ads

Jumaat, 8 Februari 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Pembangkang dah &#39;surrender&#39; <b>di Pekan</b>...

Posted: 08 Feb 2013 05:00 AM PST


Pakatan pembangkang yang bermegah kononnya hendak tawan Putrajaya pada PRU-13 tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti untuk bertanding melawan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi tradisi beliau Parlimen Pekan.Ini berikutan mereka memperalatkan sekumpulan NGO yang mendakwa mewakili golongan mahasiswa untuk bertanding mencabar Najib di kerusi tersebut.Agendadaily difahamkan, keputusan pembangkang itu dibuat berikutan tidak ada calon yang sesuai anak tempatan untuk bertanding melawan Najib, manakala calon luar dikalangan pemimpin politik pembangkang enggan mengambil risiko kalah.

"Masing-masing sudah pasang badan hendak jadi YB, tidak ada siapa mahu bertanding di Pekan yang sudah pasti kalah,"kata sumber.Dalam kata lain, pembangkang dah menyerah kalah untuk merebut kerusi Pekan dan objektif mereka bukan lagi hendak menang sebaliknya cuba hendak malukan Perdana Menteri.Pada Khamis Gerakan Mahasiswa PRU13 diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.Mendakwa disertai beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Syis berkata calon akan diumumkan sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya.Semua maklum NGO-NGO yang disebut itu mempunyai 'link' yang jelas kepada pembangkang dan tidak mewakili pandangan dan aspirasi golongan mahasiswa.Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata kedudukan Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik di kawasan itu dan seluruh negara.

Hilang Wang Deposit jer tu...lupakan lah..Ada hati mahu lawan Presiden UMNO...Kah kah kah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved