ads

Khamis, 28 Mac 2013

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Wong Tack calon DAP <b>di Bentong</b> | Helen Ang

Posted: 12 Mar 2013 06:22 AM PDT

Wong Tack calon DAP di Bentong

Mac 12, 2013 at 9:22 pm

Berita terkini:

Gambar Malaysiakini

Gambar Malaysiakini

Komen oleh Conrad

re: Wang Tack

"Btw this hack now says that (from Mkini)
.

"If you (Lynas) prove you can comply (with the regulation, then) not just Lynas, any industry can come in. But it must go through a stringent, open and transparent process.
.
"In detailed environmental impact assessments, public consultation is very important. Let us go through the public consultation and ask our people whether the industry (Lynas) could be accepted – that is the first thing."
.
BNremoveLynas
.
Lihat cogankata pada sepanduk yang berbunyi 'BN Remove Lynas or WE Remove you'

.
Seterusnya Conrad menulis:

"So after cyberbullying a credible expert, threatening to burn down the facility and having a big march because "lives were threatened", he now takes the moderate line because he is on the DAP ticket and y'know, commerce trumps 'rights' when it comes to the tokong.

Like I said. Power hungry hacks. I guess all those 'concerned people' who took to the streets and didn't bother to do their own research as a fuck you to Umno have eggs on their faces.

See, Umno does not have to waste money on goons to pelt eggs on these charlatans. All they have to do is give them time."

Komen asal Conrad @ 2013/03/12 at 8:36 pm

HimpunanHijauBanners

Siapa Wong Tack?

Selain pernah diberi publisiti oleh ABU (lihat screenshot bawah), Wong Tack juga diberi sokongan (endorsement) oleh ahli-ahli jawatankuasa tertinggi Aliran — 'Supporting Wong Tack as the Green candidate in Bentong'

Aliran adalah sebuah 'NGO' – konon – di Pulau Pinang yang sering menjadi corong pembesar suara bagi Lim Guan Eng.

Salah seorang ahli Aliran yang paling dikenali ramai (high profile) ialah Lim Mah Hui — seorang pengarah Penang Institute beserta kaunsilor MPPP.

LimMahHuilge2

Lim Mah Hui berpegang-pegangan dengan Lim Guan Eng

HarisHimpunanHijau

Entry filed under: PRU13. Tags: , , , .

Adnan: BN Alu-Alukan Wong Tack Tanding <b>Di Bentong</b>

Posted: 16 Mar 2013 01:14 AM PDT

BENTONG, 16 Mac - Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan hasrat pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) berkata Wong Tack terpaksa menghadapi penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini. "Niat Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sendiri, malah ada anggota mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu. "Pengundi sudah tentu dapat menilai kebaikan dan ketokohan Liow (Tiong Lai)yang telah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Bentong," katanya yang juga Pengerusi BN Negeri. Adnan, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis mesra kasih warga DUN Pelangai di Felda Kemasul di sini, semalam. Beliau berkata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti yang lebih besar berdasarkan reputasinya dan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek Lynas sedangkan dia 'ada udang di sebalik batu'. "Orang ramai akan menilai keikhlasan dan niat pengerusi Hijau itu untuk bertanding di Parlimen Bentong iaitu kawasan kubu kuat parti MCA," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata BN Pahang tidak mengamalkan formula peratusan muka lama dan muka baharu dalam pemilihan calon asalkan calon yang dipilih itu boleh menang. "Sasaran utama BN Pahang ialah untuk memenangi semua 42 kerusi DUN dan 14 Parlimen di negeri ini," katanya. Beliau yakin BN dapat merampas dua kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota serta empat kerusi DUN Triang, Tras, Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008 memandangkan angin perubahan politik kini berpihak kepada BN. BERNAMA

The Sniper: Cina VS Cina <b>di Bentong</b>. Adnan gelabah!

Posted: 13 Mar 2013 06:49 AM PDT

Seseorang Menteri Besar mempunyai pengaruh besar ke atas harapan dan peluang calon-calon Umno yang bertanding di negerinya.
Bentong bukan sebuah kerusi Umno. Meskipun begitu, Menteri Besar Pahang pasti akan mengerah jentera Umno bekerja keras untuk memenangkan calon MCA di kawasan Parlimen Bentong kerana tidak mahu telinga beliau tergadai.

"… DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong telinga saya, saya terjun Sungai Pahang. Tidak. Boleh. Menang."

Kerusi Adnan adalah di DUN Pelangai yang terletak dalam Parlimen Bentong.
Selain N.36 Pelangai yang dipegang Adnan, kedudukan kerusi-kerusi DUN lain di Bentong (berdasarkan keputusan PRU12) ialah:
  • N.35 Sabai — Datuk M. Davendran-MIC (3,304 undi) kalahkan Kamache Doray Rajoo-DAP (3,159 undi)
    .
  • N.34  Ketari –Ng Keong Chye-Gerakan (6,835 undi) kalahkan Lee Kok Yeep-DAP (5,953 undi)
    .
  • N.33 Bilut — Datuk Hoh Khai Mun-MCA (6,024 undi) kalahkan Tam Tai San-DAP (4,916 undi)
BN sebenarnya goyah di Bentong dan DAP mungkin boleh menang.

Perbandingan dengan Pandan

Para pemilih Cina di Bentong telah mengundi mengikut dasar perkauman pada tahun 2008.
Gejala 'split voting' inilah juga yang membawa kepada kejayaan Ong Tee Keat di Pandan di mana Ong, yang tatkala itu naib presiden MCA, berjaya menewaskan Syed Shahrir (PKR).
Tee Keat menang dengan majoriti 2,961 undi kerana orang Cina Pandan keberatan untuk menyokong seorang calon pembangkang Melayu.
Walaupun MCA menang Parlimen Pandan, BN kalah kedua-dua kerusi DUN yang terletak di dalam kawasan Pandan, iaitu Chempaka dan Teratai. Calon Umno tewas kepada calon PAS di Chempaka dan calon Gerakan tewas kepada calon DAP di Teratai.
Pada peringkat negeri, pemilih Pandan hanya memberikan 18,958 undi kepada BN mengikut pecahan 11,480 bagi Umno + 7,478 bagi Gerakan.
Pada peringkat Parlimen pula, pemilih Pandan memberikan 25,236 undi bagi MCA-Ong Tee Keat. Ada perbezaan sejumlah 6,278 undi!
Bermakna pemilih Cina yang memberi undi Parlimen kepada Tee Keat namun pada masa yang sama tidak sanggup menyerahkan undi kepada calon DUN Umno.
Lihat butir-butir di 'Ong Tee Keat menang Pandan atas sentimen anti-Melayu'
Perkara yang sama berlaku di Bentong di mana pemilih Cina tidak memberikan undi mereka kepada calon PKR keturunan India.
Atas sebab itulah wakil menyandang jawatan, iaitu Liow Tiong Lai yang sekarang Timbalan Ketua MCA, mampu menang. Akan tetapi sejarah tidak dijangka akan berulang.
Bentong

Memperinci keputusan PRU12 Bentong

Di peringkat Parlimen, BN telah mengutip 25,134 undi.
Di peringat DUN merangkumi empat kerusi, BN telah mengutip 21,569 undi, iaitu Bilut 6,024 + Ketari 6,835 + Sabai 3,304 + Pelangai 5,406.
Liow Tiong Lai memperolehi faedah daripada 'split voting' – perbezaan 3,565 undi – kerana Bentong adalah kawasan majoriti Cina dan lawan PKRnya adalah calon keturunan India.
Cuba lihat pada pola pengundian berikut:
  • Umno (Adnan Yaakob) menang selesa di Pelangai dengan majoriti hampir 3k (2,970 undi)
  • MCA menang sederhana di Bilut dengan majoriti 1,108 undi
  • Gerakan menang tipis di Ketari dengan majoriti 882 undi
  • MIC menang amat tipis di Sabai dengan majoriti 145 undi
Kali ini dalam PRU13, besar kemungkinan BN akan hilang kerusi DUN Bilut yang mempunyai 59.0 peratus pemilih Cina, dan Ketari yang mempunyai 52.1 peratus pemilih Cina.
Dalam pilihanraya yang lepas, calon pembangkang Parlimen Bentong G. Ponusamy (PKR) mendapat sebanyak 12,585 undi.
Calon-calon pembangkang (3 orang DAP, seorang PAS) di peringkat DUN kawasan tersebut mendapat sejumlah 16,464 undi kesemuanya, iaitu DAP di Bilut 4,916, DAP-Ketari 5,953, DAP-Sabai 3,159 dan PAS-Pelangai 2,436 undi.
Bermaksud seramai 3,879 orang – kebanyakan mereka pemilih Cina – yang mengundi DAP di peringkat DUN tidak menyokong calon India PKR di peringkat Parlimen.
WongTackLGEgarland
Gejala perkauman ini, yakni calon MCA walaupun gerenti kalah kepada calon Cina DAP namun masih mengatasi calon pembangkang yang bukan Cina, telah diperhatikan dalam tahun 2008 oleh http://amriyunos.blogspot.com/2010/04/salah-siapa-bn-hilang-undi-cina.html
Kali ini dalam tahun 2013, yang bersaing dengan MCA di Bentong bukanlah calon India PKR.
DAP mempertaruhkan seorang calon Cina yang telah berjaya memupuk histeria anti-Lynas di kalangan ahli-ahli masyarakatnya yang dibelenggu pemikiran ABU.
Jadi Liow Tiong Lai tidak harus begitu yakin bahawa beliau boleh menang Bentong.

Kempen DAP dibantu jentera Si Gunting

YB Hoh Khai Mun, iaitu ketua bahagian MCA Bentong dan juga Adun Bilut merangkap exco negeri untuk Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar membidas pencalonan Wong Tack oleh DAP di Bentong.
Boleh baca 'Pakatan inconsistencies persist with backpedalling stances on Lynas plant' di laman MCA. Kenyataan YB Hoh Khai Mun ini tidak dipetik oleh The Star.
Hoh Khai Mun

Bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The Star

Setiausaha Pemuda MCA Chai Kim Sen turut menyelar para pemimpin Pakatan yang tidak tegas dalam pendirian mereka. Kenyataan akhbar Datuk Chai boleh dibaca di laman MCA di bawah tajuk, 'Pakatan's manifesto is useless if their leaders constantly change their stand and promises'.
The Star sebenarnya jarang sekali pernah mengambil apa-apa inisiatif untuk menghubungi orang MCA seperti Chai ataupun pemimpin-pemimpin BN yang lain.
Sebaliknya, suratkhabar itu telah membiarkan sahaja Regina Lee – bff Hannah Yeoh – untuk membuat liputan sidang akhbar Wong Tack kelmarin.
Regina Lee juga ditugaskan membuat liputan persengketaan Ngeh-Kula beberapa hari lepas. Liputannya begitu berat sebelah serta tidak menangani persoalan-persoalan yang merugikan warlord evengelis DAP di Perak itu. Sila rujuk posting saya — 'Bab Ngeh kenakan Kula, perkembangan seterusnya'.
Harap-harap Adnan Yaakob tidak akan terpotong telinganya nanti oleh sebilah gunting milik MCA (cakap kiasan sahaja). Pasti seorang Menteri Besar Pahang yang DUNnya terletak di Pelangai tidak akan menyenangi kawasan Parlimen Bentong jatuh ke tangan seorang DAP yang berjiwa kaki bakar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved