ads

Isnin, 18 Mac 2013

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


5 Perenggan: Bertawasul <b>di Kuala Lipis</b>

Posted: 31 Aug 2012 04:38 PM PDT



Aku bertawassul dalam berdoa .
 "Ya Allah, dengan solat Dhuha  yang telah hamba lakukan sebentar tadi,
Kau mudahkanlah urusan hamba.  Moga-moga ada bas yang menunggu hamba di terminal nanti"


Bagi yang tak tahu makna tawasul, kat bawah nanti aku bagi link artikel aku pasal tawasul. Bagi yang dah tahu, inilah cerita pasal aku bertawasul. Dua hari aku beraya kat Kuala Lipis. Hari Selasa dan Rabu (21-22 Ogos 2012). Hari Selasa aku selamat sampai kat Kuala Lipis, aku kena balik ke KL hari rabu. Disebabkan aku malas nak berkejar-kejar nanti, awal-awal lagi aku dah beli tiket untuk balik ke Kuala Lumpur. Tiket ke Kuala lumpur, hari Rabu, pukul 7.30 malam. Itu tiket last untuk hari tu.  Perjalanan Kuala Lipis-KL nanti lebih kurang 2 jam setengah. Boleh lah aku rehat dalam bas nanti. 'Rehat' kat sini lebih boleh korang gantikan dengan 'tidur', haha ! Kalau aku sebut 'tidur' nampak sangat macam pemalas. Kalau guna 'rehat' nampak macam orang yang kuat berusaha, berkerja keras dan bersusah payah serta tak mengenal penat lelah dalam perjuangan. Yezza ! Raya ni aku ke sini, tempat Dato' Siti Nurhaliza membesar ni. Saja beraya dengan kawan-kawan sekolah. Insyaallah raya ni raya terakhir aku kat Malaysia sebelum aku berangkat ke Mesir. Sebab tu nak merasa beraya dengan member-member. Lepas ni susah nak jumpa kawan-kawan lagi. Semua bawak haluan masing-masing. Seronok beraya kat Kuala Lipis ni. Sebelum ni aku belum pernah lagi beraya dengan kawan-kawan sekolah. So, kali ni aku excited bukan main lagi.

Habis dua hari beraya. Sekarang dah pukul 6.55 petang. Aku mintak tolong kawan aku, Haikal untuk hantar aku ke terminal Kuala Lipis. Bas aku 7.30 malam. Kalau tak ada apa-apa masalah, lebih kurang 10 minit sampailah ke terminal Kuala Lipis dari rumah Haikal. Haikal mintak tolong abang dia drive. Abang Haikal kat depan. Haikal duduk sebelah abang dia. Aku sorang-sorang berlagak comel kat belakang dengan beg pakaian.
"Bas pukul 7.30 malam kan?" , abang Haikal tanya.
"Haah." Haikal jawab.
Aku pun buat kira-kira. Maybe dalam pukul 7.15 sampai lah kot. Bukannya jauh sangat terminal tu. Kecualilah kalau ada banyak kereta kat jalan raya nanti. Aku keluarkan dompet aku. Nak check balik tiket tu. Kendatipun aku dah confident sangat tiket last tu pukul 7.30 malam. Manalah tau kalau-kalau aku ada masalah mata. Takut salah tengok masa kat tiket. Hmm, ni tiket ke KL. TRANSNASIONAL, KELAS EKONOMI, SEAT 5C. Aku sambung baca lagi. 22/8/2012, 7.00 PM. Nasib baik mata aku okey lagi. Memang bas aku pukul 7 malam. Haha ! erk.. bukan ke sepatutnya 7.30 malam? ALLAH !
            Sekarang dah pukul 7.10 minit. Bas aku dah bertolak dah pun. Macam mana ni? Takpelah. Aku pergi je terminal dulu. Alang-alang dah separuh jalan. Tapi, kalau takde bas macam mana? Aku kena tidur kat terminal sampai esok pagi lah. Bas terakhir dah pergi. Aduh. Takkan aku nak cakap kat Haikal yang aku salah tengok tiket? Kesian pulak kat dia dengan abang dia. Dah hantar aku separuh jalan dah pun. Tapi lagi kesian kat aku. Duit dah tak ada. Kena burn pulak tiket yang aku beli. () Pastu kena tidur kat terminal sampai esok pagi. Ya Allah, kenapa aku tak tengok tu tiket betul-betul? Takkan nak menyusahkan orang pulak sekarang ni? Takkan nak suruh abang haikal kejar bas tu terus sampai ke Raub. Jauh tu. Aku kena fikir elok-elok. Allah yang bagi masalah ni. Allah jugak yang mampu selesaikan. Kenapa aku nak pening-pening kepala? Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk aku. Sekarang aku cuma boleh doa. Oh ya, aku boleh bertawasul ! Walaupun aku segan sebab banyak dosa tapi memang Allah je tempat aku bergantung harap. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku. Aku bertawasul dalam berdoa. "Ya Allah, dengan solat Dhuha yang telah hamba lakukan sebentar tadi, Kau mudahkanlah urusan hamba. Moga-moga ada bas yang menunggu hamba di terminal nanti"
Kalau nak diikutkan, memanglah aku tak layak mintak sesuatu sebagai ganti amalan aku yang tak seberapa tu. Macam tak ikhlas pulak aku beribadah. Macam mengharapkan satu ganjaran daripada Allah. Seorang abid yang kerjanya sujud je kat dunia ni pun cuma mampu balas nikmat SEBELAH TELINGA yang Allah bagi kat dunia. Inikan pulak aku. Entah nikmat boleh bukak sebelah mata pun belum tentu aku mampu balas. Tapi tawasul memang diblolehkan. Ini salah satu cara kita berdoa. Dan ada beberapa cara tawassul lain selain yang aku gunakan tadi. Sekarang aku cuma mampu bertawakkal. Apa pun yang terjadi nanti adalah yang terbaik untuk aku. Kalau takde bas nanti aku redha. Kalau kena tidur kat terminal sampai esok pagi pun aku redha. Aku tak nak tumpang rumah kawan. Aku tak nak menyusahkan orang lagi dah. Dah lah semalam aku jahanamkan motor sorang kawan. ( yang ni cerita lain, kena senyap !) Itu ketentuan Ilahi. Inipun salah aku sendiri. Nak buat macam mana kan? Aku teringat satu lirik nasyid dari kumpulan Mestica  bertajuk 'Rahmat Ujian'
Di setiap kali ujian menjelma
Allah mengasihimu setiap masa
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

          Dah nak dekat sampai terminal. Sekarang dah pukul 7.27 malam. Ya Allah, Kau tolongkah hamba yang lemah ni. Jalan straight, round abaout, masuk kanan. Dah nampak terminal atas bukit. Sunyi je terminal ni. Eh, ada bas! Ada satu bas Transnasional baru je bertolak dari terminal. Bas tu dengan kereta Myvi kitorang berselisih. Kat cermin depan tertulis KL-Kuala Lipis-KL. Tu bas aku ! Abang Haikal terus kejar bas tu. Bas pun berhenti tepi jalan. Alhamdulillah. "Terima kasih bang. Terima kasih Haikal. Kirim salam mak kau.". Alhamdulillah. Allah makbulkan doa aku. Ada hikmah benda-benda ni terjadi. 1) Akhirnya aku manfaatkan ilmu yang aku dapat. 2) Aku belajar redha dengan benda yang terjadi. 3) Dan yang paling penting, aku ada sesuatu untuk share dengan korang. Sesuatu yang selama ni aku lupa untuk kongsikan. Inilah tawasul.
P/S: Allah makbulkan doa aku bukan sebab aku banyak beramal soleh. Tapi sebab aku hamba yang lemah. Tak berdaya nak buat apa-apa lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved