ads

Selasa, 12 Mac 2013

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Pemandu Maut | Kereta Dipandu Bertembung Lori <b>Di Raub</b>

Posted: 06 Oct 2012 11:38 PM PDT

Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan lori di Kilometer 349 Jalan Raub – Lipis pada jam 12.30 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Zailani Mat Zin, 30, memandu kenderaan jenis Perodua Viva dari arah Lipis.

Maut kereta bertembung lori

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori muatan produk coklat.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sementara itu, isterinya, Noraisyah Rosli (27) tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Raub." katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, dua kanak-kanak yang juga anak pasangan terbabit iaitu Putri Alya Balqis, 4 dan Putri Qistina Batrisyia, 2, menerima rawatan di hospital sama akibat kecederaan di bahagian kepala serta muka.

Katanya, waris mangsa sudah dihubungi untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Pemandu lori, Azman Abdullah (39) pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan sampel darah kedua-dua pemandu diambil untuk ujian dadah serta alkohol.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Incoming search terms:

  • composite home di raub (1)
  • photo of zailani mat (1)
  • photo zailani mat (1)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved