ads

Selasa, 12 Mac 2013

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


WZWH: Siapa Calon Pakatan Rakyat PRU 13 <b>Jerantut</b> Terkini?

Posted: 07 Feb 2013 09:37 PM PST


Perbincangan pemerhati-pemerhati politik Jerantut di kedai kopi mengenai calon-calon Pakatan Rakyat PRU 13. Foto ihsan FB Politik Sungai Tembeling.
Oleh kerana ramai juga pembaca blog WZWH terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat Jerantut maka WZWH juga diminta promosi calon-calon mereka selain calon-calon BN.
Memandang calon-calon Pakatan Rakyat terutama dari PAS seperti Yohanis Pulau Tawar dan  Zakuan Ulu Tembeling adalah juga sedara mara WZWH maka kena juga melayan permintaan mereka.
Sebenarnya calon-calon Pakatan Rakyat Jerantut belum dimuktamadkan lagi kerana ada tempat yang tidak settle lagi siapa hendak bertanding.
Parlimen Jerantut umpamanya belum tentu samada PAS atau PKR. Anwar Ibrahim mungkin mahu meletakkan calon PKR di parlimen Jerantut sebab PAS tidak pasti mahu meletakkan siapa.
Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut tidak pasti lagi mahu bertanding. Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang digembar gembur mahu bertanding di parlimen Jerantut khabarnya mahu bertanding ditempat lain.
Dr Hamzah Jaafar memberi gambaran kepada WZWH bahawa calon korporat PAS akan bertanding di parlimen Jerantut.
Jika Hadi Awang mahu Dr Hamzah Jaafar dan direstu Nik Aziz maka Dr Hamzah Jaafarlah bertanding di parlimen Jerantut buat kali yang ketiga.
Dr Hamzah Jaafar adalah pemimpin PAS yang selalu baca blog WZWH termasuk isterinya. Kalau tidak puas hati dengan posting WZWH, Dr Hamzah akan tegur dan beri idea yang baik serta mudah berkomunikasi dengan WZWH.
Cikgu Koh Boon Heng calon DUN Damak
Bagi DUN Damak pula belum putus lagi samada Cikgu Koh Boon Heng DAP atau calon dari PKR. Walau nampak Cikgu Koh Boon Heng telah bersedia dengan pelancaran bilik gerakan di DUN Damak tahun lepas.
Dikatakan Haji Abbas bekas pengarah pendidikan Wilayah Persekutuan akan bertanding di DUN Damak jika PKR diberi tempat.

Zaquan Mohamad calon DUN Tahan

Zaquan bin Mohamad bin Ariffin bin Khatib Daik anak Ulu Tembeling dari Kampong Mogol. Dilahirkan di Kampung Pedah sekarang menetap di Kampung Lada. Penceramah bebas bergerak dari masjid ke masjid. Ini calon PAS sedara WZWH dari Ulu Tembeling. Zaquan adalah AJK PAS Jerantut.
Yohanis Ahmad calon DUN Pulau Tawar.
Anak peneroka Felda Gelanggi 1. Ini calon PAS sedara WZWH dari Kampung Kedondong Pulau Tawar. Bekerja di Firma Guaman. Yohanis adalah Ketua Pemuda PAS Jerantut. 
Kepada bakal calon-calon UMNO dan BN inilah calon Pakatan Rakyat yang akan anda semua hadapi.
Terserahlah kepada pengundi di parlimen Jerantut dan DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar untuk memilih parti mana dan calon mana yang mereka suka.
WZWH TETAP undi UMNO dan BN....

Tapi perkembangan terkini mungkin merubah segala nama bakal calon-calon Pakatan Rakyat PRU 13 Jerantut terutama PAS Jerantut...

Ramai penyokong akar umbi PAS Jerantut hairan kepimpinan tertinggi PAS mudah selalu tunduk dengan jenderal PKR dan DAP. Mereka baca PAS berdiam diri kerana mahu sokongan penyokong PKR dan DAP untuk PAS menuju Putrajaya.
Ada sebab lain lagi PAS perlukan peruntukan kewangan kerana belanja PRU 13 kali ini besar. Anwar Ibrahim menjanjikan bajet pilihanraya ini. Dalam posting WZWH yang lepas sila klik sini PAS Jerantut bajet RM3 juta untuk menawan parlimen Jerantut PRU 13.
WZWH lihat mutakhir ini di Jerantut cara kempen PAS sudah lain dari dulu. Kalau dulu PAS suka berceramah bawa orator atau pungkar politik dengan harapan puluhan ribuan orang datang lalu dibawa karung plastik dan talam untuk kutip derma.
Lebih banyak orangramai datang hadir mendengar ceramah dan hulur wang lagi baik maka penceramah PAS kena kuat pungkar.
Sekarang WZWH nampak PAS suka bagi 'cash in envelope', hamper, barangan. Sebab itu WZWH rasa PAS terpaksa letak calon bertaraf jutawan bertanding di parlimen dan DUN Jerantut.
Ada penyokong PAS memberi komen bahawa pemimpin PAS Jerantut sudah mewah pakai kereta Mercedes, Alphard, Murano punyai kilang dan perniagaan besar di KL.
Ada yang bimbang calon-calon anak tempatan PAS yang mereka mahu tidak dapat bila PAS Pusat hantar calon PAS lain bertanding pasti bertaraf jutawan.
Bila jutawan PAS bertanding di Parlimen dan DUN Jerantut apa implikasinya? UMNO dan BN kena berbelanja lebih untuk menyaingi calon jutawan PAS ini.
Berapa bajet WZWH tidak tahu!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved