ads

Rabu, 12 September 2012

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Syawal <b>di Cameron Highlands</b> | Ujie Situ Sana Sini

Posted: 06 Sep 2012 08:46 PM PDT

Tak abes-abes lagi cite raya kan? Huhu.. Kali ni akak nak cerita pulak kisah akak beraya di puncak Cameron Highlands. Poyo je bunyi.. Heehee..

Tak ahh. Sebenarnya raya ketujuh lepas (Sabtu), akak dan PP pegi berjalan raya sampai ke Ipoh sana. Rumah sape lagi kalau bukan rumah boifren kitorang berdua iaitu Syahir. Kahkah. Mati akak kena carut dengan Syahir pasnih..

Kitorang gerak dari Kota Damansara lebih kurang pukul 10 pagi. Sampai plaza tol Simpang Pulai lebih kurang 12.30 tengahari. Syahir suruh kami tunggu kat situ sebab nanti dia datang amik.

Lata Kinjang dari kejauhan

I.P.O.H

Tak lama lepas tu, mamat tu sampai. Kitorang follow keta dia sampailah rumah dia kat Pengkalan Pegoh. Sampai je sana, nampak mak Syahir tengah bersiap-siap nak pegi kenduri. Teruslah bersalam-salaman. Masa dalam kereta, siap dah buat dialog dengan PP, apa nak cakap kat mak Syahir masa salam nanti. "Assalamualaikum mak.. Eh, mak pulak..". Miang! Huuhu… Sempat amik gambo depan rumah dia..

Oppps.. Ni bukan rumah Syahir.. Ni rumah tinggal, depan rumah Syahir.. Huhu..

Haa… Ni baru rumah dia..

Lepas tu, nampak pulak dah terhidang atas meja nasik dan lauk pauk makan tengahari. Jap, sebenarnya nampak lauk pauk dulu baru nampak mak Syahir kot.. Hahhaa.. Ok, nasik dan lauk pun dah ada atas meja. Hmmmm, memang cantik bebeno laa. Perot teman pun dah berbunyi-bunyi ni..

Ermmm… Bukan main sedaaaaaap lagi mak (dia) masak. Haha.. Siakap masak sambal. Pastu ada rebung masak cili api dengan perut. Mahbeless!! Macam terasa-rasa lagi kat tekak ni. Nak lagi woiiii!! Memang tak syak lagi kredibiliti mak Syahir sebagai seorang katerer!!! Thumbs up!!

Lepas perut dah santak (Serius! Sampai akak kena bukak kancing kain sambil bersandar kat sofa laksana buaya kekenyangan. Kah kah punyelah keji), kitorang solat dan mula plan nak naik Cameron Highlands pulak. Sementara tunggu PP basuh pinggan kat dapo, sempatlah akak bersandar sambil memoyokan dirrieww sorang-sorang.. Choiii!!

Buaya tersandar kekenyangan

Kitorang gerak dari rumah Syahir ke Cameron Highlands dekat nak pukul 4 camtu. Naik ikut jalan Simpang Pulai. Sape lagi yang drive kalo bukan Syahir. Akak jadi kelindan kat sebelah. PP jadi mem kat belakang..

Walaupun hanya sebagai kelindan, gaya kena ada okeh..

Matlamat utama kami ialah nak minum petang kat ladang teh Bharat Tea. Setiap kali akak gi Cameron memang Bharat Tea ni tempat wajib singgah. Dahlah Bharaat Tea ni agak jauh ke bawah kalau kita ikut Simpang Pulai sebab kita akan lalu puncak dulu, Tanah Rata dan baru sampai ke Bharat Tea. Kalau ikut Tapah, kita akan jumpa Bharat Tea dulu.. So, nak sampai ke sana, agak jemla jugak. Tapi still bergerak. Sume pakat beraya kat Cameron agaknye.. Perjalanan dari Simpang Pulai ke Bharat Tea mengambil masa lebih kurang sejam suku camtu. Maybe sebab jem..

Pemandangan indah dalam perjalanan.. Hijau berbalam-balam. Subhanallah!

Sampai-sampai je ke Bharat Tea, orang punyelah ramai. Nasib baik dapat jugak tempat duduk. Kali terakhir akak pegi tahun 2010. Dah banyak perubahan yang akak tengok. Cafe pun dah upgrade. Bagus!

So, feeling-feeling pelancong, kami pun pilih Cheesecake Strawberry, Cheesecake Blueberry dan akak punye Brownies Icecream. Air pulak, tak boleh blah – teh tarik je. Tapi PP pilih Blackcurrent Tea..

Eh! Ni bukan cawan teh tarik.. Ni cawan besar kat kaunter sebagai hiasan.. Nak beli jadi souvenir pun boleh

Lepas minum-minum, aktiviti wajib seterusnya haruslah bergamba-gamba poyo di celahan pokok teh. Mari saksikan kepoyoan PP dan keayuan akak. Hahaha ptuii!!

Ladang teh saujana mata memandang

Aci sedang memetik daun teh. Haha

Makhluk asing baru kuar dari pokok teh

Toilet yang boleh tengok pemandangan luar. Aman je kalo nak 'membuang'.. Ngeh ngeh

Dah puas begambo, kami naik semula dan singgah kejap kat kedai cenderamata Bharat Tea tu untuk beli teh sekotak dua. PP belanja akak Teh Misai Kucing. Konon-konon nak kasi kurang kolesterol. Tapi akak tak minum lagi. Bley? Takutlah pahit…

Lepas tu, Syahir ajak kitorang lepak kat taman. Dari Bharat Tea ke taman tu lebih kurang 10-15 minit berkereta. Lawa gak taman rekreasi tu. Memang sesuai jadi tempat berkelah keluarga. Ada sungai mengalir. Taman cantik dengan bunga-bungaan. Pastu ada replika buah-buahan dan sayur-sayuran yang memang sentiasa bersiap-sedia untuk menjadi backdrop kalo kita nak amik gambo. Hehe..

Pompan sewel..

Pasrah

Lebih kurang setengah jam kat situ, barulah kami tergocoh-gocoh nak membeli buah tangan nak bawak balik. Kedai pun dah banyak tutup sebab dah hampir pukul 7 malam. Padan muka weols. Tapi, walaupun banyak kedai dah tutup, tetaplah jugak penuh tangan ni dengan sekelian macam jagung, keledek, kaktus, limau, bantal stoberi dan sebagainya. Penuhlah boot kereta.

Pakcik Madu tengah explain dengan bersungguh-sungguh

Beli pulak teh herba..

Hasil shoppingan

Sampai malam bershopping lagi

Lebih kurang 7.30 malam kami bergerak turun dan sampai semula kat rumah Syahir lebih kurang 9 malam. Tumpang solat kejap sebelum bergerak balik KL. Mamat tu dah menggelupur tengok kami terkedek-kedek sebab dia dah siap nak ke stadium tengok Perak lawan bola. Menang ke uols? Anyway, tengkiu Syahir sebab bawak kami jalan-jalan..

Tak lama tu, kitorang pun gerak balik ke KL dan sampai Kota Damansara lebih kurang pukul 12 malam. Haa, tu jelah cite Syawal di Cameron akak. *bila entah nak start entry Trip ke Brunei ni..

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved