnya di Merapoh ni belum siap sepenuhnya. Dia kena tunggu sehingga selesai semua urusan itu barulah boleh ambilnya. Walaupun keberatan meninggalkannya dalam keadaan begitu tetapi aku tak bolehlah memaksanya.

Beberapa hari kemudian aku bertambah bimbang selepas menelefonnya di kampung. Suaranya memang macam tak sihat sangat lalu aku sms semua adik beradik aku yang jauh untuk memaklumkan keadaan mak aku itu. Abang cik aku di Keratong dengan penuh perihatin terus balik ke Merapoh untuk melihat mak aku. Kemudianm dia membawa mak aku ke Hospital Temerloh lalu mak dimasukkan ke wad. Terima kasihlah abang cik atas keperihatinan itu. Semoga menjadi contoh dan teladan kepada kita semua.

Setelah hampir dua minggu di wad, barulah mak aku dibenarkan keluar. Masa di wad kami semua bergilir-gilir menemaninya di wad itu. Kakde, Kakjang, Kakdak, dan abang cik tidur di wad lebih kurang tiga malam seorang. Bila tiba giliran aku, Alhamdulilah mak dibenarkan dibawa pulang dan aku membawa mak ke rumah aku di Taman Temerloh Jaya.

Aku memang dah lama merancang untuk pergi berjalan atau melancong ke Pulau Pangkor dalam cuti sekolah hujung tahun ini. Aku tertarik mendengar aktiviti snorkeling seperti yang diceritakan oleh seorang rakanku yang pernah pergi ke sana. Sebelum ke situ aku merancang untuk menziarahi abang bong aku yang sudah lama sakit di Penaga, Pulau Pinang. Tempat jauh ni susahlah nak datang melawat kerana bukan sahaja jaraknya yang jauh tetapi kita juga kena bersedia dengan masa dan wang ringgit. Memang sudah lama aku tak melawat abang bong aku yang sakit tu tetapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan aku ke sana selalu.

Aku ceritakan hasrat aku itu kepada mak aku. Aku juga beritahunya tidak dapat membawanya sekali dengan alasan dia masih terlalu lemah untuk ke sana. Aku ingin menghantar mak aku ke rumah abang cu aku di Bagau Parit sementara aku berjalan ke sana. Sebelum itu aku ada bercerita kepada abang-abang dan kakak-kakak aku tentang perkara itu dan mereka semua melarang aku membawa mak aku berjalan sekali memandangkan dia masih terlalu lemah.

Aku lihat mak aku diam saja setiap kali aku beritahu akan menghantarnya nanti ke rumah abang cu di Bagau Parit. Sehari sebelum aku bertolak ke Pulau Pinang, aku ajaklah mak aku ke rumah abang cu tetapi rupanya mak aku ingin mengikutku walaupun keadaannya seperti itu. Puas aku memujuknya supaya tinggal sahaja di rumah abang cu tetapi dia tetap bertegas untuk mengikut kami ke Pulau Pinang yang memakan masa 6 hingga 7 jam perjalanan dari Temerloh. Aku risau nanti dia tidak larat duduk di dalam kereta selama itu,  apatah lagi dia baru sahaja beberapa hari keluar dari wad. Bagaimanapun akhirnya aku dengan rela hati membawa juga mak aku memandangkan kesungguhannya untuk mengikutku ke sana walaupun mungkin menerima risiko mak jatuh sakit dek kerana terlalu keletihan berjalan. Aku cukup tersentuh apabila dia berkata "Nak risau apa, kan awok ada!". Aku bertawakkal kepada Allah, semoga mak aku selamat pergi dan pulang.

Kenapa mak aku beria-ia sangat nak mengikutku ke Pulau Pinang?

Sebenarnya mak aku tu terlalu rindukan abang bong. Abang bong memang dah tak berdaya untuk datang menjengoknya. Khabarnya penyakit abang bong semakin teruk sekarang. Entah kenapa bahagian belakang dan lehernya membengkak tanpa diketahui sebabnya.

Setibanya kami di rumah abang bong kira-kira pukul 4.30 petang. Di muka pintu rumahnya, aku terus nampak abang bong tersenyum sambil memandangku. Aku memberi salam dan terus menuju kepadanya yang tersandar di kerusi malas untuk bersalaman. Aku melihat wajahnya, dia lebih kurus dan cengkung daripada masa aku datang ke rumahnya hampir setahun lalu. Aku melihat dan merasa tempat bengkakan di leher dan di belakangnya. Bengkak itu agak besar dan rasanya keras bagai ada tulang di dalamnya. Katanya tempat itu memang sentiasa terasa sakit bagai ada duri yang menusuk. Ada masa rasa sakitnya terlalu kuat dan ada masanya agak reda. Masa redalah dia dapat terlelap sesekejab di kerusi malas itu. Cubalah bayang jika kita berada di tempatnya sekarang yang sentiasa menanggung sakit dan tidak dapat tidur secukupnya sudah lebih setengah tahun. Adakah kita terus bersabar dan mampu tersenyum sepertinya...

Dia memberitahuku di kerusi inilah dia duduk setiap hari termasuklah pada waktu malam. Dia tidak dapat tidur di katil kerana bengkak di belakang dan lehernya itu akan lebih terasa sakitnya apabila berbaring di atas katil. Di kerusi inipun bukanlah dapat tidur lena sangat tetapi dia berasa lebih selesa dan dapatlah terlelap juga sekali sekala...

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 09:19 PM PST

URL Sumber Asal :-

Suzani + Atikah « Kerul Shukor | Jurufoto Kahwin, Jurugambar <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 03:39 PM PST

Suzani + Atikah

Assalamualaikum,

Entri 1st untuk tahun 2012 walaupun sudah 2 minggu 2012 bermula, tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada korang. Bermulanya tahun 2012 ni aku berharap agar ada peningkatan demi peningkatan untuk aku berjaya dalam bidang yang aku minati ini, aku akan cuba buat terbaik, InsyaAllah. Ok, kali ni pasangan Suzani dan Atikah yang berlansung di Temerloh dan belah lelaki pula di Merapoh. Bukan Jemapoh tau, tu cerita "Dari Jemapoh ke Manchester",hehe. Tapi perjalanan ke Merapoh boleh tahan juga jauhnya, 3 bandar aku tempuh, mula-mula Bentong, Raub dan Kuala Lipis. Tapi Raub dan Kuala Lipis 1st time aku ke sini, harap je orang Pahang. Hahaha..






















Cerita pasal Merapoh tadi, aku ditemani oleh 2 jejaka hensem yang sudi ikut aku ke sana, terima kasih K.A dan Ajak. Ok, kepada kedua pengantin, semoga kalian berbahagia sampai akhir hayat, InsyaAllah.

Wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Tags: , , , , , , , ,

Like this post? Share it!

Full content generated by Get Full RSS.

06 di beserah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di beserah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2012 09:04 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 09:05 PM PST

URL Sumber Asal :-

storyofsuri-2: @ <b>beserah</b>....secara alami

Posted: 03 Feb 2012 07:29 PM PST

hati gumbira sebab selamat sampai di rumah ma aku di beserah...
iyerlah..aku kan plan nak beranak n berpantang di beserah kali ni..
dok lepak kampung memang best....
tiba2 lak pok den balik kelantan ada hal...
so aku dua beranak ditinggal kan di beserah...
suri? lagi lah seronok balik beserah..
makcik2 pakcik2 dia ramai sini...
mmg berseronok lah main satu hari....
pagi2 suri dah mandi sibuk nak g rumah pakcik dia..
pakcik suri tu tua setahun jer dari suri...hehehe
memang lah seronok kan...
klah nak..aku nak surfing pasal susu ibu n cloth diaper ni...
plan nak membesarkan adik suri ni secara alami...
p/s: breastpump dah ada....tq puan dana...tengah nak survey cloth diaper lak...ehheheh
Full content generated by Get Full RSS.

06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Trip REDAH 2012 ke Air Terjun Harimau Berjemor, <b>Kuala Rompin</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:43 AM PST

' Kembara Mahkota Jalanan' nama yang di cadangkan oleh Pak Dewa memang bertepatan dengan kembara kali ini.

Segalanya bermula dengan percantuman dua  separa konvoi daripada Kuala Lumpur dan Klang di hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 11.55pm, 3 Feb 2012.

Konvoi dengan jumlah sebanyak 12 jalopy bergerak mengharungi kegelapan malam ke Kuala Rompin, Pahang di ketuai oleh pak cendana melalui pekan Kuala Pilah, Juasih dan berhenti untuk berehat sebentar di persimpangan Bandar Baru Serting sebelum menyambung perjalanan ke Bandar Muazam shah. Setelah melayan kerenah mata selama lebih kurang 15 minit di Petronas Muazamshah, konvoi menyambung perjalanan ke Kuala Rompin dan tiba dengan selamatnya beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang daripad corong pembesar suara masjid Kuala Rompin.

Setelah sembahyang subuh berjemaah di imamkan oleh pak leban, semua pilot dan co pilot mencari haluan sendiri untuk melelapkan mata sebentar sebelum terbitnya matahari.

Pada sebelah paginya tarikh 4 Feb.  Konvoi disajikan dengan hidangan istimewa yang di taja oleh YB Kuala Rompin, masakan nasi dagang dan nasi lemak amat menyelerakan. Tak ketingalan juga kursus jangka pendek cara betul mengoreng telur 'goyang' untuk para SYL2 oleh ibunda pak cendana .Setelah membeli barang keperluan, konvoi telah berkumpul di dataran Kuala Rompin dan disana jumlah jalopy telah bertambah kepada 21 buah setelah bergabong dengan group daripad Muazam shah dan Dungun.

Setelah taklimat ringkas dan ucapan terima kasih daripad mantan President, pak merbatu. Konvoi telah dilepaskan 'flag off' oleh wakil kepada wakil rakyat Kuala Rompin  dan juga di saksikan oleh wakil pegawai daerah Rompin.

Konvoi bergerak menuju ke Air terjun Harimau Berjemur melalui Kampong Tebu Hitam dengan di iringi oleh kereta peronda polis dan team motor scramble. Setelah melalui jalan 'off road' lebih kurang 5 km, perjalanan konvoi telah terhenti apabila mendapati jambatan yang menghubungkan jalan ke air terjun  telah  runtuh oleh kerana hujan lebat pada hari semalamnya. Kehampaan terbayang di wajah peserta, ish..ish..ish ….kesian. Satu 'Mesyuarat tingkap' dengan segera di adakan dan keputusannya adalah untik meneruskan perjalanan ke Taman Negeri Endau Rompin melalui jalan 'off road' dan selamat tiba lebih kurang jam 3.30 petang.

Keputusan tinjauan ke  tapak perkemehan  mendapati ianya tidak berapa sesuai dan selamat kerana terdapat kesan2 tingalan gajah dan juga kerja2 kumpulan paranormal, konvoi memutuskan untuk kembali ke Kuala Rompin dan berkemah di tepi pantai di Cedok Resort. Pada sebelah malamnya peserta di jamu dengan hidangan B.B.Q yang di taja oleh YB Kuala rompin. Sekali lagi keluarga Pak Cendana telah bertungkus lumus  menguruskan B.B.Q tersebut, terima kasih.

Pada pagi 5 Feb, ' mesyuarat tingkap ke2' telah di adakan dan memutuskan konvoi meneruskan perjalanan ke Keneboi, Kuala Kelawang Negeri Sembilan .Perjalanan yang mengambil masa agak lama lebih kurang 6 jam di selang -selikan dengan menyelesaikan masaalah kerosakkan kereta pk Palawan ,pk merbatu, pk tetebu dan pk Dewa. Berkat kerjasama ahli2, masaalah tersebut telah dapat di selesaikan dengan cepat, syabas kepada peserta2 konvoi 'You are the best'.Cuma ada satu masaalah yang tak dapat di selesaikan iaitu masaalah kebocoran poket pk Leban di Leban Condong gara2 lauk udang galah, harap bersabar  banyak2 ye…….

Konvoi selamat sampai di Keniboi jam 8.30pm dan berkhemahan di kam Keneboi Advanture bersebelahan air terjun. Sehingga  keesokan harinya 6th Feb,  Konvoi menghabiskan masa dengan lepak2, mandi- manda, makan2, borak2, masak2 dan 'pekena Shisha' sebelum 'check out' pada jam 1.30pm.

Penutup perjalanan, konvoi telah berhenti di restoran Laksa Buyung Batu 16 Ulu Langat  untuk menjamu selera, memang 'best' laksa kat situ.

Setelah ucapan selamat drpd peserta2  melalui radio, Konvoi bersurai lebih kurang jam 8.00pm untuk mencari jalan masing2 menuju ke rumah.

Ucapan terima kasih kepada Pak Cendana sebagai event manager, jutaan terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Pak Cendana diatas layanan yang amat baik, budi anda akan kami kenang. Terima kasih  kepada YB Kuala Rompin diatas penajaan sarapan dan B.B.Q dan juga tak ketingalan ucapan terima kasih kepada Polis pengiring dan team motor scramble.

Akhir kata terima kasih kepada seluruh peserta konvoi, walaupon hajat tak kesampaian  para peserta tetap juga menunjukkan komitment yang tinggi bagi meneruskan dan menjadikan event 'Kembara Mahkota Jalanan'. Terima Kasih.

Lapuran program : Pak Bebaru

06 di triang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di triang - Google Blog Search


Isu ketiadaan air <b>di</b> Felda Mayam, <b>Triang</b>, Pahang - Anak Muda <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2012 10:00 PM PST

9 Mac 2012 - Saya merupakan penduduk di Felda Mayam, Triang, Pahang berasa amat terkilan dengan isu bekalan air yang berlaku di Felda Mayam sejak bertahun-tahun dahulu lagi sehingga kini tanpa perubahan.

Masalah ketiadaan air amat kerap berlaku di kawasan Felda Mayam menyebabkan banyak aktiviti seharian kami terganggu. Masalah ketiadaan air bukan berlaku sebulan sekali, atau seminggu sekali tetapi dua / sehari sekali!selang sehari masalah air pasti akan berlaku.hal ini amat menyusahkan dan menyukarkan kehidupan seharian kami.

Saya selaku penduduk Felda Mayam berasa amat bosan dan marah dengan keadaan ini kerana tanpa bekalan air, banyak aktiviti seperti memasak, membasuh dan mencuci termasuklah masalah untuk mengambil wuduk berlaku.

Pihak Jabatan Bekalan Air di sini masih belum dapat melaksanakan tanggungjawab kepada penduduk di Felda Mayam dengan sempurna. Pelbagai alasan yang tidak munasabah disampaikan kepada penduduk.

Terbaru, isu pekerja JBA yang tidak bertugas mengikut waktu menyebabkan masalah bekalan air di Felda Mayam sentiasa terputus. Hal ini adalah disebabkan pekerja tersebut tidak mengikut waktu untuk membuka dan menutup pili utama yang menyambungkan bekalan air ke kawasan Felda Mayam.

Adakah disebabkan seorang pekerja menyebabkan seluruh penduduk Felda Mayam menanggung akibat buruk kerana sifat tidak bertanggungjawab pekerja tersebut? Di mana pihak atasan yang sepatutnya memantau dan mengawasi tugasan pekeja itu?

Di harap pihak berwajib idapat mengambil tindakan yang sewajar-wajarnya kepada perkara ini. Terima kasih.

By: nurul hana ahmad danial

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/isu-ketiadaan-air-di-felda-mayam-triang-pahang

06 di brinchang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2012 08:30 PM PST

[unable to retrieve full-text content]23 Januari 2012 Masa : 0615 Hrs Cuaca : Sangat baik , berangin dan bersuhu rendah. Lokasi: Menara Gunung Brinchang. sebenarnya entri ni khas untuk Cik Ujie kita, kerana dia teringin sangat nak tengok suasana di mossy ...

06 di cherating - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


3H2M <b>DI CHERATING</b>

Posted: 25 Mar 2012 11:59 PM PDT

Ni last2 week punya cerita...hehehe baru nak sibuk bercerita...best sangat rasa sebab dapat cuti lama sikit pastu dapat betul2 masa yg berkualiti tuk anak2 mama...Qhalish suka sangat sebab dapat jalan2..Aeryna lagi la bertambah manja 24 jam dengan mama...

Bercuti2 Malaysia di Cherating ni sebab company papa ada buat family day kat The Legend Resort Cherating, Pahang buat 3h2m, jumaat hingga ahad. Jumaat tu kami bertolak dalam pukul 9 lebih, sampai dalam 1 setengah, ambil kunci pastu duduk dalam bilik, penat juga la dah lama tak jalan jauh, nasib baik abang  & adik ok je, Tengahari sampai petang duduk dalam bilik je, siap order makanan lagi sebab dah lapar nak tunggu dinner lama pulak...order 2 nasi goreng & satu burger pun dah kena 100++...Petang tu sempat juga la bawa abang & adik mandi kat kolam..Abang Qhalish mula takut2, nasib papa pegang je dia tapi adik Aeryna terlebih excited kalau bole dia nak berendam je dalam kolam tu tapi papa tak kasi duduk lama2 takut demam pulak...kesian abang Qhalish 3 hari kat sana dia dapat main sekali je kat kolam tu...lepas seminggu tido siap mengigau lagi sebut mandi kolam..mandi kolam...hahahaha....sian...

Alhamdulillah masa kat sana abang & adik ok je, adik pun takde meragam, banyak main juga, sebab dia suka sangat bangun tido sampai malam mama ada je kat sebelah dia. Petang Sabtu tu ada aktiviti sukan untuk budak2 & dewasa. Qhalish pun ada main masuk group papa, tapi dia tak paham pun lagi lebih kepada nak main sendiri, hehehe..kecik lagi tu belum 3 tahun...





06 di paloh hinai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di paloh hinai - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di paloh hinai</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di paloh hinai</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok | Berita Harian

Posted: 21 Mar 2012 02:07 AM PDT

Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok

21/03/2012 1:40pm

BERA — Dua orang terbunuh dan lima cedera apabila kereta yang dinaiki tujuh sekeluarga Orang Asli itu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Km 34 Jalan Temerloh–Bahau pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Mohd. Zahid Mohd. Noor berkata, kejadian pada pukul 5 pagi itu berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Bahau ke Paloh Hinai di Pekan.

Menurutnya mangsa yang maut dikenali sebagai Saadan Pendek, 36, yang merupakan penumpang hadapan dan Subia Lidin, 12, penumpang belakang, kedua-duanya berasal dari Kampung Orang Asli Runchang, Pekan.

Pemandu kereta, Kassim Law, 20, cedera parah di bahagian kaki, muka dan badan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Mereka yang cedera adalah Rosnani Lidin, 15, Adila Adi, 16, Rosnita Lidin, 13, dan Kitie Mail, juga 13. Mereka turut dirawat di hospital yang sama.

Mohd. Zahid berkata kereta yang dinaiki keluarga itu dipercayai dipandu laju sehingga terbabas ke kanan jalan lalu melanggar sebatang pokok.

"Dua penumpang berkenaan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan," katanya. — BERNAMA

Read more:

Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok

Artikel Berkaitan:

  1. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  2. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  3. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  4. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  5. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  6. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  7. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  8. Dua Orang Asli maut kereta langgar pokok
  9. Maut kereta langgar pokok
  10. Lelaki rentung selepas kereta langgar pokok
Posted by on Mar 21st, 2012 and filed under Kosmo. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved