ads

Selasa, 12 Mac 2013

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di gebeng</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2013 08:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! BUKTI LYNAS TIDAK JEJAS <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 04:00 AM PST


dalam filem Pendekar Bujang Lapok terdapat beberapa adegan segar mencuit hati biar berulang kali menonton antaranya membabitkan Sudin yang berlagak tahu maksud papan tanda di sebuah kampung ketika bersama dua rakannya mencari guru silat bernama pendekar Mustar.Itu belum lagi mengenai babak pendekar itu walaupun digambarkan seorang yang hebat dalam ilmu persilatan namun berjaya 'ditipu hidup-hidup' mengenai nama beberapa alat muzik oleh tiga sekawan Bujang Lapok itu.Natijahnya,semua keadaan tersebut berlaku kerana yang menyampaikan maklumat itu bukan orang berilmu dan pihak yang mendengar juga tidak dapat mengatakan ia betul atau tidak kerana mereka juga tidak mempunyai pengetahuan dalam hal berkenaan.Begitu jugalah jika boleh disamakan mengenai senario isu loji memproses nadir bumi,Lynas di Gebeng,Kuantan yang pada peringkat awalnya tohmahan pembangkang berjaya menimbulkan keresahan ramai.Tohmahan sehingga di luar kewarasan itu termasuk pengedaran risalah dan poster menggambarkan Kuantan bakal menjadi seperti Hiroshima selepas dihujani bom nuklear Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua atau ditimpa tragedi pencemaran radioaktif seperti di Chernobyl dan Fukushima.Namun keresahan itu hanya di peringkat awal kerana kebatilan tetap tidak mampu mengatasi kebenaran.Tindakan susulan agensi kerajaan terlibat termasuk Lynas memberikan penerangan kepada penduduk serta menerusi media berjaya mengatasi kekaburan yang dicipta pembangkang itu. 
Tidak cukup dengan itu,kerajaan membuka pintu kepada agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk melakukan kajian tentang projek Lynas ini.Akhirnya pakar dalam dan luar negara tetap bersetuju projek ini boleh diteruskan menerusi pematuhan syarat yang ditetapkan kerana Lynas hanyalah loji kimia biasa dan bukannya loji nuklear yang memungkinkan tragedi kemanusiaan seperti Chernobyl.Namun kerana perlu terus hidup atas isu demi mempertahankan kerusi dan melunaskan nafsu besar pemimpin mereka ke Putrajaya,pembangkang tetap galak memainkan isu tersebut biarpun tidak pernah menampilkan mana-mana pandangan pakar radiasi.Sebaliknya masih diingati,seorang Ahli Parlimen Pas,Dr. Che Rosli Che Mat yang merupakan saintis nuklear pula membidas rakan pembangkang beliau kerana keterlaluan dalam isu itu sehingga mengelirukan rakyat sedangkan hakikatnya berbeza.Sekarang Lynas telah memulakan operasi awal selepas berjaya dalam proses perundangan dan nampaknya salah satu tohmahan yang dilemparkan kononnya nilai hartanah di Kuantan akan menurun dan pelabur akan lari daripada perindustrian Gebeng tidak lah benar.Malah belum ada kedengaran mana- mana pemimpin pembangkang yang menjual rumah mereka di Kuantan dan kawasan sekitar Gebeng bagi mengelakkan nilai hartanah itu terus jatuh sebaliknya pembangunan kediaman dan komersial di ibu negeri Pahang terus rancak.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan satu lagi projek yang bakal membawa pulangan besar kepada negara dan Pahang khususnya iaitu Taman Perindustrian Kuantan China Malaysia (MCKIP),di Gebeng.
Ironinya lokasi taman perindustrian berkeluasan 607.5 hektar itu terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian Gebeng sedia ada yang menempatkan loji memproses nadir bumi,Lynas dan pelbagai lagi industri milik syarikat multinasional dari seluruh dunia. Malah MCKIP yang merupakan satu lagi projek untuk kesinambungan kemajuan negara bakal menarik pelaburan RM7.5 bilion dan menawarkan 5,500 peluang pekerjaan menjelang 2020. Sebab itu, ketika pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan,Datuk Sufian Awang baru-baru ini,beliau melihat isu penentangan kepada Lynas sudah tidak lagi relevan kepada pengundi. 
''Itu pun dulu kerana kita tiada pengetahuan tentang nadir bumi hinggakan apa yang dikatakan pembangkang waktu itu dianggap benar tetapi setelah pakar dalam dan luar negara kekal memberi sokongan kepada projek ini, maka rakyat sedar isu Lynas dipolitikkan,rupanya momokkan pembangkang adalah fitnah.Kerajaan sendiri juga sudah memberi jaminan yang keselamatan penduduk adalah keutamaan tanpa kompromi yang akhirnya menjadikan ia bukan lagi isu tumpuan kerana rakyat sudah faham," katanya.
dengan pelancaran MCKIP satu lagi bukti bagaimana tohmahan pembangkang kepada Lynas hanyalah fitnah semata-mata kerana pelabur asing terus datang menanam modal tanpa berasa khuatir dengan loji memproses nadir bumi itu.
"Kalau pelabur dari China yang jauhnya beribu kilometer boleh membawa pelaburan berbilion ringgit ke Gebeng menerusi MCKIP,kenapa orang kita nak terus percaya tohmahan pembangkang," tegas Suffian. 
Maka,jika pembangkang terus memainkan isu Lynas maka tinggallah mereka seperti adegan Sudin menipu dalam Pendekar Bujang Lapok.Namun harus diingat,tidak ada orang yang sanggup membiarkan mereka ditipu kali kedua seperti mesej seniman agung,P.Ramlee dalam karya hebat berkenaan.Pertamanya mengenai papan tanda kampung tersebut dipercayai oleh Ramlee dan Aziz namun keduanya mengenai papan tanda sekolah orang tua di kampung tersebut sudah sukar diiakan lagi kerana mereka mula berfikir tentang logik jawapan Sudin itu.Dan jika dilihat kebelakangan ini pada program anti- Lynas yang semakin hambar sambutannya,maka majoriti besar penduduk Kuantan juga memberi isyarat yang pembohongan dibawa pembangkang tidak lagi laku di samping menunjukkan isu itu sendiri sudah lapuk. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved