ads

Khamis, 14 Jun 2012

06 di janda baik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Malaysian Sports&#39; Loose Cannon: Permata <b>di Janda Baik</b>

Posted: 01 May 2012 02:37 AM PDT

Aku berpeluang melawat Akademi Bola Sepak Frenz United di Janda Baik baru-baru ini. Mengikuti rombongan media dalam bas yang disediakan Frenz United FC, perjalanan ke akademi itu mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Bukit Jalil. Media dijemput membuat liputan pelancaran dan majlis undian Piala Frenz, kejohanan Bawah 14 tahun anjuran bersama Frenz United FC dengan Persatuan Bola Sepak Pahang, disokong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pintu masuk akademi yang menyambut tetamu

Tetamu kehormat majlis, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, cukup kagum dengan kemudahan di akademi itu, yang juga disebut ringkas sebagai FUFA.
"Kalaulah ada 13 lagi akademi sebegini atas inisiatif pihak swasta seperti Frenz United, tentu usaha mencungkil bakat di peringkat akar umbi lebih mudah. Ini adalah satu set-up yang cukup profesional," kata Azzuddin.

Lihat kemudahan yang disediakan.

Bilik media, ada Internet

Sambil mengangkat besi, Cristiano Ronaldo jadi inspirasi

Gelanggang serba guna jadi tempat pelancaran Piala Frenz
Dari kiri presiden Frenz United FC, Noor Ihsan Abdul Hamid, Pengarah Pendidikan, Sopiah Suid (dulu pernah kerja di NSTP), Azzuddin, Setiausaha PBNP, Fuzzemi Ibrahim dan Pengarah Teknikal Frenz United, Omar Ali

Pemilik Frenz United, Rashid Maidin...muda lagi

Undian dilakukan oleh Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud, dengan Ong Kim Swee pilih pasukan dari balang
Turut hadir pada majlis pelancaran itu bekas kapten pasukan negara Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Kamarulzaman Yusof. "Wah, hebat kemudahan kat sini," kata Zainal kepada aku.

Pemain FUFA teruja bertemu Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat dan Irfan Fazail

Tanggungjawab memberi bimbingan secara teknikal kepada 50 pemain berusia 13-14 tahun di FUFA digalas Omar Ali, bekas jurulatih akademi Selangor dan UiTM Shah Alam. Dia dibantu Ahmad Fairuz Yunus dan beberapa bekas pemain. Fairuz adalah anak kepada Allahyarham Yunus Tasman, nama besar dalam kejurulatih bola sepak di Selangor dan Kuala Lumpur pada 70-an dan 80-an

FUFA bersedia menghadapi Piala Frenz
Piala Frenz yang julung kali diadakan bermula Jumaat ini, disiarkan secara langsung oleh Astro Arena 801. Juga ada laporan mingguan. Piala Frenz menawarkan jumlah wang tunai RM100,000, tentunya jumlah paling besar pernah ditawarkan untuk kejohanan peringkat umur. Baca di sini
Sungguh bertuah 50 remaja dari seluruh negara yang duduk sebumbung belajar bola di FUFA sambil menerima biasiswa dari Tingkatan 1 hingga 5, bernilai RM80,000. Bersekolah di SM Saleha, sebuah sekolah asrama swasta di Genting Highlands. Mereka dipilih selepas melalui satu proses pemilihan selepas kejohanan MSSM di Pulau Pinang tahun lalu. Ada empat pemain sudahpun dilepaskan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

06 di mempaga - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2012 09:07 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2012 09:48 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Blog Felda: felda <b>mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2012 11:52 AM PDT

Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2012 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2012 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2012 12:00 AM PDT


NizamLife.com: Kayuhan <b>Felda Mempaga</b>

Posted: 17 Mar 2012 02:17 PM PDT

in time

Published with Blogger-droid v2.0.4

Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2011 05:41 AM PST


Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2011 05:41 AM PST


Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2011 05:41 AM PST


Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2011 05:41 AM PST


Blog Felda: <b>felda mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2011 05:41 AM PST


400 orang Peneroka <b>Felda Mempaga</b> 1 tubuh Jawatankuasa <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2011 05:26 AM PST

Peneroka-peneroka Felda Mempaga 1, 2 dan 3 di Bentong berikrar untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan lebihan pendapatan mereka yang tidak dikembalikan oleh Felda.

Pengiraan yang terperinci telah dibuat bahawa setiap peneroka Felda disana telah kehilangan pendapatan didalam tempoh 5 tahun adalah sebanyak RM150,000.00.

Beberapa orang peneroka yang menghadiri Majlis Taklimat mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda menyangkal pengakuan Felda bahawa pengurusan Felda melalui ketua-ketua blok ada memberitahu peneroka-peneroka akan Penyata Kira-Kira pendapatan dan tanggungan mereka.

Sehingga kini Felda ada memberitahu mengenai hutang mereka dengan Felda tetapi tidak pernah diberitahu mengenai pendapatan mereka.

Jika dibandingkan dengan peneroka-peneroka yang tanam sendiri, elaun sara hidup yang diterima oleh peneroka-peneroka amatlah kecil, iaitu RM1500.00 sebulan berbanding dengan mereka yang tanam sendiri yang boleh berpendapatan bulanan melebihi RM5000.00 setiap bulan. Peneroka-peneroka yang tanam sendiri juga tidak dibebankan dengan sebarang hutang, manakala peneroka-peneroka yang menyerahkan ladang mereka untuk diuruskan oleh Felda memperolehi pendapatan hanya sekadar RM1500.00 sebagai elaun sara hidup yang dianggap sebagai hutang dan hutang mereka meningkat dari bulan ke bulan dan sehingga 8 tahun hutang mereka sudah pun meningkat melebihi RM90,000.00.

Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan siang tadi bagi mewakili peneroka-peneroka Felda Mempaga 1, 2 dan 3 akan mengumpulkan semua peneroka-peneroka yang bakal memfailkan saman terhadap Felda dan mereka berikrar bahawa mereka akan menyelesaikan tugas itu didalam tempoh 2 minggu dan selepas itu pihak peguam akan sekali lagi turun ke Felda Mempaga dan setelah itu dokumen akan diproses untuk pemfailan saman terhadap Felda.

Full content generated by Get Full RSS.

di negeri pahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Petanda Besar BN Bakal Kalah <b>Di Negeri</b> Sembilan | Addin |

Posted: 12 Jun 2012 08:08 AM PDT

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13."Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. "Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin. Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.


"Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. "Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.  Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

"Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata Mohd Fauzi Othman.

'Orang Isa tidak suka Mohamad'


Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau. Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

"Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. "Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

"Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. "Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

"Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13. 

06 di merapoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 09:29 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Apr 2012 09:21 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Gunung Tahan: Kuala Juram(<b>Merapoh</b>)-Tahan-Kuala Juram – Part I

Posted: 16 Apr 2011 09:59 PM PDT

Pertama kali aku naik gunung adalah (kalau tak silap) pada hujung tahun 2009. Aku naik Gunung Nuang. Tapi sampai suku perjalanan je. Itu pon esoknya berjalan terkengkang-kengkang. Tak habis pun. Sampai sekarang tak pernah jejak puncak Gunung Nuang. Haha. Kali ni bukan cerita naik Nuang. Tapi naik Gunung Tahan.

Ada orang nak kejar G7 (7 gunung tertinggi di semenanjung) Tapi aku belum sampai ke tahap tu lagi. Mana orang ajak, aku pergi. Haha. Setakat ni kepuasan aku adalah menjejakkan kaki di puncak tertinggi Borneo(Kinabalu tahun lepas) dan pundak tertinggi Semenanjung Malaysia; Gunung Tahan. Hoyeah!

Sedikit info mengenai Gunung Tahan.

Lokasi: Pahang.
Ketinggian: 2,187 meter (7,175 kaki)

Terdapat 2 trail popular untuk sampai ke Gunung Tahan iaitu samada melalui Merapoh(Kuala Juram) atau Kuala Tahan. Trail Kuala Tahan adalah trail yang pertama ditemui sejak tahun 1881. Ia lebih mencabar, lebih jauh dan memakan masa sehingga 7 hari manakala trail Kuala Juram adalah trek yang baru dibuka pada Ogos 1993 dan memerlukan 4 hari untuk pergi dan balik.

Tanpa membuang masa, berikut adalah travel log selama empat hari 3 malam yang dibahagikan kepada 4 episod(Part I, II, III & IV)

Travel log hari pertama, 5 April 2011;

6:00 AM – Tiba di Stesen Keretapi Merapoh
7:30 AM – Breakfast
8:13 AM – Bergerak masuk ke Taman Negara Sungai Relau
9:45 AM – Briefing selepas declare barang
10:15 AM – Bertolak dengan 4WD ke Kuala Juram
10:45 AM – Tiba di Kuala Juram
11:15 AM - Pendakian bermula!
12:15 PM – Tiba di Kuala Luis dan berehat selama 20 minit
2:15 PM - Tiba di Kem Lata Luis
4:00 PM - Tiba di Kem Kor
8:30 PM - Mimpi indah (Dalam hujan rintik-rintik)

Total 36 Photos

Mari kita kaji kedua-dua trail sebelah menyebelah. Empat hari vs. tujuh hari. Tepuk dada tanya nak yang mana, dada kata ikot yang empat hari saja sebab aku noob dan tak training langsung. Ade la naik Gunung Datuk sebulan sebelum tu. Haha.

2. Berikut adalah sedikit pesanan pihak bertanggungjawab. 44.9km(one way) secara total. (Kata Lair ini calculation straight line pakai GPS. Jarak sebenar on foot pusing-pusing bukit mungkin lagi jauh) Empat hari adalah tempoh perjalanan standard tanpa sebarang masalah teknikal.

3. Keseluruhan barang persendirian termasuk seluar dalam warna fink bergambar Ultraman. Haha. Paling penting.. ah semua tu penting la samdol! Kalau tak, takde maknanya aku nak pikul berkilo-kilo atas belakang.

4. Berat beg baru aku dengan barang-barang persendirian tadi. Sepuluh kilo sahaja. Tanpa air minum 3 liter(3 kilo), kamera (sekilo lebih) Sampai sana topup lagi sedikit sebanyak bayang-barang catuan seperti beras dan lain-lain.

5. Pepagi pukul 6 sampai di Merapoh. Semayang subuh dekat masjid berdekatan dan terus bersiap pakai uniform hiking. Lepastu gerak cari breakfast. Sejuk beb pepagi dekat Merapoh ni. Stesen ketapi dia kecik saja dan ketapi hanya akan berhenti amik orang upon request kalau harga tiket terkumpul lebih dari RM200. Kalau tak, pegi naik dekat Gua Musang le.

6. Di Merapoh, selain pergi hiking, boleh juga pergi kenduri Niti & Faleh. Haha.

7. Selepas sembang dengan guide, didapati beras tidak cukup jadi kami tambah lagi 5 kilo. Bahagi 5 orang. Ha pikul la kau.

8. Pak Teh ready nak bawak kitorang masuk ke Taman Negara dengan 4WD yang hebat. Penuh dengan 10 ekor beg besar.

9. Sampai di Taman Negara Sungai Relau, terus bukak balik beg besar tu, tabur semua barang. Declare satu-satu benda yang akan dibawa masuk hutan. Kira semua bungkusan plastik, bateri, botol, tin. Pakaian termasuk spender ultraman tadi.

10. Lepastu pendaftaran, pusing-pusing dulu bilik pameran sebagai warm up mental sebelum hiking. Selepas itu sedikit briefing oleh tuan ranjer. Foto menunjukkan jari yang agak-agak tunjk kat mana nak start pancit dan timbul rasa menyesal pegi masuk hutan. Haha.

11. Maka bermulalah perjalanan kami jauh dari ketamadunan menaiki 4WD sejauh 13kilometer dari Sungai Relau ke starting point Kuala Juram.

12. Muka-muka gembira. Ada yang tak pakai thights pon. Kagum aku. Haha. Tapi alhamdulillah semuanya tak diserang pacat yang ganas.

13. Tobat laju Pak Teh bawak 4WD ni. Lelebih lagi masa dia lajak nak naik bukit. Roller-coaster siot! Nak angkat tangan dan jerit "wheeeeeeeeeeeee" tapi takot tercampak keluar lak. Haha.

14. Kuala Juram adah salah satu santuari Ikan Kelah Taman Negara. Kat sini dilarang sama sekali memancing atau tangkap buat naik ikan kelah tersebut. Kata Pak Teh, kalau buat naik sekor nanti semua ikan akan merajuk tanak jumpe manusia. Kalau Pak Teh tipu aku, aku pon tipu korang la. Haha.

15. Ada Lata Bunian lah! *ok dalam hati sedikit cuak*

16. Muka kerek lagi ni sebab lom kena penangan hutan belantara lutut bertemu dagu. Haha. Juga kene pakai semat. (baju tuck in dalam) Haha. Kacak bukan? Takot pacat la katakan kang depa naik kasi love bite kat ketiak lak. Hehe.

17. Azam membacakan doa agar semuanya selamat pergi dan pulang. (anak sapa laaaa kitorang niiiihhh seswai dibuat menantu hoh!)

18. Jambatan gantung ini yang akan dirindu serindunya pada 3 hari yang mendatang. Haha.

19. Jambatan gantung permulaan trek ke Gunung Tahan. Naik ni sambil nyanyi lagu "Goyang-goyang, goyang kepala goyang". Haha.

20. Sungai pertama kene cross. Dalam kepala aku satu je. Lepasni mesti pesta kempen derma darah. Tapi aku apa takut? Aku dah pakai kacak baju tuck in mcm nak pegi opis. (padahal pegi opis pon tak penah tuck in) Haha.

21. Selepas bermain air, kita panjat batang pokok lak. Sekali kene seronok. tiga empat kali macam ni naik menyampah la pulak. Haha. Lepastu trekking dengan kasut/stokin basah. Cepelet, cepet, cepet. Kaki pon rasa suam. Haha.

22. Awal-awal memang begini. Semua rapat-rapat. Dekat-dekat. Tapi jangan pegang-pegang. Haha Lama-lama pecahla jadi dua group. Group laju dan group sipud. Aku group mana? Aku group sweeper. Haha. (nama cool bagi sipud)

23. Bila cross sungai, bukak semua chest strap, waist strap sebagai langkah berjaga-jaga. So, bila jatuh dan hanyut lepaskan saja bag itu. Kalau tak nanti akan kene drag sekali arus atau tenggelam bersamanya. Naik atas darat baru strap balik. Sekian pesanan penaja.

24. Air melo. Tak nampak apa yang dipijak. Agak cuak walaupun air tu paras lutut je. Mana la tahu tetibe ade lobang ke ape ke. Kan kan kan?

25. Takdok le dalam sangat tapi basoh le ponggom awok... (The river is not too deep. Only warm-warm deep. Not knee deep. Not waist deep. It's ass deep. LOL)

26. Bapak besar wei pokok ni. takleh nak peluk dah lebo dia.

27. Melalui tepi lereng bukit yang ada sungai dibawahnya dengan kadang-kadang menlalui anak sungai dan tali air.

28. Kadang-kadang ada trek yang curam kebawah begini. Selalunya curam ke atas. Mana-mana pon tak kesah la. Azab naik atau turun lebih kurang je. OK tipu. Turun lebih nyaman sebenarnya. Hehe.

29. Kulat ni basar gila cakap aku. Ade la sebesar dulang kot. Sepatutnya aku amik gamba beliau bersama seorang manusia. Baru nampak betapa besar dia. Erm.. um.. takpelah. Haha.

30. Pokok nik akar dia terkeluo macam pokok bakau yo!

31. Ni sungai ke 2 kot. Tengok tu Pa'an dah senget sebab salah step. Kat sini aku chill lagi cross sungai dengan kamera selamba strap deat dada. Kalau tergolek dalam sungai mmg nanges aku 4 hari 4 malam.

32. Air dia tak deras sangat. Air dia tak dalam. Air dia tak jernih sangat. Tapi kalau jatuh tu kompem hanyut sejauh beberapa sentimeter.

33. Cendawan! Eh kulat! Eh cendawan! Eh apa tah tapi kaler oren la tapi rasa belum tentu oren. Mungkin rasanya seperti stokin. Haha.

34. Pokok apa tah. Besar nak mampus daun dia. Boleh buat tempat berlindung kalau hujan lebat. Wow!

35. Seres aku cuak nak cross sungai ni. Tang ni aku simpan kamera bila nak cross. Aku tak kompiden. (Sayang wei kemere tu sekor je aku ade) Depa mesti menyampah tunggu aku lambat bungkus kamera dalam bag. Hehe.

36. Kuala Luis. Ini adalah sungai yang paling menakutkan. Silap tektik jatuh dalam jeram tu. Dahle banyak batu. Tapi takde masalah bagi orang berani macam aku. Haha dah settle belagak le yeop!

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram - Part I, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Related posts:

  1. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part IV
  2. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part III
  3. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part II
  4. Trans Cameron: Gunung Jasar-Perdah – Part I
  5. Gunung Ledang – Part I
Tags: , , ,

06 di beserah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di beserah - Google Blog Search


ASNIDAR SHAFIE SI MERPATI PUTIH: Gelora <b>Di Beserah</b>

Posted: 10 Jun 2012 06:18 PM PDT

Percutian kali ini sememangnya tidak dirancang. Saya lebih suka bercuti ke daerah Bagan Lalang kerana suasananya yang damai. Oleh kerana, ada majlis yang harus kami hadiri di kawasan Pantai Timur, suami mengambil peluang ini untuk berehat di sini.

Swiss Garden di Beserah tidak perlu diperkenalkan lagi. Hotel yang bertaraf lima bintang ini sememangnya menjadi pilihan kami sebelum kami mempunyai zuriat lagi. Kali ini, ia menawarkan potongan yang menarik jika anda membuat 'booking' melalui internet. Itu kata suami. Kata saya, ia agak mahal jika nak dibandingkan dengan hotel bersebelahannya.
Kesemua hotel di kawasan ini telah penuh. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda sebelum datang ke sini terutamanya pada musim cuti sekolah. Anda tidak mahu berakhir dengan bermalam di dalam kereta! ^_^
Sebelum kami tiba di hotel ini, kami melewati suatu kawasan tanah lapang yang sedang dibangunkan oleh pihak pengurusan hotel. Hmmm... dua tahun lagi, siaplah... sebuah hotel bertaraf beberapa bintang milik Swiss Garden lagi!
Percutian yang sangat pendek ini tidak bermakna jika saya tidak membeli berbungkus-bungkus keropok untuk di bawa pulang. Pilihan saya, sudah tentulah di daerah Kemaman.
"Kepok habis, kak! Ada yang ini je. Ini pun mak saudara yang punya."
Huh... saya agak kecewa apabila kedai yang selalu menjadi tumpuan kami sudah kosong dengan keropok keping. Saya tak dapatlah merasa kesedapan keropok buatan keluarga ini. 0_o
"Kak datang esok ya. Kalau cuaca panas, adalah kepok."
Kalau sebaliknya? Saya pandang dia yang tersenyum manis. Tiada esok, nak hari ini juga! Saya seakan mahu menjerit.
Kami terpaksa singgah di beberapa kedai lain dan menyedari suatu kepelikan di sini.
"Kakak jual kepok Trengganu sekilo Rm15. Kalau kepok Kemaman sekilo RM23." Kata kakak yang sedang sibuk menimbang keropok keping miliknya. "Kepok Trengganu banyak tepung dik..." Tambah dia lagi.
Saya tertanya-tanya, adakah musim cuti sekolah harga keropok dibeza-bezakan atau sememangnya harganya sebegitu. Sebelum ini, kami tidak pernah tahu akan hal ini. Hmmm... Itu tugas suami untuk menjalankan siasatan. Dia mempunyai seorang rakan yang amat mahir di daerah ini. :D
Jom kita nikmati suasana yang amat damai dan pantainya yang sangat landai di Hotel Swiss Garden. Sayang... lautnya bergelora ketika ini. Jangan lupa berkunjung ke sini.
Anda tentu terpesona dengan keramahan pekerjanya walaupun hidangannya tidaklah memenuhi citarasa saya. Mujurlah, ada penyelamat keadaan! Jus Mango yang begitu pekat dan bersari!
^_~

06 di pekan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Sehari <b>di Pekan</b> Hatyai….. « Paksu Pencen

Posted: 07 Jun 2012 08:10 AM PDT

Banyak perkara menarik di Bandar Hatyai yang menyebabkan ramai orang Malaysia berminat untuk bercuti disana.

Tanggapan bahawa terdapat barangan murah disini telah tidak dapat digunapakai lagi, kerana mereka juga terlibat dengan kenaikkan harga barang akibat kenaikkan harga minyak.

Namun tidak dinafikan harga bilik hotel di Pekan Hatyai jauh lebih murah dari harga di Malaysia. Anda boleh memperolehi bilik hotel yang selesa di tengah-tengan bandar dengan kadar harga serendah RM50 sehingga RM150 semalam dengan mudah.

Selepas menikmati hidangan Tom Yam, kaki mula boleh melangkah dengan gagah dan "Tut Tut" adalah pengangkutan resmi yang popular disini. Senang dan murah, lambai sahaja tangan anda dan nyatakan kemana saja destinasinya

Selepas puas meronda kesana sini dengan "tut tut", akhirnya semua akan bertumpu di Hatyai Walking street yang terletak betul-betul di pusat bandar seperti "Bintang Walk" di Kuala Lumpur. Ramai pelancung Malaysia disini dan inilah pusat beli belah yang menjadi tumpuan terutama kaum wanita.

Di kiri kanan jalan penuh dengan peniaga yang menjual perbagai barangan hiasan, pakaian dan makanan.
Pulut adalah paling digemari dan ia digandingkan dengan samada durian atau pun buah mempelam dan kini harganya telah naik menjadi RM5 sebungkus.

Dan sebelum balik berehat di bilik hotel yang bertaburan di dalam bandar ini, urut kaki adalah rawatan paling baik bagi menghilangkan rasa-rasa sengal dan lenguh atau sakit tapak kaki. Dengan bayaran Thai bath 300, kita boleh beristirehat selama 1 jam di kerusi empuk sambil kaki kita diurut dengan begitu selesa sekali.

Sebenarnya dimana-mana pusat pelancongan ada keistimewaan tersendiri. Namun di Hatyai, pehak berkuasa Thailand telah merancang dengan baik sekali agar bandar ini menjadi mesra pelancong. Bayangkan dengan hanya anda berada di satu lokasi sahaja, anda boleh menikmati segalanya dengan mudah tampa perlu bergerak jauh dan sistem pengangkutan "Tut Tut" di sini adalah yang terbaik dan kita tidak merasa risau dan takut akan tertipu. Dengan hanya membayar secara tunai Thai Bath 30/seorang kepada operetornya, kita bisa dibawa kemana sahaja yang dikehendaki.

06 di mengkarak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mengkarak - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2012 07:19 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2012 07:56 AM PDT

URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 07:06 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 07:21 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2012 07:16 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 06:03 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 06:03 PM PST

URL Sumber Asal :-

Nasib Ibu tunggal <b>di</b> Sg. <b>Lanchang</b> bakal terbela. ~ Anak Bagan <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 10:34 PM PST


Berita Harian 23 Januari 2012 telah  melaporkan seorang ibu tunggal dari Sg. Lanchang, Bagan Datoh iaitu Temah Bt. Jantan yang  kesempitan hidup akibat bantuan Baitulmal yang diberikan kepadanya sebelum ini secara tiba-tiba dihentikan tanpa sebarang makluman daripada pihak Baitulmal Teluk Intan.Diatas keprihatinan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui wakilnya daripada Pejabat Ahli Parlimen, satu lawatan ke rumah Pn. Temah telah diadakan hari ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan peribadi dari YB Ahli Parlimen bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Pn. Temah. Justeru itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datoh memanjangkan perkara ini kepada pihak JAIP dan Baitulmal Teluk Intan mengenai permasalahan yang dialami beliau sekeluarga.  Adalah diharapkan pihak JAIP dan Baitulmal dapat membantu menyambung semula bantuan yang telah diberikan ini agar Puan Temah dapat menjalani hidup dengan lebih selesa.  Keperihatinan YB Ahli Parlimen Bagan Datoh sejajar dengan slogan " Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan".

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: Orang UMNO <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 06:12 PM PST

Hujan lebat ngat semalam, koi tak dapat nak gi kampong-kampong, so koi minumlah di kedai kopi.  Elok ngat minum di situ kerana rupa-rupanya ada pulok dua tiga orang kenalan lama, orang UMNO yang dulunya kawan-kawan koi belaka, seorang bekas Ketua Kampong.  Mereka tu dulu sokong koi masa koi bertanding sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh.  Kami masih mesra hanya taklah semesra dulu kerana kini dah lain-lain boat.
Mat (bukan nama sebenar) tanya koi, "Haji bertanding tak dalam pilihanraya ni?" Koi jawab mudah, kalau ikutkan hati, tak ndak tanding, tapi manakan tau kalau parti suruh koi tanding lagi.
"Tanding kat mana?" Abu (bukan nama sebenar) bertanya, "kalau-kalau bertanding kat Temerloh bolehlah kami tolong!  Ramai ahli-ahli UMNO yang masih menyokong Haji."
Koi jawab bahawa koi tak ndak bertanding dah, tapi kalau parti suruh juga, koi akan bertanding di tempat koi buat kerja iaitu di DUN Jenderak, dan koi bayangkan bahawa parti sudah pun menetapkan calon selain dari aku disana.
Kemudian semakin rancaklah cerita jadi calon di Parlimen Temerloh dikalangan pimpinan mereka dan koi rakamkan perbualan kami seperti yang terpapar disini.
Dengar-dengar ceritanya, Mohd Sarkar pun berminat bertanding Parlimen kerana dia nampaknya tak dapat menggantikan Tok Nan menjadi Menteri Besar; dah berbalah pandangan antara Sarkar dengan Sarifuddin.  Dan mereka menyatakan bahawa Sharifuddin dah tak se jalan dengan Dato Najib, selalu sangat mengambil pendirian yang berbeza dengan parti.  Isu AUKU, isu demo, isu Anwar, semuanya Sharifudin ni mencanggahi parti.  Nampaknya dia akan digugurkan oleh UMNO, dan rasanya Sharifudin ni lebih sesuai dengan PKR.
Sarkar pun tak disenangi oleh orang Lanchang kerana dia ni kuat sangat gunakan kroni-kroni, dan kalau dia tak bertanding Parlimen, orang UMNO Lanchang dah tak berminat kepadanya untuk DUN Lanchang; tapi kalau Sarkar bertanding di Parlimen Temerloh, rasanya dia kalah.
Sharifudin tu disukai oleh pengundi-pengundi tapi dia dah tak disenangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO.  DUN Kuala Semantan menjadi rebutan sangat.  Kawasan ni milik pembangkang PAS.  Anuar Yunus adalah calon popular, tapi dia ni menghadapi kes di Mahkamah, dan lagipun, dia tidak ada ijazah, ada SPM jer, tak sesuai nak jadi wakil rakyat zaman ni.
Ketua Pemuda sekarang ni memang target kawasan tu.  Tapi ada seorang lagi pemimpin Dr Siti Hawa yang minat giler bertanding.
Hanya mereka berdua ni kurang pendedahan.  Kalau Siti Hawa tu, usahkan di seluruh kawasan Kuala Semantan, kawasan kampongnya di Batu 4 pun tak kenal orang dan orang tak kenal dia.  Begitu juga dengan Ketua Pemuda tu.  Mana pernah melawat kampong.  Yang selalu melawat kampong ialah Anuar, tapi dengan dia berhadapan dengan kes Mahkamah, tak mungkin dia jadi calon!
Tapi apa lebihnya pemimpin-pemimpin Pembangkang di Temerloh ni?  Dua kali lima jer dengan pemimpin-pemimpin UMNO.  Jadi sapa-sapa pun jadi calon, tak ada yang popular pun, ah, ini baru sedap berlawan, sama-sama tak dikenali rakyat.
Saya sempat bertanya kepada Mat, Abu dan Din (bukan nama sebenar), kamu nak undi sapa?  "Saya akan undi calon yang aku nampak boleh beri khidmat kepada masyarakat," kata Abu, "Aku tak kira parti, walaupun aku UMNO, tak semestinya calon UMNO boleh berkhidmat kepada rakyat."
"Aku pun serupa," kata Din yang juga seorang bekas Ketua Kampong, "Syed Hamid tu selalu datang kampong aku, dan sentiasa tegur aku, tak semacam wakil rakyat UMNO tu, tak kenal orang tapi kalau orang lain jadi calon pembangkang, aku belum tau lagi nak undi sapa, sebab belum tau lagi kemampuan mana-mana calon. Parlimen, kalau Sharifudin bertanding lagi, aku akan undi dia, tapi kalau Sarkar, susah sikitlah.  Calon Parlimen Pembangkang aku tak kenal, tapi kalau Dato Tuan Ibrahim mungkin aku undi dia!"
"Sayanglah Abang Mi lari ke Kuala Krau, ni kawasan ni, Parlimen Temerloh atau DUN Kuala Semantan, memang kawasan Abang Mi dari dulu lagi, Abang Mi dah bergerak lama di kawasan ni, tapi kalau di DUN Jenderak tu tak dapatlah saya menolong, saya pengundi kawasan ni." kata Mat.

Kembali kepada DUN Lanchang, ramai anak Lanchang nak jadi calon.  "Elok juga Lanchang ni ditandingi oleh anak Lanchang.  Dari zaman Dato Malik, VV Aboo, Dato Bahari sampai ke Sarkar, semuanya orang luar, eloklah Lanchang diberikan kali ini kepada anak Lanchang, tapi biarlah yang senonoh," kata Mat.

"Calon Pembangkang, entahlah kalau bukan anak Lanchang, susahlah nak menang.  Ada cerita kononnya Cikgu Jalaludin akan diletakkan oleh PKR, tapi dia juga menghadapi kes Mahkamah, tapi kalu dia ni bertanding, ada harapan PKR boleh rampas DUN Lanchang ni.  Pilihan kedua ialah Man Kadir, dia ni memang popular di Lanchang, kena pulak dia ni, menjadi buah mulut setiap isi keluarga dengan drama-drama yang dia berlakon dan dia terkenal dengan nama Pak Jabit.  Kalau calon lain, rasanya Pembangkang tak ada peluang di Lanchang, sangat sukar." tegas Mat.

Kami habiskan minuman kami dan roti canai dan kemudian koi beredar, balik kerumah kejap dan lepas itu meneruskan perjalanan ke Kuala Krau.  Tapi hujan lebat turun di Kuala Krau.  Koi habiskan masa dengan Khalid, Penolong Setiausaha PKR Cbg Kuala Krau dan selepas itu Azmi, Naib Ketua datang.  Selepas Maghrib kami pergi makan kat Restoran dekat ngan stesyen keretapi Kuala Krau.  Jam lebih kurang 9.00 malam, saya dan Kak Hendon bertolak ke Temerloh.

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2012 07:50 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 07:45 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2012 07:30 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2012 07:56 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2012 07:56 AM PST

URL Sumber Asal :-

Jelajah Pantai Timur - Apa ada <b>di</b> Deerland, <b>Lanchang</b>

Posted: 06 Mar 2012 08:03 AM PST

Yeargh....dpt sambung lagi entry jelajah pantai timur ni wlpn siang td gi bawak akiss gi unit ortopedik lagi utk rawatan susulan....

Perjalanan dari Kuantan mmg sgt meletihkan...tp nampaknya semua masih bertenaga, Alhamdulillah.

Utk kali ke-2 aku, suami & anak2 sampai ke Deerland ni. Kali pertama beberapa tahun sebelum tu kitorang gi ngan family Bentong, adik aku yg bawakkan.
Utk kali ke-2 ni...giliran kitorang lak bawak keluarga dari Taiping singgah sini...

Kali ni dh apgred ler sket gayanya...

Mula2 masuk...mmg area rusa ni ler tempat dituju. Dorang kira kita ada brp...dorang akan bg bekas yg mengandungi potongan ubi keledek utk diberi pd sang rusa yg rakus ni, hoho..
Kali pertama datang sini dulu....leh bg makan kat belah dlm pagar. Kita akan dikejar oleh rusa2 yg rakus ni utk dptkan potongan ubi keledek tersebut, huhu. Seronok jgk mcm tu, kan...tp mgkn faktor keselamatan...pihak Deerland tak bg dh pengunjung bg makanan kat dlm pagar. Bg makan kat luar dulu...dh abes, baru leh masuk bermesra2 ngan si rusa2 tu, hehe..
Taklah...sebenarnya ada jgk yg dtg dekat2. Kita leh pegang2 dia..tp tu lah...rusa2 ni ikut suka hati dia aje nk buang air sebanyak2nya kat mana2. Kekadang kita kena lari jaoh sket...takut terpercik, haha. Masa rusa tu tgh buang air...ada lak kawan2 dia datang bontot dia dok jilat air tu, uwekk!!!
Tak caya...ada adegan tu kat gambar atas ni. Carilah sendiri, hehe..Selain rusa...ada jgk haiwan2 yg lain dipelihara di sini utk tatapan pengunjung...
Aktiviti seterusnya...leh pegang ular dan bergambar dgn ular sawa tersebut. Masa gi kali pertama tu...aku tak pegang pun, hehe. Anak2 aje yg bukan main berani dok pegang. Kali ni baru ler rasa tingin nk pegang, eiii..
Kemudian..gi ler kat sini...yg ditunggu2. Mujur ler dorang try pujuk2 beruang yg diberi nama Muda ni akhirnya Muda mengalah, huhu. Kalo idak katanya...kul 1.30ptg tu mood dia dh takde dh. Rezeki org Taiping ler dpt pegang Muda ni, hehe..
Takut gak nk pegang over2 mcm kitorang gi kali pertama dulu siap leh bergambar pelok2 bagai sebab mood dia kali ni bila tengahari ni mcm kita gak ler...makin terik...makin hangat ler mood dia, ye tak..hehe..Kitorang gi masa 1st time tu masih waktu pagi...mmg waktu dia tgh kool.
Ni pun jenoh krew2 nk pujuk ni. Risau gak kang tetiba dia naik angin kalo over2 sgt, hehe. Tgk jer ler kuku dia tu, eiii...kulit pokok pun dia leh siat2 dan kokak ngan mulut dia cenggitu aje, ish..ish..
Menziarahi Muda adalah acara last kat situ. Jadinya...leh keluar ikut kedai souvenier...beli ler apa yg menarik dan tertarik, hehe..
Dari Deerland...kitorang ke arah Kuala Gandah...tempat gajah tu ler. Tak jauh dari situ..5-6km masuk ke dalam lagi, kot...hehe..
Tp kali ni gi nengok2 cenggitu aje lah. Takde daftar apa pun utk join bagi makan, nak mandi atau menunggang. Kitorang perlu ke Mempaga lak utk bermalam kat situ semalaman. Walaupun ada sedikit masalah yg datang dari tuan homestay sendiri...Alhamdulillah, settle. 
Tandas & bilik mandi kat sini pun dh apgred dh. Tak mcm kali pertama kitorang jejak sini. Sempit dan terhad kawasan tandasnya sampai leh nampak pelancong asing wanita mandi berbogel aje kat luar pintu bilik mandi wanita tu (tp masih dlm tandas wanita, lah...hehe) Bkn kat luar tandas betul2, ye...hehe..Cuma org pempuan yg tunggu kat dlm tandas tu aje yg leh nampak, ngee..
Kali ni dh ok laa kot gayanya. Dh besar dh bangunan utk tandasnya.
Jawapan yg ada dlm gambar di atas adalah berdasarkan soalan...benarkan gajah takut pada tikus?? hehe...
Selesai ler panjang lebarnya mengembara di Deerland, Lanchang yg terletak di negeri Pahang Darul Makmur ni. Sangat best kalo bawa anak2 ke sini, ye. Aku dh 2 kali gi pun masih teruja lagi masuk sini, hehe..Bkn pe, kat sini kita leh pegang ular, rusa, puyoh Scotland dan yg paling best...leh pegang seekor beruang itam berkuku panjang, uiiyo!! Bkn semua tempat ada mcm ni, ye...

Sekian...esok harap2 dpt sambung suasana di homestay Felda Mempaga...mmg best homestay tu!!!

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved