ads

Selasa, 18 Disember 2012

06 di jengka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


puterikenari: Majlis Sambut Menantu <b>di Jengka</b> 23.

Posted: 24 Nov 2012 05:12 PM PST

                       Majlis menyambut menantu merupakan majlis untuk mewar-warkan kepada masyarakat bahawa seseorang itu sudah berkhawin untuk mengelakkan sebarang fitnah dikemudian hari.
                   Kebiasaannya,kita selalu memperkatakan tentang majlis walimatul urus diperhebatkan oleh keluarga pengantin perempuan.Bangga dengan hantaran yang tinggi,lembu ditumbangkan,ada juga yang mengadakan joget lambak(pada zaman dahulu) atau menjemput kumpulan muzik untuk memeriahkan majlis.
                   Namun hakikat sebenarnya,Walimatul urus disebelah pengantin permpuan bukanlah wajib.tetapi  ianya disunatkan  untuk keluarga lelaki bagi memberitahu masyarakat umum tentang perkhawinannya,walaupun hanya  mampu mengadakan kenduri kecil-kecilan.Dan jika tidak mampu,tidaklah menjadi masalah.
                      Oleh kerana tugas memasak sudah diserahkan kepada orang lain,keluarga pengantin tidaklah terlalu sibuk.Rumah keluarga pengantin merupakan rumah kedai yang dihadapannya mempunyai kawasan lapang yang sesuai didirikan khemah.
                   Majlis ini diadakan pada tarikh 17hb November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434hijrah.Dalam kawasan yang sama,terdapat dua lagi kenduri khawin.Maka itu,warga Jengka 23 boleh makan tiga kali kenduri pada hari ini.Jangkaan tuan rumah,mungkin undangan tidak begitu ramai.Mungkin mereka akan kekenyangan dan tidak mampu makan lebih,maklumlah penduduk Jengka 23 sudah ramai yang warga emas.                      Tetamu mula datang pada pukul 10 pagi.Para undangan tidak putus-putus memenuhi khemah jamuan.Alhamdulillah....sungguh diluar jangkaan.Semua yang sudah siap makan akan bersalam dengan keluarga pengantin sebagai tanda terima kasih.Dan pihak pengantin menyediakan satu hadiah berupa sebuah beg kecil kepada tetamu,tidak kira tua atau muda.

                      Tradisi melayu yang mengamalkan salam kokot(tetamu memberi wang hadiah kepada tuan rumah)tidak dapat dielakkan.masakan tuan rumah nak kata"tak payah...tak payah...."macam cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu.

                      Memberi hadiah kepada tetamu juga menjadi amalan sejak dulu.Bezanya,pada zaman dahulu,keluarga pengantin menyediakan bunya telur kepada tetamu yang makan.Dewasa mahupun kanak-kanak akan mendapat bunga telur.Bunga telur yang lebih cantik disediakan untuk keluarga pengantin sebelah.

                     Bila masa berlalu,bunga telur diberikan kepada tetamu dewasa dan gula-gula untuk kanak-kanak.Keluarga pengantin yang bertamu disediakan beg kertas yang mengandungi bunga telur dan beberapa makanan lain.

                     Agak lama selepas itu,semua tetamu diberikan beg hadiah yang berisi gula-gula dan makanan lain(tanpa bunga telur).Kepada keluarga pengantin,disediakan beg yang berisi cenderamata,makanan dan bunga telur.

                     Apa yang menyedihkan,sampai satu tahap,beg hadiah hanya diberi kepada tetamu yang datang bersalam kokot sahaja.Siapa yang tidak memberi hadiah atau wang akan pulang dengan malu kerana merasakan semua mata memandang mereka pulang dengan tangan kosong(pastinya beliau tidak beri apa-apa kepada keluarga pengantin)

                    Bila saya bertanya mengapa itu terjadi?jawapannya mudah."semua orang buat macam tu.Kalau kita tidak ikut cara itu,mereka akan kata kita berlagak"Hmm....macam-macam hal!Namun alhamdulillah....kenduri kali ini,beg hadiah diberikan kepada semua tetamu termasuk kanak-kanak belum tadika.

                                      Pengantin tiba,dan kami menyambutnya dengan senang hati.                                                              Pengantin tersenyum riang.                                     Pengantin dan keluarga dijamu dibawah khemah yang dikhaskan.                       Sebagai melepas hajat,gambar pengantin diabadikan sebagai kenangan di pelamin kecil kami.
                    Pukul 4.30 petang,tiada lagi tetamu yang datang.Kamipun mula bekerja laksana pasukan DBKL tak bertauliah.Majlispun berakhir.
                   Saya yang keletihan tertidur ketika pengantin sedang mengadakan sesi fotografi di Gunung Senyum oleh fotografer lensa kecik.Tak dapatlah saya meletakkan gambar special di Gunung Senyum.
                  Sekian,Terima kasih untuk semua keluarga dan tetamu yang hadir.alhamdulillah....

06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


Halida&#39;s Place - Meredah Banjir <b>di Kuala Rompin</b>

Posted: 27 Dec 2007 12:52 AM PST

14hb Dec petang sepatutnya dah bertolak ke Kuala Rompin tapi Baba nasihatkan tunggu sehari lagi sebab laluan biasa ke sana ditenggelami air.  Terutama laluan Muadzam Shah dan Jalan Segamat.  Alternative route melalui Pekan lagi terhalang sebab keadaan banjir di sana lagi dasyat.  Dimaklumkan ada orang kena naik bot dua kali sebelum boleh lalu Jalan Kuala Rompin.  Macamana kereta Kenari saya nak redah tu...

Karl dan Adri pun dok tertunggu bila boleh berangkat.  Kemudian malam 14hb tu Baba kata boleh lalu ikut Johor tapi jauh la sikit berbanding laluan Kuala Pilah/Muadzam tu....Jauh sikit?  Betul ke nie?  Dicadangkan ikut laluan PLUS hiway masuk interchange Ayer Itam menghala ke Kluang dan bila sampai bandar Kluang ambik jalan arah ke Mersing...aduh...jauh tuuuu......

Kita pun check kat Internet dulu to confirm laluan tu pada 15hb pagi.  Ok dah paham so kami pun bertolak dalam pukul 10.30 pagi.  Sampai di Ayer Keroh, Melaka singgah kat R&R Jejantas.  Karl, Adri makan lunch. Pastu kami cuci mata tengok kedai-kedai souvenir yang mahal tu...Dasyat...mahal betul jadi kami pun tapau keropok udang.. Teruskan perjalanan.  Ikut la laluan Kluang dan Mersing.  Sepanjang perjalanan sungguh baik dan indah pemandangan.  Naik bukit turun bukit, sampai la ke pekan Mersing.  Adri suka baring bila lalu jalan berbukit so dia dah naik pening dan nak termuntah.

Baba call masa kami baru berlepas dari Ayer Keroh (back track sikit)..dia kata ada problem sikit...laluan ke Summerset selepas pekan Kuala Rompin pun naik air dan kenderaan tak leh lalu kecuali tow truck yang boleh lalu dan buat bisnes.  Harapan kami bila sampai (perjalanan ambik masa 5 1/2 jam) air banjir di kawasan tu akan surut tapi jangkaan kami meleset sekali!!  Punya syok la drive sebab sepanjang laluan semua cantik belaka...tapi sampai kat selekoh berhampiran Lanjut (about 5 km away from Summerset), laluan ditutup sebab air naik sampai hampir paras peha!! Tengok pula la peha siapa...kalau orang tinggi lepas lutut kot kalau orang rendah mau sampai paras pinggang.  Kami pun park kat sebelah tunggu....ngeri juga sebab nampak current air bah tu...kata orang situ air sungai melimpah.  Sampaikan nak ambik gambar pun jadi terlupa...perjalanan dah hampir 450km dari Subang, takkan nak patah balik atau tido jer kat pekan Kuala Rompin?

Ada banyak kereta tengah beratur rupanya menunggu giliran tow truck.  Baba telefon lagi, dia pun risau juga sebab kami di sebelah sini tak boleh nak cross ke sana.  Dia pun naik kereta staf dia dua tiga orang tunggu kami di seberang bah sana.  Nasib baik ada Razman, Maintanence Manager, dia nak balik rumah dia.  Dia pun tumpang lori dari Summerset.  So dia tolong arrangekan tow truck.  Sejam kami tunggu giliran. Karl tak nampak risau pun.  Dia dok dalam kereta...Adri keluar tengok jalan.

Sejam kemudian (mungkin lebih)...Baba pun masih menunggu di seberang sana...tiba giliran kami.  Razman yang balik rumah mandi manda salin baju nak ke hotel semula pun dah muncul kembali...tapi kami masih di situ.  Ok tow truck bersedia menarik kami.  Karl di depan seperti lazimnya dan Adri ngan Razman di belakang.  Lalu lah kami dengan perlahannya dikelilingi air bah....suspen juga sebab air mula masuk kereta di passenger seat belakang.  Mana datangnya air tu....dengan perlahan kami ditarik.  Adri dah panik, sebab takut kaki dia basah....Janganla tow truck tersangkut.  Ada juga kereta kecil yang sungguh berani mengharungi bah...kancil, saga, ikut belakang lori atau bas, convoy ramai2...kalau ada yang terberhenti atau tersangkut tengah jalan, abih sebab current agak deras. masing2 tawakal. Four wheel drive no problem, boleh harung. Air bah tu lebihkurang sejauh 500-700 meter.

Alhamdullillah akhirnya kami sampai dengan selamat, Baba dok tunggu dengan Haridas dan Tazal di seberang jalan tu...jenoh pulak nak bersihkan air yang masuk seat belakang. Bayar tow truck RM30 tu pun lepas Razman bargain. Apa2 pun enjin ok tapi digital clock dan radio short circuit sebab wiring kat bawah seat belakang tu.  Air masuk dari lubang di bawah body kereta.  Boot clear, bersih, tak der air masuk walaupun boot tu dah tenggelam bila kereta di naikkan tow truck.  Sampai kat Villa, Baba pun bawak kereta syampu carpet seat belakang tu.

Kini tiba hari nak balik KL pulak.  Ingatkan 17hb jalan tu clear tapi rupanya air bah makin naik.  Air laut pun pasang.  Tepat pukul 3ptg. kami bertolak. Kali ni Baba ikut balik, sebab dia cuti. Tow truck pun dah tak boleh lalu. Sampai di tempat sama, tengok2 lori besar dah menunggu.  Laluan tu hanya boleh di lalui oleh lori besar atau bas besar je.  Kami pun tak berlengah terus arrange untuk ditarik.  Pasang rantai dan kereta pun bergerak.  kali ini kereta tak terjungit sebab bukan tow truck yang tarik.  So kereta bertukar jadi bot, kalau letak tangan kat luar dah boleh cecah air bah tu. Tentula injin dimatikan.  Wow....kali ni saya duduk belakang pulak.  Air memang lagi tinggi.  Kamera pun tak digunakan sebab tak mau ambik gambar (tengah risau)...dok senyap2 tengok air bah dikeliling kita.  Separuh jalan ada tractor pulak lalu from the opposite side.  My gosh....air berkocak sakan dan kami berdoa that we are not swept away dan rantai lori kukuh terikat.

3/4 way...air mula masuk kali ni air masuk meresap dari bawah sehingga seluruh kereta kecuali boot.  Dah la boot penoh dengan barang2. kami semua angkat kaki dan berkata cepatla sampai ke seberang sana. kami rasa seolah-olah kami sedang naik bot!  Alhamdullillah sampai juga akhirnya dan Baba pun bayar RM40 pada lori tu.  Kemudian kami bergegas berhenti dan buka saja pintu belakang, air pun melimpah keluar.  nasib baik ada banyak paper lama dan sponge. Dan ada bekas untuk cedok air tu...Adri juga bekerja keras.  Karl tak tau nak buat apa so kami suruh dia pegang barang.

Kami bersyukor tak de apa2 yang memudaratkan dan lain2 kecemasan.  Ini memang satu pengalaman yang akan sentiasa tersemat di ingatan kami.  Kami pun bertolak mengikut laluan Mersing dan Kluang arah ke KL.  Sayangnya saya tak ambik gambar, memang tak mau ambik.  Janji kami semua selamat.  Alhamdullillah.

06 di nenasi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


Agricultural <b>di Nenasi</b>, Pekan – Land for sale Pahang : Spesel.com

Posted: 07 Dec 2012 09:00 AM PST

Area:Pekan Property Type:Agricultural Price:RM2 000 000 Size:9.97Acres Title type:Freehold Other info:Non Bumi Lot
Tanah pertanian untuk dijual:

Lokasi : Batu 16, Nenasi Mengadap Laut China
Selatan.
Size : 9.97 acres
Title : FREEHOLD

- Sesuai untuk pembangunan Resort / Homestay /
Kediaman / Bunglow Lot

- Harga BOLEH DIRUNDING!!

- Jika berminat sila hubungi :
AM – 017-3040 149

Thanks Mudah!!

admin

06 di pekan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Hadi Awang Cuba Sailang PKR <b>di Pekan</b>! | kedah69ers

Posted: 03 Nov 2012 02:08 AM PDT

Seronok sungguh para penyokong PAS apabila bekas Menteri Besar Terengganu merangkap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyuarakan keinginan untuk bertanding di Pekan, sekaligus menentang Ahli Parlimennya sekarang, Najib Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun para penyokong PKR pula terkesot kepala dan tidak memberikan sebarang ulasan kerana mereka tahu, ungkapan dan ura-ura yang ditimbulkan oleh Hadi Awang itu sebenarnya satu sindiran tajam kepada PKR yang tidak pernah habis dengan perangai serakah mereka.

Kerusi Parlimen Pekan menjadi rebutan antara PAS dan PKR walaupun mereka juga tahu ia adalah kerusi selamat buat Najib Abdul Razak sungguh Najib hampir tersungkur di situ pada tahun 1999 apabila perbuatan sabotaj oleh para pengikut Anwar Ibrahim hampir berjaya menyingkirkannya.

Najib Abdul Razak amat dimusuhi oleh Anwar Ibrahim sehinggakan Anwar pernah mengeluarkan ungkapan, antara pemimpin UMNO, hanya Najib Abdul Razak yang amat dibimbanginya.

Walaupun kemenangan di kerusi Parlimen Pekan belum tentu namun, PAS dan PKR cuba mendapatkan mileage politik di situ sekaligus dapat memberikan gambaran bahawa keberanian mereka menentang Najib di kawasan kubunya sendiri, akan meningkatkan sokongan daripada kaum pengundi.

PAS seperti yang diketahui sentiasa tertekan dengan keterujaan PKR untuk mengetuai Pakatan Rakyat. Meskipun kekuatan PKR amat diragui memandangkan PKR sangat bergantung kepada kekuatan logistik PAS, namun dalam hal kewangan dan sokongan antarabangsa, PKR sebenarnya jauh ke hadapan PAS.

Dalam persekongkolannya dengan PKR dan DAP, PAS banyak mengorbankan kerusi-kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh calon PAS. Dan hampir kesemua kerusi berkenaan diserahkan kepada PKR sehinggakan keputusan PRU12 membuatkan PAS bertukar menjadi sebuah parti kerdil.

Kalau benar Hadi Awang mahu bertanding di Pekan, ia akan memberikan kemenangan moral kepada PAS, sekaligus membolehkan para penyokongnya menafikan bahawa PAS adalah parti anak ikan Anwar Ibrahim.

Menang atau kalah, itu bukanlah perkiraannya memandangkan tindakan yang diambil oleh Hadi Awang itu setidak-tidaknya mampu menaikkan semangat ahli-ahli PAS untuk bekerja lebih keras.

Seperti yang kerap diperkatakan, PAS sudah biasa menempuhi kekalahan dan saat-saat ketewasan. Justeru menang atau kalah Hadi Awang di Pekan bukanlah perkara besar kerana yang penting Hadi Awang sendiri yang telah mencantas PKR.

06 di karak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di karak - Google Blog Search


OMG : Ferrari Warga Singapura Kemalangan <b>Di Karak</b> (2 Gambar <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 10:43 PM PST

Kejadian ini dilaporkan berlaku petang semalam di lebuh raya Karak. Sebuah kereta Ferrari bernombor pendaftaran Singapura telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.Kereta itu adalah satu daripada konvoi kereta Ferrari yang melalui lebuhraya Karak pada waktu itu. Jalan licin akibat hujan dikatakan punca kejadian. Padahal driver tu tak panadai kontrol. Kereta je mahal tapi skill takde (ayat jeles). Harap maaf jika terasa. Hehe.. 
p/s : Sila tengok Ferrari itu. bukan entiti yang berseluar pink itu yer. hehe

06 di rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Rompin</b> September 2012

Posted: 13 Sep 2012 11:45 PM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
5. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
hendaklah menggunakan borang MDR/P/1 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur dan Pejabat Cawangan Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur secara percuma.
Permohonan hendaklah sampai kepada:
Sebelum atau pada 21 September 2012

06 di cherating - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


~Impianku dan Impianmu~: Makanan <b>di Cherating</b>

Posted: 18 Nov 2012 07:16 PM PST

Sepanjang 3 hari 2 malam di sini

Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang super sedap

Alhamduillah...

hari pertama makan malam:

Ku agak canggung.. yelah, jarang makan kat luar. 

biasa makan kat rumah je hehe.. 

so agak malu2 kucing.

hidangan yang disediakan (buffet)

v

v

nasi putih

ikan tongkol masak lemak

ayam goreng berempah

Sup sayur.. ada bebola, brokoli, carrot dll

Aneka tart, puding, manisan

salad, buah2an, rojak buah dll - yg ni ku tak ambil

Minum Air sejuk je yang sentiasa di top-up oleh pelayan hotel 

Kami duduk di bahagian atas

Rupanya hidangan istimewa kami ada di bawah

Suamiku turun ke bawah mengambil sotong kunyit 

besar2 sotong pahang ni. gemuk gedempol :)

Sarapan:

Bihun goreng

Telur separuh masak

Roti aneka jem

4 jenis bun

aneka puding dan tart << my choice.. teringin nak rasa

Kepingan daging <<  my choice.

Nugget macam ayamas tue << my choice

sosej << my choice

baked beans << my choice

2/ 3 jenis salad

thousand island << my choiche.. sangat sedap!!

kuah salad warna pink << my choice. agak masam sikit, ada rasa strawberry.

bubur nasi

mee rebus

Buah2an

corn flakes, honey star dan kokokrunch & fresh milk << Fathiyyah choice

last but not least.. of course la air, jus oren & Apple!!

Fuh.. banyak betul menu utk sarapan
Husband ambil western food.. i follow sbb nampak menarik.

Makan tengahari:

Kali ni kami makan di bawah
saje nak torai.. menghadap swimming pool
tak ramai org dan tak bising (atas pun tak bising cuma crowded)
tapi tak berpeluang makan banyak2
dok layan kerenah Fathiyyah sorang ni
dan nak ambil makanan kene naik atas

So ini je la menjadi pilihanku

v
v
v
v
v

Nasi putih

daging.. xpasti masak ape

Sup sayur.. dalamnya ada Udang, ayam, tauge, sawi dll

Puding blueberry dan 1 lagi puding laici rasanya...
Atas puding tue ada buah ceri sebagai hiasan
Cantik, tapi rasa panadol << husband yg cakap
ku telan aje.. paksa telan sbb tak nak membazir.

Makan Malam:

Malam ni kami makan malam spesial
ada Majlis Makan Malam (BBQ)
tapi hujan agak lebat..
maka kami excersice ke bangunan sebelah
Jarak yg asalnya dekat menjadi jauh
Inilah habuan kami pd mlm itu:

v
v
v
v

Daging kambing, << nyum3x. Ini yang ku tunggu2
 lembu, ayam, sosej, kentang

3 jenis sos, salad,

roti dgn sup cendawan

nasi goreng << tak berkeinginan nak rasa tp bila balik bilik lapar pulak

aneka puding dan tart << ni pun ku tak makan sbb asyik puding dan tart je
Air jus orange

tembikai merah dan kuning

serta pisang yg sgt gemuk dan panjang
eh, pisang di Pahang ni memang sihat2 belaka ke?

Sarapan terakhir:
ni antara menu terakhir kami:

v
v
v

mee sup

nasi lemak 

kepingan daging turkey

sosej blackpepper

baked beans

puding roti dengan sos vanilla << super duper sedap.  Menyesal tak tambah lagi. balik bilik teringat2 puding ni

Aneka puding dan tart juga roti

Buah2an

corn flakes, honey star dan kokokrunch & fresh milk << Fathiyyah choice

Jus oren & honey dew

macam biasa i follow husband makan western food hahah

Bukan tak nak makan makanan melayu

Tapi kalau dtg hotel kena la makan makanan yg kita jarang makan/ jarang jumpe kan..

Perjalanan pulang, kami singgah membeli keropok lekor

sebagai buah tangan di Keropok lekor Pok Die

dan keropok lekor rm1 di kedai sebelah kedai yang menjual baju batik
Saje wat kudap2an dlm kereta

Sedap... teringat keropok lekor di Terengganu.


06 di mengkarak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mengkarak - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 07:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mengkarak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2012 07:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Laman Pahang: Perjumpaan waris Tok <b>Mengkarak</b>

Posted: 29 Aug 2012 01:21 AM PDT

Pada 14 Julai 2012 JKKK Kampung Mengkarak bersama Perkim Cawangan Bera telah mengadakan Majlis Tahlir di Masjid Kampung Mengkarak. Lebih kurang 100 orang telah hadir.
Keratan akhbar Sinar Harian pada 14 Julai 2012 yang mengubah tujuan majis Tahlil dan gotong royong tersebut menjadi tajuk 'WARIS TOK MENGKARAK BUAT PERJUMPAAN'.

Malangnya usaha JKKK Kampung Mengkarak bersama Perkim Cawangan Bera telah menyebabkan beberapa orang berasa kecil hati. Mereka mempertikaikan alasan kenapa orang tersebut yang perlu buat. Mereka juga waris Tok Mengkarak (ikut susunan cara mereka) mereka berhak menganjurkan perjumpaan ini. Paling tidak orang yang menganjurkan tersebut perlu memaklumkan kepada mereka hasrat mereka. Ini melibatkan nama baik keluar tok nenek mereka.

Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada Laman Pahang, tajuk progran tersebut adalah

Majlis Tahlil Di Tapak Bersejarah Masjid Tok Mengkarak

ianya juga

MAJLIS TAHLIL TERBUKA DI TAPAK BERSEJARAH MASJID TOK MENGKARAK
(Kawasan Perkuburan Islam Kampung Mengkarak)

manakala tujuannya adalah

1. Mengenang jasa dan perngobanan Tok Mengkarak dan kumpulan ulamak dan pendakwah zaman dahulu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam.
2. Mengeratkan siratul rahim dan ukhwah Islamiah dikalangan waris Tok Mengkarak secara khusnya dan umunnya orang Melayu
3. Mengumpul senarai nama waris-waris keturunan Tok Mengkarak supaya dapat menyediakan dokumen senarai waris-waris keturunan Tok Mengkarak.
4. Mengumpul cerita-cerita lisan tentang Tok Mengkarak supaya dapat ditulis oleh mereka yang berminat..

Penganjur tidak menghadkan hanya mereka yang menjadi waris Tok Mengkarak sahaja boleh hadir. Semua mereka yang berminat boleh hadir. Perjumpa ini juga BUKAN perjumpaan waris Tok Mengkarak.

Tiba-tiba Sinar Harian bera telah mengistiharkan perjumpaan tersebut adalah sebagai Perjuampan Waris Tok Mengkarak. Ramai yang merasakan diri mereka dan keluarga mereka adalah keturunan Tok Mengkarak merasa terkilan dengan tujuan tersebut.

Akhirnya, yang menganjur, yang hadir, yang tidak dapat hadir dan yang tidak mahu hadir semua merasa keciwa. Bagi yang menganjur, 4 tujuan asal tersebut dirasakan ... tak tau nak cakap. Semangat pun hilang bila usaha yang disangka dapat sokongan tiba-tiba menjadi bantahan.

Tetapi usaha membersihkan kawasan kubur bekas tapak masjid asal Tok Mengkarak diteruskan. Usaha mengesan batu masjid juga diteruskan. Walaupan ada orang Bera yang tidak bersetuju. Hati penganjur juga terubat setelah Ahli Parlimen Temerloh turut memberikan sumbangan walaupun tidak dapat hadir. Terima kasih Pak Ngah Majid kerana mengusahakan sumbangan dari Ahli Palimen Temerloh. (Mungkin beliau juga waris Tok Mengkarak)

Kepada mereka yang kecil hati, pihak Laman Pahang mewakili pihak JKKK Kampung Mengkarak dan  Perkim Cawangan Bera mohon maaf.

Satu majlis tahlil atas tujuan yang sama akan diadakan pada ......... bertempat di ......... Pihak penganjurnya iaitu .......... tidak bercadang handak membuat hebahan umum. Cukup dengan menjemput mereka yang berminat nak berikan sokongan. Kalau ada waris-waris tok mengkarak yang tidak dijemput, mereka boleh usahakan dengan cara mereka. Penganjut ......... tak bercadang nak buat sapa-sapa marah.

Kita semua waris Tok Mengkarak. Bezanya adalah jauh atau dekat susunnya.

06 di kampung awah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Oct 2012 07:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Monday, October 22, 2012 - AD Haina Studio | Wedding <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 07:22 PM PDT

Majlis Perkahwinan Dan Menyambut Menantu Hakim & Iena
Majlis perkahwinan berlangsung di Kampung Awah, Temerloh, Pahang Darul Makmur, manakala majlis Menaymbut menantu pula berlangsung di Jerantut, Pahang.
AD Haina Studio mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasangan pengantin kerana kesudian mereka menggunakan perkhidmatan kami.
Shooter   |    aswad
Editor     |     aswad

06 di teluk cempedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di teluk cempedak - Google Blog Search


Si “Celik” <b>Di Teluk Cempedak</b> | Jamal Rafaie

Posted: 13 Sep 2012 09:43 AM PDT

Ustaz Nabil & En. Sam di Teluk Cempedak

Di hujung sana kelihatan seorang lelaki sedang dipimpin sahabatnya. Berjalan di atas laluan pejalan kaki yang dibina khas menyusuri pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Lelaki itu seorang buta, harus dipimpin oleh seorang pembantu bernama Sam.

Saya bersama mereka ke Teluk Cempedak Kuantan untuk menikmati keindahan alam. Kunjungan kami ke Kuantan adalah untuk menemankan Ustaz Nabil Mahathir merawat pesakitnya di sana. Ustaz Nabil, seorang yang buta matanya namun diberi banyak kelebihan oleh Allah.

Kita sering melihat kelibat seorang buta yang bertongkat bersama seorang perempuan, menjual tisu dan meminta sedekah di kedai-kedai makan dan di tepi bank. Tetapi bersama Ustaz Nabil, lain pula kisahnya.

KISAH USTAZ NABIL BIN MAHATHIR

Beliau disahkan buta ketika berumur 7 bulan apabila terjatuh daripada buaian. Semenjak daripada itu beliau berdikari sebagai seorang yang tidak dapat melihat. Bersekolahkan di sekolah khas dan akhirnya berjaya mendapat Ijazah Quran dan Bahasa Arab di Universiti Of Khartum, Sudan ketika berumur 13 tahun.

Kelebihannya bukan sahaja dapat menghafaz Al-Quran (Al-Hafiz), tetapi dapat membaiki komputer dan pernah berkhidmat bersama MIMOS. Saya masih ingat lagi kerja-kerja networking di pejabat lama dahulu, beliaulah yang membuatnya! Suatu kerja yang orang celik pun tak semua tahu buat.

Cuba anda bayangkan bagaimana seorang buta boleh mengendalikan sistem komputer software dan hardware? Jika anda bersama dengan Ustaz Nabil, anda pasti terpegun melihat bagaimana beliau mengendalikan komputer itu!

Biarkan Ustaz berjalan sendiri!

Kelebihannya yang paling ketara adalah kebolehannya dalam rawatan perubatan Islam. Beliau mempelajari ilmu perubatan ini ketika belajar di Sudan. Kaedah yang digunakan dalam rawatannya ialah penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan gabungan Aura Meta Fizik.

Kata beliau, setiap manusia mempunyai auranya yang tersendiri. Beliau dapat mengetahui keadaan pesakit dengan membaca ayat Al-Quran dan 'melihat' aura yang dikeluarkan oleh badan pesakit dengan menggunakan deria keenamnya (Sixth Sense).

RAWATAN DAN MENGENALPASTI PENYAKIT

"Berikan nama penuh akak",tanya Ustaz Nabil.

"Timah Binti Dollah", jawab seorang pemanggil di siaran.

"Oo.. Akak selalu sakit kaki sebelah kanan kan? Pening kepala, pernah mimpi dipatuk ular kan?", tanya Ustaz Nabil lagi.

"Betul. Eh! Mana Ustaz tahu?", jawab pemanggil bernama Timah itu.

Itulah yang sering berlaku semasa rawatan bersama Ustaz Nabil. Penghujung tahun 2011, Ustaz Nabil dijemput ke Salam FM untuk mengendalikan slot SALAM SYIFA' terbitan DJ Norlida. Ustaz Nabil dapat mengetahui keadaan pesakit dengan menggunakan nama penuh dari jarak jauh.

Beliau dapat mengesan penyakit misteri seperti saka, santau, sihir dan sebagainya. Beliau juga dapat mengesan penyakit zahir seperti darah tinggi, kencing manis atau sakit-sakit sendi.

Dengan 'mengimbas' nama penuh pesakit dan memegang tangan kanan pesakit, Ustaz dapat mengesan masalah pesakit secara terperinci. Insya-Allah.

Kisah-kisah pengalaman Ustaz Nabil dalam bidang perawatan pernah saya nukilkan dalam artikel saya yang lalu yang berjudul GUNA AIR MERAWAT PENYAKIT KRONIK dan RAWATAN PENYAKIT GANGGUAN JIN.

Meniti kehidupan dalam perjalanan

MOTIVASI KEPADA YANG CELIK

"Kalau saya tak ada keyakinan diri, saya akan gunakan tongkat untuk berjalan. Kalau saya tak ada keyakinan diri untuk lebih berjaya, saya sekarang tengah buat bakul kat bengkel-bengkel kraftangan", kata Ustaz Nabil.

"Orang-orang buta yang lain kalau tak ada tongkat tak boleh bergerak, kurang yakin dengan kelebihan yang Allah dah berikan kepada dia", tambah beliau lagi.

Saya sangat mengambil motivasi di sebalik keadaannya. Orang celik seperti kita jika tidak mampu berusaha sangat malu dengan orang seperti Ustaz Nabil. Orang buta pun boleh berusaha cari rezeki dan berjaya inikan pula kita sebagai orang yang dikurniakan oleh Allah pancaindera yang lengkap, adakah masih ada alasan buat kita untuk berjaya?

Kita juga perlu menginsafi setiap kekurangan yang Allah berikan akan digantikan oleh Allah dengan kelebihan yang berlipat ganda. Usah buruk sangka dengan Allah dengan setiap apa yang diuji oleh Allah kepada kita.

Saya banyak belajar tentang USAHA dan KEBESARAN TUHAN dengan insan "CELIK" di Teluk Cempedak ini.

Untuk menghubungi Ustaz Nabil bagi mendapat rawatan, boleh terus menghubungi beliau di talian 012-2784668 atau 011-1568 3771. Ustaz boleh pergi ke rumah pesakit mengikut perbincangan. Insya-Allah.

Walallahua'lam.

SI "CELIK" DALAM KEGELAPAN

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 13 September 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved