06 di jengka - Google Blog Search |
- ^‿^ LOVE MaaMieIqi ^‿^: Iftar <b>Di Jengka</b>
- Mohamad Taufek Abd Ghani: <b>Jengka</b> 12 <b>di</b> mana?
- Kemalangan <b>di</b> KM53 Jalan Temerloh-Bandar <b>Jengka</b>- Remaja <b>...</b>
^‿^ LOVE MaaMieIqi ^‿^: Iftar <b>Di Jengka</b> Posted: 29 Jul 2012 08:05 PM PDT Today mata me macam nak ditongkat dengan btg mancis...Ngantuk yg teramat sangat. Semua ni gara2 sampai lewat dr kg last nite..konon plan nak gerak pukul 8.30pm..but this n that pukul 9.30pm baru bertolak. Ingatkan tak banyak kereta rupanya sangkaan meleset. Sabar ajelah. Almost 1am barulah sampai kt rumah. Kesian En hubby yg kepenatan. So msk maggi for him kejap barulah zzzzz.. So, today me nak wat n3 untuk hilangkan my sleepy eyes. Alhamdulillah 2 malam dikg sempatlah 2 kali kami bersahur n berbuka ramai2*kebetulan kakak ipar n adik ipar pun balik Bila ramai2 tu part yg seronoknya bila gotong royong memasak juadah untuk iftar. Memandangkan me ni taklah mahir bab masak-memasak*setakat nk masak utk family sendiri ok le... So tunggak utamanya for sure MIL and my SIL as well. Hari sabtu menunya ikan bakar tempoyak, kari ayam, udang msk sambal+ ptai,ulam2an, murtabak,onde2 n bubur labu . Air pulak, air kelapa muda,air oren n 1 menu frm my BIL, pisang+mangga+susu cair blended wif yogurt..me tak tahu ape namanya tp ala2 fruit shake. Semuanya best but me terlupa nak snap pics. Hari Ahad pulak juadahnya ayam percik, siakap sweet sour, daging salai msk lemak cili api, timun tua msk tempoyak, ulam2an n cek mek molek. One more, dessert also prepared by my BIL, yg ni pun me tak tahu ape namanya..yg me perasan ada ice cream n mix fruit. Jom layan pics yg sempat me snap. 1kg daging lembu (bhgn lembut)- disalai terlebih dahulu n dihiris nipis 25 biji cili api - boleh + kalau nak lebih pedas 4 cwn Santan pekat - dr 2 biji kelapa 2 cm kunyit hidup - di carik I cm halia (optional) - ada org tak letak halia 20 biji Belimbing buluh - dibelah 2 Masukkan daging yang dihiris tadi,masukkan santan,asam gelugur, daun kunyit ,serai dan garam. Bila hampir mendidih masuk belimbing buluh. Biarkan mendidih n belimbing buloh empuk. Ok..dah siap utk dihidang. #2 cm kunyit hidup - nak guna kunyit debu pun boleh Ayam digaul bersama bhn # yg telah diblender + grm - perap dlm 1 jam 3 cwn santan pekat - 2 biji kelapa Sedikit gula - secukup rasa Sedikit garam - secukup rasa Sedikit cili kering - klau nak pedas boleh + 3 batang serai - di ketuk Masukkan santan n bhn * yg telah diblender dan semua bhn lain. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya santan tdk berketul. Ambil sedikit kuah, sapukan pd ayam yg telah siap dibakar Bakar ayam sekali lagi selama 5 minit spya kuah meresap dlm ayam tadi. Kacau kuah yg selebihnya hingga pekat.Ermm..dah siap..but if me yg buat..ayam percik mesti putih coz tk letak cili*cz dr awl itulah yg chek ajr, mungkin sbb family x dibiasakn mknan pedas 2 ekor ikan siakap dibersihkan dan kelarkan garam dan kunyit Untuk sos:- 5 ulas bawang merah - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 1 cm halia - dihiris halus 1/2 cawan sos tomato 3 sudu besar sos cili Nenas - di potong dadu 2 biji cili merah - dipotong nipis 1/2 cawan air. 1 biji tomato - belah 6 Garam dan gula secukup rasa minyak masak Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan nenas dan mentimun. Kemudian masukkan juga cili potong, garam dan gula. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi. Sebiji timun tua - kupas kulit,dibuang biji n di potong Blenderkan cili api n kunyit . Kemudian masukkan kesemua bahan kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga mentimun empuk. Simple kan, yg ni me yg masak coz it's my hubby n MLP's punye feberet.Yg lain tu main chefnya MIL. Mak punye mskan mmg marvellous...sedap sangat. Thanx mak sbb masak utk kami. Oit..itu tak bermakna me n adik2 ipar tak memasak. Kami semua jd penolong chef ape..he2. Kuih pulak my SIL aka Kak Long yg buat, even itu makanan kelantan..kuih cek mek molek. Tugas me hanya melenyek keledek tu sampai hancur aje. Pastu yg menyiapkan she n my younger SIL. Resepi :- referlah kat sini ye..me dah lama ngular ni nti bos perasan pulak. p/s : seronoknya iftar beramai2 dgn family....lps ni ber3 ajelah kt rumah..x sbr nk tunggu iftar kat kg klate pulak..rindunya kat chek n ayah.. |
Mohamad Taufek Abd Ghani: <b>Jengka</b> 12 <b>di</b> mana? Posted: 06 Aug 2012 01:11 AM PDT JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan. Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka. "Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu. Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian. "Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian," katanya. Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian. Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila bil air diterimanya lebih mahal berbanding penduduk kawasan lain. "Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian," katanya. Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak. "Namun, itu semua tidak dapat menyelesaikan masalah air ini khususnya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang," katanya. Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen. "Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu. "Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran," katanya. Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air. "Kami pernah mandi dan menggunakan air di surau kerana air di rumah tidak mencukupi walaupun ditadah semalaman," katanya. |
Kemalangan <b>di</b> KM53 Jalan Temerloh-Bandar <b>Jengka</b>- Remaja <b>...</b> Posted: 19 Jul 2012 12:18 AM PDT Views Seorang remaja maut bila skuter yang ditunggangnya terbabas dan seterusnya dilanggar dua kenderaan jenis Helux dan Perodua Alza di KM 53 Jalan Temerloh-Bandar Jengka- Jerantut sekitar jam 6.45 . yang terletak di Taman Perumahan Permatang Shahbandar menuju ke Felda Jengka 11 untuk bermain futsal. mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Sumber : Sinar |
You are subscribed to email updates from di jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |