ads

Khamis, 28 Mac 2013

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


Pengalaman Bermalam <b>di</b> Hutan Berlumut Gunung <b>Brinchang</b>

Posted: 24 Mar 2013 07:29 PM PDT

DSCN2506

BIASANYA, Cameron Highlands, Pahang sering menjadi destinasi percutian tanah tinggi yang digemari rakyat Malaysia kerana udaranya yang nyaman, pemandangan ladang teh yang memukau dan juga menjadi ?syurga? membeli sayur-sayuran serta bunga-bungaan segar.

Bagi penulis, percutian ke sana bukan sekadar percutian biasa di tanah tinggi, sebaliknya kehadiran penulis ke sana baru-baru ini adalah untuk bermalam di Gunung Berinchang yang terletak di ketinggian 2,000 meter dari paras laut.

Kepada mereka yang merancang untuk percutian bajet, mungkin tempat ini boleh menjadi destinasi kamu untuk bercuti dengan pelbagai tempat menarik yang ditawarkan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands melalui Tapah mengambil masa empat jam setengah. Selepas itu, rombongan kami seramai lapan orang meneruskan perjalanan ke Gunung Berinchang.

Tidak seperti gunung lain yang perlu didaki untuk sampai ke puncak, Gunung Berinchang boleh diterokai dengan hanya menaiki kenderaan untuk sampai ke puncaknya.

Perjalanan jauh bagaikan tidak terasa apabila penulis disambut dengan pemandangan indah yang memukau terutama ketika mendaki tangga menuju ke menara pandang yang disediakan di situ.

Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat pemandangan 360 darjah seluruh kawasan Cameron Highlands sehingga ke Ipoh, Perak jika cuaca mengizinkan.

Persekitaran Gunung Berinchang yang sentiasa berkabus menambahkan lagi keterujaan penulis. Ini kerana keadaan seperti itu jarang dapat dihayati di ?hutan batu? di ibu kota yang menjadi tempat tinggal penulis.

Dalam percutian ini, penulis dan rakan-rakan memberhentikan kenderaan di tepi jalan di puncak gunung ini, sebelum bersiap untuk mendirikan khemah di satu kawasan lapang dekat situ. Hanya kawasan lapang itu sesuai dijadikan tapak perkhemahan memandangkan kawasan hutan di situ tidak sesuai untuk aktiviti perkhemahan.

Ini kerana keadaan hutan berlumut yang lebih dikenali sebagai mossy forest menyebabkan lantai hutan dihampari lumut hijau yang basah, begitu juga di pokok serta akar-akar kayu yang diselaputi lumut.

Terdapat pelbagai flora dan fauna yang menarik untuk diamati di hutan jenis ini, antaranya periuk kera, orkid hutan dan tumbuhan herba.

Bagi mereka yang pernah menonton filem Lord of The Ring, mungkin merasakan mereka sedang berada di lokasi pengambaran kerana keadaan bentuk muka buminya di situ mirip lokasi di dalam filem tersebut.

Pada sebelah malam, keadaan menjadi semakin sejuk sehingga suhu jatuh mencecah di bawah 10 darjah celcius. Jadi, mereka yang tidak pernah merasakan musim sejuk, mungkin boleh merasainya di sini.

Aktiviti malam kami adalah memanggang (barbeku) ayam dan daging untuk makan malam. Memang seronok dapat menikmati hidangan sambil ditemani kabus dan cuaca sejuk. Sememangnya, ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Cuma pada peringkat awal untuk menghidupkan api, kami menemui sedikit kesukaran kerana kebanyakan bahan bakar seperti kayu agak basah dan arang yang kami bawa juga cepat menjadi lembab akibat suhu yang sejuk.

Agak lucu mengenangkan ada dalam kalangan rakan penulis yang tidak tahan cuaca sejuk mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta.

Namun itulah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan kos yang dikeluarkan tidak besar kerana kami tidur di dalam khemah yang dibawa dari Kuala Lumpur. – AMIRUL

MyKhalish.com: Bercuti <b>di</b> Cameron Highlands 2012 - Jalan-jalan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 02:07 AM PST

Cerita cuti-cuti ke Cameron Highlands diteruskan, lepas check-in dan rehat2 sebentar. Terus keluar semula menghala ke Brinchang, cadangnya nak masuk Taman Rama-rama, tp sayangnya masa sampai tu diorang dah nak tutup. Jadi tukar plan, terus ke area Pasar Brinchang sbb nak makan Jagung Bakar, Kincan Goreng dan lain-lain untuk minum petang.
Kincan goreng, sedap sangat setakat ni mmg tak pernah jumpa di tempat lain.
Strawberry Coklat yang popular di Cameron Highlands

Selain dari Kincan Goreng, ada macam-macam lagi.

Sini juga popular dengan Jagung Mutiara ni, besar2 jagung ni rasa pun manis.
Amni Khalisha mmg suka sgt mkn menda masam2, Aqil Khalish pula sibuk sangat nak strawberi tp dia mmg yg tak tahan masam. huhu..
Kat sini la port selalu kami minum petang di Cameron Highlands ni
Sambil tu, pekena Teh panas memang la sgt syok. Hehe..

Bersungguh2 Aqil Khalish makan jagung, mmg kegemaran dia makan jagung ni.

Amni Khalisha sibuk nak jenguk tgk bawah.
Makan kincan Goreng sampai tak cukup la, kena la beli lagi. Kat sini tak dapat lepak lama-lama, sebab diorg nak tutup dah. Masa kitorang sampai tu dah pukul 6 lebih. Orang lain pun takde dalam tu, mmg kitorg je. huhu.. Lepas tu terus pergi ke pasar malam.
Macam biasala nak gi pasar malam ni jem sikit. Nak cari parking pun susah. Tapi sekarang dah ada tempat parking berbayar, so banyak ruangan parking dalam tu.

Sibuk sangat nak posing kat Motor Hebat belakang tu. Haha..
Ronda-ronda di pasar malam, misi adalah mencari Strawberi Coklat. hehe..

Inilah rupa kincan sebelum digoreng, kenapa mcm tak pernah tgk kat pasar2 biasa ek.

Aqil Khalish tgh memujuk dedi nak beli bajak mainan. Huhu..
Lepas ronda, beli la sikit Strawberi coklat untuk makan dalam hotel. Lepas gi pasar malam kami mencari kedai untuk dinner, kali ni 1st time makan steambot di Cameron Highlands. Nampak macam menarik juga makan steambot kat sini. nanti kami cerita lagi k. :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved