06 di jengka - Google Blog Search |
puterikenari: Majlis Sambut Menantu <b>di Jengka</b> 23. Posted: 24 Nov 2012 05:12 PM PST Majlis menyambut menantu merupakan majlis untuk mewar-warkan kepada masyarakat bahawa seseorang itu sudah berkhawin untuk mengelakkan sebarang fitnah dikemudian hari. Kebiasaannya,kita selalu memperkatakan tentang majlis walimatul urus diperhebatkan oleh keluarga pengantin perempuan.Bangga dengan hantaran yang tinggi,lembu ditumbangkan,ada juga yang mengadakan joget lambak(pada zaman dahulu) atau menjemput kumpulan muzik untuk memeriahkan majlis. Namun hakikat sebenarnya,Walimatul urus disebelah pengantin permpuan bukanlah wajib.tetapi ianya disunatkan untuk keluarga lelaki bagi memberitahu masyarakat umum tentang perkhawinannya,walaupun hanya mampu mengadakan kenduri kecil-kecilan.Dan jika tidak mampu,tidaklah menjadi masalah. Oleh kerana tugas memasak sudah diserahkan kepada orang lain,keluarga pengantin tidaklah terlalu sibuk.Rumah keluarga pengantin merupakan rumah kedai yang dihadapannya mempunyai kawasan lapang yang sesuai didirikan khemah. Majlis ini diadakan pada tarikh 17hb November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434hijrah.Dalam kawasan yang sama,terdapat dua lagi kenduri khawin.Maka itu,warga Jengka 23 boleh makan tiga kali kenduri pada hari ini.Jangkaan tuan rumah,mungkin undangan tidak begitu ramai.Mungkin mereka akan kekenyangan dan tidak mampu makan lebih,maklumlah penduduk Jengka 23 sudah ramai yang warga emas. Tetamu mula datang pada pukul 10 pagi.Para undangan tidak putus-putus memenuhi khemah jamuan.Alhamdulillah....sungguh diluar jangkaan.Semua yang sudah siap makan akan bersalam dengan keluarga pengantin sebagai tanda terima kasih.Dan pihak pengantin menyediakan satu hadiah berupa sebuah beg kecil kepada tetamu,tidak kira tua atau muda.Tradisi melayu yang mengamalkan salam kokot(tetamu memberi wang hadiah kepada tuan rumah)tidak dapat dielakkan.masakan tuan rumah nak kata"tak payah...tak payah...."macam cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu. Memberi hadiah kepada tetamu juga menjadi amalan sejak dulu.Bezanya,pada zaman dahulu,keluarga pengantin menyediakan bunya telur kepada tetamu yang makan.Dewasa mahupun kanak-kanak akan mendapat bunga telur.Bunga telur yang lebih cantik disediakan untuk keluarga pengantin sebelah. Bila masa berlalu,bunga telur diberikan kepada tetamu dewasa dan gula-gula untuk kanak-kanak.Keluarga pengantin yang bertamu disediakan beg kertas yang mengandungi bunga telur dan beberapa makanan lain. Agak lama selepas itu,semua tetamu diberikan beg hadiah yang berisi gula-gula dan makanan lain(tanpa bunga telur).Kepada keluarga pengantin,disediakan beg yang berisi cenderamata,makanan dan bunga telur. Apa yang menyedihkan,sampai satu tahap,beg hadiah hanya diberi kepada tetamu yang datang bersalam kokot sahaja.Siapa yang tidak memberi hadiah atau wang akan pulang dengan malu kerana merasakan semua mata memandang mereka pulang dengan tangan kosong(pastinya beliau tidak beri apa-apa kepada keluarga pengantin) Bila saya bertanya mengapa itu terjadi?jawapannya mudah."semua orang buat macam tu.Kalau kita tidak ikut cara itu,mereka akan kata kita berlagak"Hmm....macam-macam hal!Namun alhamdulillah....kenduri kali ini,beg hadiah diberikan kepada semua tetamu termasuk kanak-kanak belum tadika. Pengantin tiba,dan kami menyambutnya dengan senang hati. Pengantin tersenyum riang. Pengantin dan keluarga dijamu dibawah khemah yang dikhaskan. Sebagai melepas hajat,gambar pengantin diabadikan sebagai kenangan di pelamin kecil kami.Pukul 4.30 petang,tiada lagi tetamu yang datang.Kamipun mula bekerja laksana pasukan DBKL tak bertauliah.Majlispun berakhir. Saya yang keletihan tertidur ketika pengantin sedang mengadakan sesi fotografi di Gunung Senyum oleh fotografer lensa kecik.Tak dapatlah saya meletakkan gambar special di Gunung Senyum. Sekian,Terima kasih untuk semua keluarga dan tetamu yang hadir.alhamdulillah.... |
You are subscribed to email updates from di jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |