06 di jengka - Google Blog Search |
- My World@My Life@My Story...: hari raya 2012 <b>di jengka</b>, pahang
- Lihatlah Seperti Burung...: Krisis Air <b>di Jengka</b> Makin Kritikal
- <b>Jengka</b> 19: Utusan Online - Selatan
My World@My Life@My Story...: hari raya 2012 <b>di jengka</b>, pahang Posted: 27 Aug 2012 09:24 PM PDT raya dah lepas, tapi bulan syawal tak habis lagi...kira masih sempat la nak upload gambar raya dan sedikit story mory tentang hari raya. tahun ni dah 2 kali berturut-turut raya di jengka. actually tahun ni turn rmh MIL kat JB. tapi disebabkan adik ipar i kawin raya ke6, so terpaksa ubah plan raya di jengka dulu. thn depan pun mesti raya jengka jugak. klau tak nanti clash dgn turn adik beradik i. tahun ni, kami semua in blue turquoise.. si abg sekain dengan ayah. si adik sekain dgn ibu..senang dan jimat belanja.. | |||
Lihatlah Seperti Burung...: Krisis Air <b>di Jengka</b> Makin Kritikal Posted: 07 Aug 2012 09:52 PM PDT Kali nie aku nak citer pasal krisis air di jengka. Sejak aku kecik ~ kanak² dendang hinggalah dewasa ini masalah air di jengka masih belum selesai. Maksud aku Jengka 16. Setiapkali balik bercuti mesti air takder! Tambah tensen kalau musim perayaan atau kenduri-kendara. Pernah jugak ada penduduk kenduri kahwin tapi air paip takder. Nak salahkan sapa?? Nak salahkan Pakatan Rakyat yg baru memerintah Selangor setahun jagung? At least berbelas tahun aku duduk Selangor ni takder plak air kat rumah aku kering, sampai takleh mandi dan kena mandi sungai. Kalau ada pun gangguan air akan diberitahu awal dan tu cuma sehari kerana kerja baik pulih. Boleh bilang dengan jari sejak aku duduk di Cyberjaya, Seri Kembangan, dan sekarang Kajang berapa kali masalah air yg dialami. TAPI Jengka 16? Sejak aku kecik lagi sudah menghadapi masalah air, hampir setiap minggu. Sampai terpaksa mandi sungai.........penuhlah sungai tu dgn orang ramai...mandi-manda dan membasuh mcm dalam filem hitam putih zaman dulu. Masa kecik memang enjoy mandi sungai. Masa sekarang nak suka kebenda kalau kat rumah nak masak dan basuh kain pun payah? Basuh tangan nak makan nasi pun siksa. Syukurlah kat rumah abah aku ada kolah besar yg mampu menampung bekalan air utk beberapa tempoh. Mcm mana rumah yg tiada, atau keluarga besar yg tak mampu menampung air berhari²? Bukankah menyusahkan? Persoalannyer disini, janganlah asyik citer pasal krisis air di Selangor, jujurlah! Ceritakan jugak masalah air ditempat yg diperintah BN, contohnyer Jengka 16 ni. Yg berpuluh tahun BN pegang! Selepas membaca Sinar Harian dan komen facebook dibawah taulah kami, rupanyer bukan Jengka 16 saja yg mengalami masalah air malah Jengka 12 pun sama, serta beberapa felda Pahang yg turut mengalami masalah yg sama. Nasihat utk pemerintah dan media yg berat sebelah, "Janganlah jadi bodoh sombong", sibuk bercerita tentang rumah org lain bocor dan uzur, sedangkan rumah sendiri berlompang sana-sini dan tunggu masa runtuh. Setidaknyer PR baru saja memerintah Selangor, krisis air di Selangor sengaja diperbesarkan dan diada²kan, mengapa tidak ceritakan krisis air ketika berpuluh tahun masa BN memerintah dulu? Dan mengapa krisis air ditempat lain yg confirm diperintah oleh BN seperti di Jengka ni didiamkan sahaja?? Sedarkah mereka kami rakyat yg melalui masalah ini sedari kecik sangat² bosan dan meluat dgn sikap hipokrit pemerintah yg kononnyer menjaga kebajikan rakyat?? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan. Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka. "Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu. Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian. "Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian," katanya. Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian. "Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian," katanya. Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak. Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen. "Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu. "Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran," katanya. Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air. | |||
<b>Jengka</b> 19: Utusan Online - Selatan Posted: 11 Sep 2012 03:14 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from di jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |