06 di kuala rompin - Google Blog Search |
BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search Posted: 06 Mar 2012 12:00 AM PST URL Sumber Asal :-
| ||
Kembara Mahkota Jalanan (3hb – 6hb Februari 2012 <b>...</b> Posted: 17 Feb 2012 07:43 AM PST ' Kembara Mahkota Jalanan' nama yang di cadangkan oleh Pak Dewa (asalnya adalah Trip Air Terjun Harimau Berjemur – Endau Rompin) memang bertepatan dengan kembara kali ini oleh kerana ia merangkumi perjalanan yang jauh, perkhemahan di tepi pantai dan juga air terjun. Segalanya bermula dengan percantuman dua separa konvoi daripada Kuala Lumpur dan Klang Central di hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 11.55pm, 3 Feb 2012. Konvoi dengan jumlah sebanyak 12 jalopy bergerak mengharungi kegelapan malam ke Kuala Rompin, Pahang diketuai oleh Pak Cendana melalui pekan Kuala Pilah, Juasih dan berhenti untuk berehat seketika di persimpangan Bandar Baru Serting sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Muadzam Shah. Setelah melayan kerenah mata selama lebih kurang 15 minit di Petronas Muadzam Shah, konvoi meneruskan perjalanan semula ke Kuala Rompin dan tiba dengan selamatnya beberapa minit sebelum azan subuh yang berkumandang dari corong pembesar suara masjid Kuala Rompin. Setelah sembahyang subuh berjemaah yang diimamkan oleh pak leban, semua pilot dan co-pilot mencari haluan sendiri dan "port-port" yang sesuai untuk melelapkan mata sebentar sebelum terbitnya matahari. Pada sebelah paginya tarikh 4 Feb. Konvoi disajikan dengan hidangan istimewa yang di taja oleh YB Kuala Rompin, masakan nasi dagang dan nasi lemak amat menyelerakan. Tidak ketinggalan juga kursus jangka pendek cara betul mengoreng telur 'goyang' untuk para XYL2 oleh ibunda pak cendana. Perjalanan diteruskan, dengan membeli barang keperluan yang tidak jauh dari dari tempat berlepas, konvoi telah berkumpul di dataran Kuala Rompin dan disana, jumlah jalopy telah bertambah kepada 21 buah setelah bergabung dengan group daripad Muadzam Shah dan Dungun. Setelah taklimat ringkas dan ucapan terima kasih daripada mantan Presiden, pak merbatu. Konvoi telah dilepaskan 'flag off' oleh wakil kepada wakil rakyat Kuala Rompin dan juga di saksikan oleh wakil pegawai daerah Rompin. Konvoi mula bergerak menuju ke Air terjun Harimau Berjemur melalui Kampong Tebu Hitam dengan di iringi oleh kereta peronda polis dan team motor scrambler. Setelah melalui jalan 'off road' lebih kurang 5 km, perjalanan konvoi telah terhenti apabila mendapati jambatan yang menghubungkan jalan ke air terjun telah runtuh oleh kerana hujan lebat pada hari sebelumya. Kehampaan terpancar di wajah peserta, ish..ish..ish ….kesian. Satu 'Mesyuarat tingkap' dengan segera diadakan dan keputusannya adalah untuk meneruskan perjalanan ke Taman Negeri Endau Rompin melalui jalan 'off road' dan selamat tiba lebih kurang jam 3.30 petang. Keputusan tinjauan ke tapak perkemahan mendapati ianya tidak berapa sesuai dan selamat kerana terdapat kesan2 tinggalan gajah dan juga kerja2 kumpulan paranormal ditambah pula dengan kemudahan yang agak terhad, konvoi memutuskan untuk kembali ke Kuala Rompin dan berkemah di tepi pantai di Cedok Resort. Pada sebelah malamnya peserta dijamu dengan hidangan B.B.Q yang ditaja oleh YB Kuala Rompin. Sekali lagi keluarga Pak Cendana telah bertungkus lumus menguruskan B.B.Q tersebut, ribuan terima kasih dari kami kepada keluarga beliau. Pada pagi 5 Feb, ' mesyuarat tingkap ke2' telah diadakan dan memutuskan konvoi meneruskan perjalanan ke Kenaboi, Kuala Kelawang Negeri Sembilan . Perjalanan yang mengambil masa agak lama lebih kurang 6 jam di selang -selikan dengan menyelesaikan masalah kerosakan kereta pk Palawan ,pk merbatu, pk tetebu dan pk Dewa. Berkat kerjasama ahli2, masalah tersebut telah dapat diselesaikan dengan cepat, syabas kepada peserta2 konvoi 'You are the best'. Cuma ada satu masalah yang tak dapat di selesaikan iaitu masaalah kebocoran poket pk Leban di Leban Condong gara2 lauk udang galah, harap bersabar banyak2 yer……. Konvoi selamat sampai di Kenaboi pada jam 8.30pm dan berkhemah di kem Kenaboi AdvEnture bersebelahan air terjun. Sehingga keesokan harinya 6th Feb, Konvoi menghabiskan masa dengan lepak2, mandi- manda, sambil XYL2 bergotong royong menyediakan masakan. manakala ada diantara para pilot sedang 'pekena Shisha' sebelum 'check out' pada jam 1.30pm. Penutup perjalanan, konvoi telah berhenti di restoran Laksa Buyung Batu 16 Ulu Langat cadangan dari Pak Dewa untuk menjamu selera, memang 'best' laksa kat situ. Setelah ucapan selamat dan bersalaman drpd peserta2 di daratan dan juga radio, Konvoi bersurai lebih kurang jam 8.00pm untuk meneruskan haluan masing2 menuju ke rumah. Ucapan terima kasih kepada Pak Cendana sebagai event manager dan Pak Dewa selaku co-event, jutaan terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Pak Cendana diatas layanan yang amat baik, budi anda akan kami kenang. Terima kasih kepada YB Kuala Rompin diatas penajaan sarapan dan B.B.Q dan juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada Polis pengiring dan team motor scrambler. Akhir kata terima kasih kepada seluruh peserta konvoi, walaupon hajat tak kesampaian para peserta tetap juga menunjukkan komitment yang tinggi bagi meneruskan dan menjadikan event 'Kembara Mahkota Jalanan'. Sebagai penutup event trip ini dan bagi menjadikan kesinambungan trip2 yang akan datang, Pak dewa dengan rasminya menutup acara event tersebut dan dengan rasminya melantik Pak Bidara selaku event manager dan co-assist Pak Bebaru, untuk event seterusnya. Terima Kasih dan Jumpa Jumpa Lagi…. Laporan program : Pak Bebaru Disunting : Pak Dewa Photographer : Pak Merbatu |
You are subscribed to email updates from di kuala rompin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |