ads

Ahad, 31 Mac 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Video Samseng UMNO serang Mahasiswa <b>di Pekan</b> tersebar!!

Posted: 16 Feb 2013 04:57 AM PST


Amat menghairankan, ketika kebanyakan macai-macai UMNO/BN mendakwa bahawa UMNO/BN masih kuat dan akan kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.. macai-macai UMNO di Pekan, Pahang takut kepada gerakan yang dijalankan sekumpulan Mahasiswa.

Ketakutan mereka terhadap terhadap gerakan tersebut semalam telah diterjemahkan melalui perbuatan tidak bertamaddun mereka..

Semalam mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka 'Gerakan Mahasiswa 13' itu menghadapi kemuncak dugaan berhadapan samseng-samseng Umno apabila dikepung, diserang, dicederakan dan diusir pulang ke Kuala Lumpur serta merta.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua tindakan itu mencerminkan ketakutan Umno khususnya di kawasan Perdana Menteri bagi menghadapi kebangkitan rakyat untuk menolak BN.

"Tindakan terdesak ini tunjukkan kepada kita melalui penolakan secara paksa, kalau di Pulau Pinang secara perkataan jelas. Di Pekan walau tidak ada perkatan 'no' tetapi tindakan samseng-samseng itu merupakan bantahan secara senyap oleh orang Pekan, sebab itu Umno tak bagi maklumat disebarkan, dia takut maklumat sampai kepada rakyat.

"PAS hairan kenapa takut sangat sedangkan media elektronik setiap saat berkempen untuk Umno BN. Walaupun penambahan undi luar biasa iaitu menjangkau 18,000 pengundi baru di Pekan termasuk warga Myanmar, Kemboja, kem tentera dan Orang Asli.

"Tetapi pelik, dengan budak-budak pelajar 30 orang pun Umno rasa terancam dan cemas sangat," katanya.

Saksikan!!


Video ihsan webtvpaspekan.blogspot.com

Mengecam Intimidasi Politik Terhadap Mahasiswa <b>di Pekan</b>

Posted: 17 Feb 2013 02:20 PM PST

Kenyataan Media Gerakan Malaysians for Beng Hock

beng-hock

Gerakan Malaysians for Beng Hock mengecam intimidasi politik dan keganasan terhadap Mahasiswa yang berlaku di Pekan, kawasan Parlimen Perdana Menteri Najib Razak di Pahang. Kami menggesa Najib Razak mengambil pendirian dalam insiden ini, jika beliau tidak menegur tindakan samseng sebegini, masyarakat Malaysia akan anggap Perdana Menteri bersetuju dengan intimidasi politik dan keganasan yang terjadi di kawasan parlimen beliau.

Berdepan dengan cabaran gerakan mahasiswa yang berhasrat menempatkan calon dalam pilihanraya umum akan datang, Najib Razak, yang berkemungkinan besar calon Barisan Nasional di Pekan, sepatutnya bertanding secara beradab dengan calon mahasiswa. Kami menyokong seruan mahasiswa bahawa Najib Razak harus berdebat dengan calon mahasiswa, malah kami sudi menyediakan platform untuk kedua-dua calon supaya berdebat tentang dasar-dasar kerajaan, terutamanya dalam bidang demokrasi, hak asasi manusia dan pendidikan.

Kami mengutuk kenyataan Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendent Yahaya Othman bahawa mahasiswa harus berjumpa dengan ketua kampung dahulu sebelum mengedarkan risalah-risalah kepada penduduk.

Hak Kebebasan Bergerak rakyat telah termaktub dalam artikel ke-9 Perlembagaan Persekutuan iaitu semua rakyat berhak bergerak secara bebas di dalam persekutuan Malaysia dan tinggal di mana-mana bahagiannya. Tanggungjawab polis ialah untuk menjaga keselamatan rakyat dan mengambil tindakan terhadap pelanggar undang-undang.

Menurut laporan polis kumpulan mahasiswa, pihak polis dikehendaki membuat siasatan terperinci di bawah kod penal, iaitu artikel 350 serangan jenayah dan artikel 506 intimidasi jenayah. Pihak polis harus 'buat kerja sendiri' dan bertindak secara profesional, bukannya bertindak seolah-olah penjaga kepentingan Barisan Nasional sahaja.

Malaysians for Beng Hock juga akan melancarkan kempen di kawasan parlimen Pekan semasa pilihanraya umum ke-13, kami akan membawa isu demokrasi dan hak asasi manusia ke kawasan parlimen tersebut untuk mendapatkan sokongan calon-calon, seperti isu persecution politik Teoh Beng Hock dan kematian dalam pusat-pusat tahanan.

Chong Kok Siong

Penyelaras

Malaysians for Beng Hock

teohbenghock.org

 

(Untuk pertanyaan media sahaja, Tel : 012-2138610, 012-2658448)

——————————————————————————————

TeohBengHock-sketch500

Sumber: Gerakan Malaysia for Beng Hock

Foto kredit: www.keadilandaily.com

Serang siswa <b>di Pekan</b>, Najib suburkan budaya samseng <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 02:44 AM PST

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 14 FEB: Serangan samseng Umno ke atas mahasiswa di Pekan, Pahang simbol Datuk Seri Najib Razak suburkan budaya samseng, kata Presiden Mahasiswa KEADILAN, Haziq Abdul Aziz.

"Kalau Najib di kawasan sendiripun tak boleh cegah budaya samseng, bagaimana pula di tempat lain?" tempelak Haziq kepada Ketua Umno Bahagian Pekan itu.

ehsanTambahnya, insiden ganas itu bukti slogan transformasi laungan Perdana Menteri hanya propaganda.

"Transformasi langsung tidak menjadi realiti, hanya propaganda yang tidak mencerminkan demokrasi sebenar," kata mahasiswa Undang-undang Universiti Malaya itu ketika dihubungi.

Hingga hari ini, dua insiden kumpulan mahasiswa dibelasah dan turut diserang menggunakan parang.

Pelajar Universiti Selangor (Unisel), Ekhsan Bukhari dan dua lagi mahasiswa diserang samseng Umno kelmarin di Kampung Datuk Keramat, Ganchong ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan.

Kumpulan siswa itu mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.

Manakala, kira-kira jam 11 pagi semalam, dua siswa dan dua siswi pula diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4.

"Mahasiswa datang membawa hujah dan idea. Kita harapkan Najib dan penyokongnya lakukan perkara sama, jangan biarkan budaya samseng menjadi asas hujah," kata Haziq.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45062

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved