ads

Khamis, 28 Mac 2013

06 di merapoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


Empat Terkorban Bas Rempuh Kereta <b>Di Merapoh</b> | Blog Berita Online

Posted: 15 Mar 2013 12:26 AM PDT

Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.

Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

"Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.

Beliau berkata, semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Incoming search terms:

Empat Terkorban Bas Rempuh Kereta <b>Di Merapoh</b> | blogr.my

Posted: 16 Mar 2013 06:40 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Empat Terkorban Bas Rempuh Kereta Di Merapoh. 1 minggu lepas oleh fadah di belogfadah.blogspot.com. Baca Selanjutnya. anda mungkin juga meminati: Wana Wonderland: 'Insiden satukan dua isteri' · buatbest: Gambar Ngeri 7 Orang ...

*Tinta Mahyuddin*: Kemalangan Maut <b>di</b> Jalan Kuala Lipis-<b>Merapoh</b>

Posted: 17 Mar 2013 10:56 AM PDT

Assalamualaikum,

Kita dikejutkan lagi dengan kemalangan maut di Jalan Kuala Lipis-Merapoh2 hari yang lalu (Jumaat 15/03/2013). Ini bukanlah kali pertama kemalangan maut berlaku di sini. Dan pastinya ia bukannya yang terakhir.

Rakan saya, Zahafiz Zakaria, merupakan seorang Pembantu Pegawai Perubatan (Medical Assistant - MA) yang bertugas malam itu menceritakan suasana di tempat kejadian.

"Jale jem 2 kilometer bos, jem teruk, bas berjujuk". Katanya dalam loghat Kelate.

"Orang penuh, habis penumpang bas turun. Susoh kito nok wak kejo. Penuh kemurun kawasan tu. Pakat berdiri ambik gambar pakai handphone" Katanya lagi.

Sikap rakyat kita inilah yang menyukarkan kerja-kerja menyelamat dilakukan. Mereka bukannya membantu pun, sekadar berdiri, melihat sambil bersilang tangan, dan ramai yang mengambil gambar untuk di upload di facebook/tweeter/instagram.

Kehadiran mereka ini menyukarkan kerja-kerja menyelamat dilakukan.Suasana yang sesak menyukarkan pergerakan, pemberian rawatan kepada mangsa, pemindahan mangsa dan proses keluar-masuk kenderaan bomba/polis/ambulan.

Sikap yang amat mengecewakan!


Saya amat berharap agar perkara ini tidak berulang. Biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka. Tak perlu lah kita turut sama memenuhi kawasan kemalangan tersebut melainkan kalau kita ada kemampuan dan kemahiran untuk sama-sama membantu. Cuba bayangkan sekiranya mangsa kemalangan itu saudara-mara kita!

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved