ads

Rabu, 20 Mac 2013

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


DUNIA ITU: Empat maut nahas bas dan kereta <b>di</b> Jalan <b>Lipis</b>-Merapoh

Posted: 14 Mar 2013 07:50 PM PDT

Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan meragut empat orang di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis tengah malam tadi.


KUALA LIPIS - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.

Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

"Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.

Beliau berkata, semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 15 Mac 2013

Hasrat ibu tak kesampaian


Kuala Lipis: "Kami tidak sangka hasrat ibu untuk ke rumah adik perempuan saya di Bangi, Selangor tidak kesampaian dan berakhir tragedi apabila kereta dipandu adik ipar terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres," kata Hamizi Baharum, 40, keluarga mangsa kemalangan yang meragut empat nyawa termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Kilometer 17 Jalan Kuala Lipis-Merapoh, di sini, semalam.

Menurutnya, kemalangan maut itu meragut nyawa ibunya, Hasnah Che Hussin, 66, adik perempuan, Nur Hamira Baharum, 24, anak saudara perempuan, Nik Emily Nik Ahmad Zukwan, 1, dan pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an.

"Adik ipar, Nik Ahmad Zukwan Nik Anwar, 34 dan seorang lagi anak perempuannya, Nik Eryna berusia empat tahun yang parah kini masih dirawat di Hospital Temerloh, dekat sini, manakala semua yang terkorban dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

"Kami sekeluarga dimaklumkan berhubung kemalangan berkenaan jam 4 pagi tadi dan bergegas ke hospital bagi mendapatkan gambaran lanjut berhubung kejadian," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lipis.

Hamizi berkata, dia dimaklumkan kemalangan itu jam 12.40 pagi dan Nik Ahmad Zukwan yang memandu kereta bertolak dari rumah mereka di Tumpat, Kelantan, pada jam 6 petang.

myMetro 16 Mac 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved