ads

Khamis, 28 Februari 2013

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 09:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2013 09:39 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2013 09:36 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Nov 2012 09:40 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Nov 2012 09:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Senarai Tempat menarik <b>di</b> Cameron Highlands | muaturunsini

Posted: 12 Oct 2012 09:43 PM PDT

1.Perpustakaan Awam Tanah Rata(Klik utk besar gambarfoto)
Di antara tempat yang paling sesuai untuk mencari maklumat tempat-tempat menarik mengenai Cameron Highlands, latarbelakang dan sejarah Cameron Highlands
2.Ladang Teh Boh
Ladang teh Boh di Habu, Ringlet.
Ladang teh Boh di Sg Palas, Brinchang
Ladang teh Cameron Valley, Kuala Terla
Ladang teh Cameron Valley di Tanah RataLadang teh Cameron Highlands

3.Taman Rama-rama (Butterfly Garden) di Kea Farm, Brinchang

4.Muzium Time Tunnel, Brinchang
Unik dan menarik di samping membawa anda kembali ke nostalgia masa lampau terutamanya pada tahun-tahun 70-an dan 80-an. Terletak di tepi jalan berhampiran pekan Brinchang. Ianya merupakan mini muzeum yang mempamerkan beribu-ribu koleksi barangan keperluan harian semenjak berpuhan tahun yang lampau. Merangkumi koleksi jenama-jenama terkenal seperti Darkie, Lactogen, Dutch Baby,  Dumex, Nespray, air botol Fanta, A&W dan ratusan lagi jenama.

5.Ladang Strawberry
Ladang Strawberry KHM, Tanah Rata
Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry), BrinchangLadang teh Cameron Highlands
Taman Agro Tourism, Brinchang
6.Ladang Kea ( Kea Farm )
Menjual pelbagai sayur-sayuran hasil pertanian Cameron Highlands juga menjual pelbagai jenis-jenis buah-buahan yang tidak dijumpai di tempat lain seperti buah Cinta, Epal Cameron, jagung manis, jagung mutiara Cameron dan lain-lain lagi .Lokasinya di Brinchang berhampiran dengan Hotel Equatorial,  Brinchang.
7.Ladang Lebah ( Bee Farm )
Produk lebah yang dihasilkan di ladang Brinchang,Cameron Highlands
8.Pasar Malam/ Pasar Sayur di Brinchang
Pasar di mana  para petani menjual hasil sayur-sayuran ladang di sini (petang Jumaat dan petang Sabtu sahaja). Pelbagai buah-buahan hutan yang tidak pernah ditemui seperti buah cinta, buah sentul, epal cameron dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai jeruk seperti jeruk strawberry,jeruk tomato dan lain-lain
9.Perkampungan Orang Asli
Melihat rumah-rumah orang Asli di perkampungan orang asliAsli Cameron Highlands
10.Air terjun Parit ( Parit Falls )
Boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki atau pun secara hiking. Terletak ke jalan menuju ke Boh Sungei Palas tetapi perlu belok  ke kiri di mana anda  akan melalui jalan tar dan jalan batu kerikil lebih kurang 7.7km ke dalam. Lebih sesuai untuk perjalanan berkumpulan dan  menggunakan khidmat jurupandu arah atau pun tourist guide.
11.Air terjun Robinson ( Robinson Waterfalls )
Hanya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki. Terletak 2k m dari Pekan Tanah Rata. Perlu melalui Resort Century Pines dan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sini.
12.Central Market
Merupakan kedai persendirian yang menjual pelbagai jenis produk-produk Cameron Highlands yang popular seperti kerusi, air pancut,bunga-bungaan,teh,kraftangan, cenderahati dan lain-lain hiasan di dalam pasu. Lokasinya di tepi jalan dari Brinchang menuju ke Kea Farm.
13.Cactus Valley (Lembah Kaktus)
Lokasinya di Brinchang dan dikenakan bayaran RM4 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Waktu operasi 8 pagi hingga 6 petang
14.Hutan Lumut ( Mossy forest ), Gunung Brinchang
Unik ,ganjil dan sentiasa berkabus, seolah-olah anda berada di alam lain yang hanya boleh dilihat di kaca televisyen atau filem-filem. Merupakan kawasan hutan yang kaya dengan lumut daripada lantai hutannnya hinggalah ke dahan-dahan pokok hutan yang diselaputi oleh lumut hijau.
15.Gunung Brinchang
Menjelajah kawasan pergunungan Cameron Highlands dan tumbuh-tumbuhan di kawasan Hutan Simpan Gunung Brinchang
16.Air Terjun Lata Iskandar
Melalui jalan lama iaitu Tapah-Cameron HIghlands. Terletak betul-betul di tepi jalan besar. Sebelum sampai ke Ringlet jika melalui jalan lama Tapah.Terdapat juga gerai-gerai cenderamata dan kraftangan hasil seni budaya Orang Asli. Juga Iskandar Water Fall Cameron Highlandsterdapat akar-akar herba hutan termasuk tongkat ali dalam bentuk asalnya.
17.Hutan Rekreasi Kuala Woh
Lokasinya lebih kurang 5km dari pekan Tapah dan 48km dari pekan Tanah Rata. Terdapat jeram dan air terjun di sini.
18.Rose Center (Pusat Bunga Ros)
Lokasi 3.5km dari pekan Brinchang, dan terletak di tepi jalan sahaja. Mempamerkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari spesis ros dan lain-lain produk bungaan yang tipikal bagi Cameron Highlands. Bayaran masuk RM5 dewasa dan RM2 kanak-kanak.

Sepetang bersama anak-anak orang asli <b>di Brinchang</b>… | ZB <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 03:01 PM PST

Salam & selamat pagi semua. Entry kali ni aku nak share hasil strobist anak orang asli di Brinchang baru-baru ni. Projek ni aku buat bersama rakan sekerja aku, Hemshin Chai. Aku menggunakan 2 unit Speddlite Nissin Di622 Mark II sahaja tanpa umbrella/softbox. Maklumlah, umbrella aku dah jahanam sebelum ni..hehe…ok lah, terus kepada gambar pertama…

DSC_9103-Edit

Gambar diatas ni adalah hasil cahaya dari speedlite yang diletakkan di kiri dan kanan subjek. Tidak sukar untuk mendapatkan eksperesi wajah gembira kanak-kanak ni sebab diorang ni cukup seronok bila di ajak bergambar…memudahkan kerja….hehe…dan seterusnya gambar kedua…

DSC_9125

Gambar kedua ni adalah hasil dari 1 speedlite di hadapan subjek yang memakai topi, manakala 1 lagi speedlite di letakkan sebelah kiri untuk mencerahkan subjek dibelakang…Kedua-dua kanak-kanak ini dari suku kaum orang asli Semai…So kepada yang ingin berkereatif dengan lighting, anda boleh mencuba teknik strobist ni…pasti ada kelainan hasilnya nanti…setakat ni je lah yang aku nak share untuk kali ni…Salam…;-)

Tips Melawat Cameron Highlands: Pasar Malam <b>Brinchang di</b>

Posted: 08 Dec 2012 04:48 AM PST

Panjang benar tajuknya kali ini . Kalau tidak silap saya, saya pernah membuat catatan mengenai pasar malam di Brinchang ini yang sememangnya terkenal dan menjadi lokasi wajib jika melancong ke sini.
Cuma untuk catatan kali ini saya ingin berkongsikan bagaimana pasar malam ini menyambut kehadiran pelancong di waktu percutian khasnya cuti sekolah yang panjang.
Pasar Malam Brinchang terletak betul-betul di laluan utama pekan ini menuju ke Kea Farm.Lokasinya betul betul berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands dan dihadapan Hotel Star Regency. Hanya lima minit berjalan kaki dari pusat bandar Brinchang. 
Kalau di hari biasa dan hujung minggu biasa, Pasar Malam Brinchang dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu di waktu malamnya. Namun jika cuti sekolah, pasar malam ini akan dibuka setiap malam. Bermula sepatutnya pada pukul 4 petang tetapi seawal 2 petang sudah mula dibuka dan dikunjungi oleh pelancong. 
Di pasar malam ini, seperti biasanya akan dijual semua produk yang berasaskan Cameron Highlands terutama sayur-sayuranya. Namun dijual juga pelbagai barangan kraftangan dan cenderahati yang dibawa dari luar samada China ataupun Thailands. 
Yang selalu menjadi tumpuan di sini adalah buah strawberry segar, sayur-sayuran terutamnya hasil tanaman di sini serta jagung yang menjadi tumpuan pengunjung ke sini. 
Bagi peniaga makanan, di sinilah tumpuan mereka berniaga makanan yang selalunya dijual dipasar malam baik dari burger, ayam goreng, mee, nasi lemak, ayam percik dan pelbagai lagi menu. Yang istimewanya di sini adalah jagung bakar ataupun jagung kukus yang amat manis rasanya. 
Cuma di waktu cuti sekolah khasnya di hujung tahun ini, Pasar Malam Brinchang bertambah meriah. Bukan sahaja lebih peniaga yang membuka gerai tetapi juga acara sampingan seperti bazar atau eskpo cuti sekolah yang dibuka oleh beberapa persatuan di sini. 
Antaranya dihadapan kanan IPD Cameron Highlands, PERKEB iaitu salah satu persatuan bagi keluarga Polis telah membuka ekspo cuti sekolahnya dengan gerai-gerai jualan yang pelbagai. Tidak ketinggalan juga persatuan keluarga kakitangan Kem Brinchang yang turut membuka ekspo di kawasan perkarangan kem dan juga kawasan meletak kenderaan mereka. 
Semuanya menambah seri pasar malam ini kerana sambutan dan jumlah pelancong yang hadir ke sini dalam tempoh cuti sekolah ini. 
Antara bahan jualan tambahan tentunya lebih koleksi baju bertemakan Cameron Highlands sehinggalah kepada koleksi baju bundle. Percaya atau tidak koleksi baju bundle yang saya rasa melebih 4-6 peniaga di sini lebih menumpukan jualan jaket atau baju sejuk untuk pilihan pelancong. Harganya bermula RM 10  ke atas dan selalunya saya perhatikan ramai pelancong yang membeli baju sejuk di sini untuk menangani suhu yang sejuk. Laris baju sejuk dan jaket mereka.
Juga kelihatan di musim cuti sekolah ini, buah-buahan tempatan juga turut dijual seperti durian, rambutan, manggis, limau, oren sehinggalah ke petai. Selalunya di pasar malam biasa tidak terjual buah-buahan ini. 
Masalah yang timbul adalah jalan raya yang sesak. Lokasinya di pinggir jalan menyebabkan kesesakan teruk bagi kedua-dua arah. Kadangkala memanjang ke Kea Farm jauhnya dari arah atas dan menjangkau ke Padang Golf bagi arah bawah. 
Keduanya masalah berkenaan dengan tempat meletak kenderaan. Cukup sedikit petak meletak kenderaan menyebabkan pengunjung meletak kenderaan di pinggir jalan dan lebih menambah masalah pergerakan kenderaan. 
Kem Brinchang melalui persatuan keluarga dan kakitangan mereka mengambil inisiatif untuk membuka tapak meletak kenderaan dengan bayaran RM 3 sekali masuk. Lebih berbaloi dengan masa dan harga meletak kenderaan di sini berbanding di luar tetapi kadangkala dah ragam orang kita, untuk membayar RM 3 itu berat tetapi bila kena saman disalahkan pula orang lain. 
Pasar malam ini dibawa pengurusan Majlis Daerah Cameron Highlands. Mereka menyediakan beberapa kemudahan seperti tandas awam. Juga beberapa unit lampu simbah dipasang dibeberapa lokasi untuk menerangi kawasan pasar malam ini. 
Apapun, saya meletakan lokasi PASAR MALAM BRINCHANG ini sebagai mesti dikunjungi jika anda melancong ke sini. Gambar selebihnya boleh dilihat di laman penampan mrkumai iaitu di lamanmrjack di SINI.

the hasyims: Tragedi sungguh! <b>Di</b> pasar malam <b>Brinchang</b> <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2012 10:38 PM PDT

Kami berroad trip, dari KL ke Penang, masuk pulau keluar pulau, langsung ke Perlis untuk makan malam di Kuala Perlis, patah balik ke Penang semula.
Esoknye, pekena nasik kandar di Penang, terus ke Taiping, makan durian pulak. Makan durian kat rumah opismate kitorang punye adik. Adik dia cikgu kat Taiping. Makan sampai tak kenal ape itu durian la... hahaha itu tipu... Dah kenyang, mencari hotel kat pekan Taiping.
Kat Taiping, sempat la kami meronda-ronda masuk Night Safari Zoo Taiping, makan di Doli restoran yang kononnye femes tu...

Esoknye, terus ke Cameron Highland.
Di sini la tragedi terjadi.
Kami ke pasar malam Brinchang. nak cari kudap-kudapan sebelum makan malam. Seronok. Tengok makanan pelik-pelik.... Sayur-sayur kat pasar ni murah gile. Kobis biasa yang besar macam kepala orang dewasa tu, baru 2 ringgit. Kalau kat sini, siap potong 4 lagi...

Pasar malam tu. Gambar sebelum kejadian.

Hahaha... sebenarnye, kami leka nak membeli makanan goreng-goreng ni la. Pergi ramai, si Thaqif, adik kami dukung. Yang Aiman pulak, berjalan sendiri ikut suka dia. Kejap pegang tangan embaah dia, kejap dengan ayah dia. Tapi entah macamane nak jadik kan....dalam pada kami leka tengok kakak-kakak ni menggoreng, dah membeli, sedar-sedar....
Aiman mane?
eh, tadi ade...
Aiman... Aiman...
Ah sudah! mane anak akuuuuuu

Jantung berhenti berdegup
otak tak berfungsi... lost...
lutut lemah... rasa tak larat nak lari...
Ya Allah... mane anak aku... dah la kat tempat orang ni....

Kami panik...
masing-masing melolong panggil Aiman..
mata memang carik budak berbaju merah....
tengok-tengok ade dalam ramai-ramai orang yang lalu lalang tu,
sah kompem tu anak aku...
terus lari kat dia... peluk dia...
hilang rasa nak marah dia sebab merayap sorang-sorang..

Rupe-rupanye, dia tersalah emak. Dia pun sebenarnye, tengah mencari kitorang.
Hai kau bang.... kau buat mak kau ni sakit jantung tau. tau tak?

Pengajaran buat kami dan buat Aiman jugak sebenarnye... hehehe kalau ingat-ingat balik, hai... seriau di buatnye... kelakarpun ade...
Lepas pada tu, memang Aiman pun tak pernah lepas tangan kitorang. siap cakap lagi, pegang la tangan abang kuat-kuat.... ha.. tau takut...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved