ads

Jumaat, 1 Februari 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


kemalangan maut menyayat hati <b>di Pekan</b> Pahang | FbMetro!

Posted: 18 Nov 2012 09:14 PM PST


Pekan Seorang ayah tidak menyangka gerak hati untuk menatap wajah anak bongsunya sepuas hati ketika tidur, kelmarin, rupa-rupanya petanda dia bakal kehilangan remaja itu yang maut bersama dua rakan baik dalam kemalangan di Kilometer 29.5 Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mahmud Mat, di sini, Hasroy Haniff Hamsah, 17, serta dua rakan, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18 dan Mohd Faqih Mohd Nor, 18, mati di tempat kejadian.
Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka, Mohd Hasri Razali, 19, hanya cedera ringan. Semua mangsa yang berasal dari Peramu Jaya 3 dikatakan tercampak keluar dari Proton Wira mereka naiki yang dipandu Shahrul Azwan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan dan terbalik ketika memotong sebuah van jena-zah.
Ketika kejadian, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju Kuantan. Bapa Hasroy Haniff, Hamsah Marto, 60, berkata, kira-kira jam 10 pagi kelmarin, dia tiba-tiba tergerak hati menatap muka anak bongsu daripada enam beradik itu yang lebih mesra dipanggil Adik.
"Ketika itu, Adik yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidur atas sofa di ruang tamu. Saya pergi ke arahnya lalu merenung mukanya puas-puas dan dalam hati saya berkata, kenapa muka Adik nampak lebam tidak seperti biasa.
"Perbuatan saya itu kemudian ditegur seorang lagi anak (Azlifah, 25), namun saya menjawab tiada apa-apa. Sebelum ini, saya tidak pernah berbuat demikian," kata bekas Pengawal Keselamatan Istana Abu Bakar, Pekan itu.
Hamsah sama sekali tidak menyangka tindakan peliknya itu petanda awal akan kehilangan anak bongsunya.
Katanya, ketika merenung muka arwah, dia berasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
"Lebih menyayat hati, arwah tidak sempat menghabiskan kertas peperiksaan SPM," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Azlifah pula menyatakan pada petang sebelum kejadian, arwah ada meminta membelikan sehelai seluar jean ketika mereka berbual di rumah, tetapi tidak sempat menunaikan keinginannya.
Menurutnya, tiga hari sebelum kejadian, arwah sering menulis kata-kata agak pelik dalam facebook miliknya seperti 'tidak ku sangka tidak ku duga perpisahan yang akan mendatang.' Continue Reading... untuk berita penuh dan gambar-gambar kemalangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved