ads

Jumaat, 8 Februari 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


IdaMan: [Kantoi] Peserta Demo <b>Di Maran</b> Mengaku Penyokong PAS <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 05:54 AM PST

                   
Ramli (empat dari kanan) bersama ahli PAS selepas membuat laporan polis hari ini.

MARAN: Pengarah Briged Keselamatan PAS Pahang, Ramli Abdul Rahman, hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini berikutan perhimpunan provokasi dipercayai didalangi Umno di perkarangan masjid As-Syakirin, di sini petang semalam.

Katanya, perhimpunan sekitar 20 orang individu yang mengaku kononnya penyokong PAS itu, dipercayai orang yang sama yang berdemo di Kemaman, Terengganu kelmarin dan bergerak ke seluruh negara untuk tujuan yang sama.

Tambahnya, kumpulan yang menyamar penyokong PAS ini yang dipercayai diupah, menjerit dan memekik kononnya bagi menyelamatkan kalimah Allah dengan jelas mengaitkannya sebagai agenda PAS dan DAP sedangkan Umno sebagai penyelamat.

"Petang semalam kira-kira pukul 5.30 petang sekitar 20 orang telah membuat himpunan provokasi di masjid daerah dan mereka dilihat membawa sepanduk yang mempunyai logo PAS. Mereka juga memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP.

"Malam tadi peristiwa itu telah disiarkan melalui Buletin Utama TV3, Astro Awani dan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat dalam insiden ini malah tidak tahu menahu langsung, sebaliknya hairan bagaimana media Umno boleh berada di situ," katanya selepas membuat laporan.

Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Maran Shaharuddin Omar, Setiausaha Kawasan Mohd Nor Saleh, Ketua PKR Maran Boestamin Bakar dan kira-kira 20 penyokong.

Ramli yang juga ahli jawatankuasa PAS Maran berkata, mereka memandang serius terhadap penyamaran dan penggunaan logo PAS oleh individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai didalangi oleh ahli Umno.

"Pihak kami juga kesal dengan tindakan TV3, Awani dan Utusan Malaysia yang telah menyiarkan berita ini tanpa usul periksa atau merujuk terlebih dahulu kepada PAS.

"Laporan dibuat hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat tentang penyamaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab itu bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini terutama ketegangan antara kaum dan agama," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, kesal isu kalimah Allah dipolitikkan begitu sekali oleh pihak yang hanya mahu memporak-perandakan keamanan bagi tujuan pilihan raya.

Serentak dengan itu, katanya, PAS Pahang akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman mana-mana individu yang menyamar sebagai ahli PAS.~ hd

DIALOG RAKYAT: Peserta demo <b>di Maran</b> dipercayai turut berdemo <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 03:35 AM PST



Ramli (empat dari kanan) bersama ahli PAS selepas membuat laporan polis hari ini.

MARAN: Pengarah Briged Keselamatan PAS Pahang, Ramli Abdul Rahman, hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini berikutan perhimpunan provokasi dipercayai didalangi Umno di perkarangan masjid As-Syakirin, di sini petang semalam.

Katanya, perhimpunan sekitar 20 orang individu yang mengaku kononnya penyokong PAS itu, dipercayai orang yang sama yang berdemo di Kemaman, Terengganu kelmarin dan bergerak ke seluruh negara untuk tujuan yang sama.

Tambahnya, kumpulan yang menyamar penyokong PAS ini yang dipercayai diupah, menjerit dan memekik kononnya bagi menyelamatkan kalimah Allah dengan jelas mengaitkannya sebagai agenda PAS dan DAP sedangkan Umno sebagai penyelamat.

"Petang semalam kira-kira pukul 5.30 petang sekitar 20 orang telah membuat himpunan provokasi di masjid daerah dan mereka dilihat membawa sepanduk yang mempunyai logo PAS. Mereka juga memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP.

"Malam tadi peristiwa itu telah disiarkan melalui Buletin Utama TV3, Astro Awani dan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat dalam insiden ini malah tidak tahu menahu langsung, sebaliknya hairan bagaimana media Umno boleh berada di situ," katanya selepas membuat laporan.

Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Maran Shaharuddin Omar, Setiausaha Kawasan Mohd Nor Saleh, Ketua PKR Maran Boestamin Bakar dan kira-kira 20 penyokong.

Ramli yang juga ahli jawatankuasa PAS Maran berkata, mereka memandang serius terhadap penyamaran dan penggunaan logo PAS oleh individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai didalangi oleh ahli Umno.

"Pihak kami juga kesal dengan tindakan TV3, Awani dan Utusan Malaysia yang telah menyiarkan berita ini tanpa usul periksa atau merujuk terlebih dahulu kepada PAS.

"Laporan dibuat hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat tentang penyamaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab itu bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini terutama ketegangan antara kaum dan agama," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, kesal isu kalimah Allah dipolitikkan begitu sekali oleh pihak yang hanya mahu memporak-perandakan keamanan bagi tujuan pilihan raya.

Serentak dengan itu, katanya, PAS Pahang akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman mana-mana individu yang menyamar sebagai ahli PAS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved