ads

Ahad, 6 Januari 2013

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


parlimen81: PAIP <b>Jerantut</b> Kena Ambil Iktibar Kes PAM Air Selangor <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 08:14 AM PST

PAIP Jerantut dan Pahang kena ambil iktibar dari kejadian kerosakan berganda yang menimpa 2 buah pam air kendalian SYABAS di Selangor . Dua PAM Air tersebut mengalami kerosakan yang hampir serentak dalam tempoh 24 jam yang menyebabkan hampir 500,000 isi rumah disekitar Ampang Wangsa Maju dan Cheras terputus bekalan air selama hampir seminggu. Noh Omar kata kejadian tersebut menunjukan Selangor tak mampu uruskan air (klik sini)
Orang Jerantut juga telah banyak kali juga mengalami keputusan bekalan air . Putus sikit-sikit adalah kadang-kadang ada paip pecah . Kadang-kadang sungai kotor sangat pam tak boleh beroperasi . PAIP kena pastikan jangan PAM air yang banyak di loji Batu Embun tu sampai rosak serentak seperti di Wangsa Maju . Jangan nanti pam air batu embun rosak dan pam air di Jengka 8 juga rosak , mati separuh Jerantut tiada air bersih . Huru hara jadinya rakyat Jerantut macam huru haranya penduduk disekitar Ampang , Cheras dan Wangsa Maju akibat kerosakan dua buah stsen pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu.
Mengikut ceritanya pam air Pudu Hulu rosak akibat kerosakan bekalan elektrik dan sementara itu kerosakan di pam air Wangsa Maju kerana kelima-lima pam air rosak serentak . ROSAK SERENTAK ? Ini semua salah kerajaan negeri Selangor lambat luluskan projek Langat 2 dan lambat luluskan pelan pembangunan pam tambahan di Wangsa Maju kata SYABAS (klik sini)  Tapi kata seorang pakcik yang duduk di Kampung Mat Daling Ulu Tembeling pulak " Apa kaitan kerosakan serentak kelima-lima pam air di Wangsa Maju dengan Projek Langat dan Projek Pam Tambahan di Wangsa Maju ?  Pelik bin ajaib " kata pakcik tersebut .
Tambah pakcik itu lagi "jangan nanti kalau pam air milik PAIP di Batu Embun rosak semuanya PAIP salahkan kerajaan Pahang lambat luluskan pembinaan embangan di Sungai Tekai pulak ".
Jadi p81 nak ingatkan PAIP Jerantut supaya sentiasa melakukan kerja-kerja predictive dan preventive maintenance terhadap infrasturktur pam air yang ada diseluruh Jerantut agar kejadian kelima-lima pam air rosak serentak di Wangsa Maju yang dibawah selenggaraan SYABAS tidak terjadi di Jerantut

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved