ads

Selasa, 12 Mac 2013

06 di mentakab - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di mentakab - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mentakab</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Feb 2013 03:07 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mentakab</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 03:08 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Replika Keris <b>Di Mentakab</b> – Pembangkang Cuba <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 12:13 AM PDT

Kategori Utama

Replika Keris Di Mentakab – Pembangkang Cuba Mainkan Sentimen Politik Perkauman

Oleh: Wan Hafiz Wan Hamzah

TEMERLOH, 10 Sept – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin membidas tindakan DAP dan PAS yang cuba memainkan isu politik perkauman yang sempit apabila mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Mentakab (MPT) menggantung replika keris di tiang-tiang lampu di sekitar kawasan tersebut.

Menurut beliau, kenyataan Ketua DAP Mentakab, Lai Chee yang mempersoalkan tindakan MPT dan kenyataan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Mentakab, Norazmi Abdul Majid yang mengaitkan replika keris dengan logo UMNO, disifatkan Sharkar sebagai usaha untuk meniup sentimen politik perkauman di kalangan penduduk di sekitar kawasan tersebut, termasuk untuk memburukkan UMNO dan Barisan Nasional.

"Inilah sikap DAP yang disokong oleh PAS yang tidak habis-habis cuba untuk menghasut rakyat dengan cuba untuk menimbulkan sentimen politik perkauman biarpun dengan isu yang seremeh ini. Keris ini bukan sahaja lambang UMNO, bahkan keris merupakan lambang kepada orang Melayu yang ada di nusantara ini dan bukan di negara ini saja.

"Kalau nak cerita, ada juga lambang atau gambar roket di dalam negara tapi tidak pun kita kaitkan gambar roket itu dengan DAP, begitu juga dengan lambang atau gambar bulan. Bagi saya replika keris yang ada itu tak patut dijadikan isu kerana ia bukannya menghina sesiapa. Kecualilah sekiranya lambang-lambang tersebut menyentuh sensitiviti kaum dan agama maka itu patut kita ambil tindakan," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru, beliau menyeru agar pemimpin pakatan pembangkang bersikap lebih matang dan terbuka serta menghormati orang lain dan jangan asyik mempertikaikan sesuatu yang mungkin boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan bangsa atau kaum lain.

"Mereka kena sedar, bahawa negara yang mereka diami ini terdiri dari pelbagai kaum. Di kalangan Ahli Majlis MPT pun ada juga mereka yang berbangsa Cina, namun tidak ada sebarang bantahan pun dari mereka tentang isu replika ini.

"Ini disebabkan pemikiran mereka itu lebih terbuka dan matang.  Inilah cara politik sempit di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang, sampaikan isu remeh-temeh semacam ini pun cuba mereka jadikan isu politik dengan memainkan sentimen perkauman.

"Tapi biasalah, itulah sikap dan kepimpinan pakatan pembangkang yang sudah kehabisan modal. Apatah lagi seperti DAP, memang tak dapat nak lari daripada bersikap rasis. Apa yang hak dia orang kita tak boleh usik, tetapi apa yang hak kita, kalau boleh mereka langsung tak bagi buat," tegas beliau lagi – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 10 September 2012 3:13 PM

Penggali kubur maut tertimbus liang lahad <b>di Mentakab</b> – Perak Today

Posted: 29 Aug 2012 12:38 AM PDT

Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam.

MENTAKAB – Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.

Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46, dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas Subuh semalam.

Kejadian berlaku ketika Zailan bersama seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurut seorang lagi penduduk kampung, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.

"Saya sedang bercangkung tepi kubur, tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia yang terjulur keluar.

"Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.

"Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah," katanya.

Ambil masa 5 minit keluarkan kepala mangsa

Sementara itu seorang lagi penduduk kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tertimbus.

"Masa gali saya nampak ada banyak darah pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah.

"Kami angkat Zailan ke atas, tidak berapa lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di sisi penduduk kampung," katanya.

Tidak pernah alami kejadian seperti itu

Sementara itu Abdul Aziz Md Taha, 51, anak kepada Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Taman Bukit Cermin di sini, pagi semalam menganggap kejadian tersebut sesuatu yang tidak pernah dialami penduduk kampung.

"Mak saya meninggal Subuh tadi, ketika menggali kubur berlaku pula kematian kepada si penggali kubur, ini tidak pernah berlaku di kampung ini," katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Abdul Walit Abdul Malek berkata, arwah Zailan tidak seperti biasa sebelum itu.

Menurutnya, ketika sedang menggali kubur, Zailan yang masih bujang, tidak seperti rakan lain, arwah lebih banyak mendiamkan diri dan tingkah lakunya tidak seperti biasa.

"Kami di sini sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku, dalam satu hari ada dua kematian yang berkaitan antara satu sama lain.

"Zailan memang pakar menggali kubur terutama kerja menyiapkan liang lahad yang memerlukan hasil kerja yang halus, dia biasanya akan bersama Mohd Nasir melakukan kerja tersebut," katanya.

Abdul Walit berkata, kubur arwah Minah yang sepatutnya dikebumikan tengah hari terpaksa digali semula menggunakan jengkaut atas sebab-sebab keselamatan.

Polis terima laporan

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mayat Zailan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.

- SINAR HARIAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved