ads

Isnin, 18 Mac 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


100 samseng Umno kepung, sepak mahasiswa <b>di Pekan</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 02:58 AM PST

(Oleh Norutul Ilham)

PEKAN 15 FEB: Lepas diserang ketika mengedar risalah Selasa lalu, diikuti serangan dengan parang pada Rabu, kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 di Pekan, Pahang petang ini dikepung pula kira-kira 100 samseng Umno untuk menghalau mereka pulang.

kepungBercakap kepada Keadilan Daily, wakil mahasiswa terlibat, Ekhsan Bukhari berkata, serangan tersebut bermula semasa sekumpulan 30 mahasiswa mengedar risalah 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' di sekitar kawasan itu.

"Kami sedang edar risalah, tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung. Polis hanya tengok serangan berlaku.

"Daripada situ, kami terus balik ke tempat penginapan, di Madrasah Husna yang tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya dihubungi ketika beliau dalam madrasah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

Menurut Ekhsan, kumpulan samseng itu kemudian mengepung madrasah tersebut memberi amaran supaya mereka beredar.

Jika ingkar, kumpulan itu mengugut untuk melakukan ancaman, kata Ekhsan lagi.

kepung 2"Samseng-samseng itu masih di luar madrasah. Mungkin mereka bimbang dengan kehadiran kami di sini kerana Datuk Seri Najib (Razak) akan ke pekan Chini esok," kata Ekhsan.

Sebelum ini, pelajar Universiti Selangor (Unisel) itu dan dua lagi mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan.

Kumpulan siswa itu mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.

Manakala, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dua siswa dan dua siswi pula diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4.

Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45136

Lebih 500 pekerja kilang berpiket <b>di Pekan</b> isu gaji minimum <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2013 11:41 PM PST

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 11 Feb: Lebih 500 pekerja kilang DRB-Hicom, Pekan, Pahang berpiket di hadapan premis tersebut Sabtu lalu menuntut hak mereka untuk mendapat kenaikan gaji dan jawatan setara yang diperoleh pekerja baru.

Senator, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga Penasihat Kesatuan Pekerja-Pekerja DRB-Hicom Berhad, Pekan berkata, isu itu timbul ekoran penguatkuasaan gaji minimum kerajaan Umno BN RM900.

"Hanya mereka yang bergaji bawah RM900 dinaikkan. Manakala pekerja yang sudah lama dan bergaji atas sedikit dari RM900 tidak mendapat apa-apa kenaikan. Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM920 misalnya? Sedangkan mereka sudah lama bekerja," jelas Syed Shahir ketika dihubungi.

Pekerja-pekerja tersebut juga tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat yang sepatutnya dinikmati tetapi diberi kepada 'orang luar'.

"Pihak pengurusan sepatutnya ambil kira sumbangan dan pengalaman yang ditunjukkan pekerja yang berkhidmat lebih 10 hingga 15 tahun. Tetapi sampai sekarang tidak dinaikkan pangkat kerana pihak syarikat lebih gemar mengambil orang luar," katanya.

"Kita tahu persatuan tidak boleh masuk campur urusan pekerja yang diambil bekerja, tetapi kita nak pengurusan kaji dasar itu. Peluang sepatutnya diberi kepada pekerja yang berkhidmat lebih lama," jelas bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.

"Namun, apa yang berlaku sekarang, syarikat ambil pekerja luar dan nafikan peluang untuk pekerja lama naik pangkat," katanya lagi.

Menurutnya, perhimpunan itu bertujuan meminta pengurusan syarikat mengadakan rundingan dengan kesatuan berhubung tangga gaji bersesuaian untuk semua pekerja serta mengkaji semula dasar pengambilan dan kenaikan pangkat.

Bantahan ini besar kemungkinan bersangkutan tidak puas hati pekerja dengan RM900 gaji minimum yang dilaksana kerajaan Umno BN di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gaji minimum RM1,100 yang ditawar kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, majikan dan pakar ekonomi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44783

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved