ads

Rabu, 20 Februari 2013

06 di nenasi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


Madu Lebah Jati: Kelat <b>Nenasi</b>: Idaman Serangga Penghisap Madu

Posted: 16 Feb 2013 04:21 AM PST

Syzygium zeylanicum atau pernah dikenali sebagai Eugenia spicata tergolong dalam famili Myrtaceae, kumpulan pokok jambu, dan dikenali dengan nama tempatan kelat nenasi atau gelam tikus. Spesies ini boleh ditemui di kawasan pantai, pinggir sungai, dan hutan sekunder, namun jarang didapati di kawasan hutan pergunungan. Syzygium zeylanicum merupakan sejenis pokok renek dan jarang tumbuh melebihi ketinggian 18 m.
Pokok ini menghasilkan bunga dan buah yang berwarna putih, kelihatan seolah-olah diliputi salju. Kelat nenasi mempunyai bentuk yang kemas serta batang pokok yang berwarna coklat kemerah-merahan, menjadikannya menarik sebagai pokok hiasan dan sering ditanam di pinggir-pinggir jalan. Buahnya adalah mirip beri-beri putih yang kecil dan manis yang digemari oleh burung, tupai, haiwan pemakan buah yang lain dan juga manusia. Apabila berbunga, kita dapat melihat bunga-bunganya dikelilingi oleh pelbagai jenis serangga penghisap madu. Pucuk daunnya yang berwarna hijau muda dikeluarkan sejurus selepas proses pembuahan berakhir.
Di FRIM, pokok ini dapat ditemui di Taman Botani Kepong. Selain kecantikannya, pokok ini juga memberi manfaat kepada manusia dalam nilai ekonomi, batangnya yang berwarna coklat boleh dijadikan bahan bakar dan digunakan untuk membina bot, manakala daun dan akarnya digunakan dalam perubatan tradisional. Pokok ini mudah ditemui dan tersebar luas di seluruh Malaysia, Sumatera, India, China, Myanmar, Thailand dan Singapura.
Disiarkan pada 13 Ogos 2012. Suhu mingguan diramal antara 24°-33° C, hujan dan ribut petir di sebelah petang.
Disediakan oleh Nor Azlin, M. F. Gambar oleh Zawiah, N. dan Nor Azlin, M. F.

consultant - sangkar ikan siakap & tilapia <b>di nenasi</b> <b>...</b> - aqua hatchery

Posted: 03 Dec 2012 08:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ORGANISASI: Kumpulan Belia Nenasi (KUBENA), Pahang. Pada 18 - 20 November, syarikat kami iaitu ALAM NASYRAH ENT. telah dilantik sebagai konsultan bagi projek ikan sangkar oleh Kumpulan Belia Nenasi ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved