ads

Sabtu, 26 Januari 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


UMNO Online - Lebih Banyak Kedai Baharu Akan Dibina <b>Di Pekan</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 03:00 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Lebih Banyak Kedai Baharu Akan Dibina Di Pekan Telupid Dan Beluran

BELURAN, 15 Jan – Pekan Beluran dan Telupid bakal mengalami perubahan berikutan cadangan membina lebih banyak kedai baharu selari dengan keperluan pembangunan di dua pekan itu.

Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee berkata cadangan itu membabitkan pembinaan 395 unit kedai dengan kos pembinaan RM168 juta.

"Ia bukan sahaja bakal mengubah landskap pembangunan di kedua-dua pekan itu malah mampu merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat," katanya selepas Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu Peringkat Daerah Telupid di Kampung Batu 4 di Telupid hari ini.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia antara lain membabitkan pembinaan 72 unit kedai di Pekan Beluran di kawasan Pelantong oleh  Sedco, anak syarikat kerajaan negeri dengan fasa pertama 12 unit kini dalam pembinaan.

Beliau berkata Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) juga bercadang membina 19 unit kedai dua tingkat untuk fasa kedua di Pekan Telupid bernilai RM9.94 juta dan diikuti cadangan fasa ketiga, 126 unit kedai dua dan tiga tingkat bernilai RM66 juta.

Turut dilaksanakan di Pekan Beluran ialah Projek Muara Labuk membabitkan pembinaan 21 unit kedai bernilai RM13.4 juta oleh Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) yang kini dalam pembinaan, katanya.

Ronald berkata pelaksanaan dan cadangan membina kedai di Pekan Beluran dan Pekan Telupid membuktikan kerajaan tidak mengabaikan kawasan luar bandar, sebaliknya prihatin untuk membangunkan kawasan itu.

Berita Bertarikh Pada 15 January 2013 7:00 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved