ads

Selasa, 12 Mac 2013

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 01:48 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 01:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Muzium Bijih Timah <b>Sungai Lembing</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 23 Dec 2012 08:56 PM PST

Ini entri formal sebab sebelum ini saya hanya mengemaskini blog melalui telefon sewaktu sedang bercuti. Syukur talian internet di kawasan pantai timur lancar di kebanyakkan tempat.

Bas bertolak tepat jam 9.00 malam dan selamat tiba jam 4.15 pagi. Suami menanti kami di pekan Kuala Ping.

nasi dagang terengganu
Perkara pertama yang dicari sudah tentunya sarapan nasi dagang. Saya suka Nasi Dagang Terengganu berbanding Nasi Dagang Kelantan. Ada beza kedua jenis nasi dagang dua negeri ini.

Pantai KemasikLuangkan masa melihat sinar mentari pagi di Pantai Kemasik.

kapal laut

Melepasi pesisir pantai, melihat panorama indah termasuk projek pembinaan jambatan baru juga pasaraya dalam paya di bandar baharu Kijal. Saya  hanya pelancong yang 'melihat' jadi tak beranilah nak komen lebih². Sesiapa nak tahu, pergilah melancong ke Terengganu.

melawat muzium sungai lembing

Lokasi  pertama percutian kali ini adalah mengunjungi  Muzium Bijih Timah Sungai Lembing yang merupakan salah satu dari dua muzium yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di Pahang.

pekan sungai lembing

Cantik pemandangan semaktu memasuki  pekan Sungai Lembing.

Kawasan Sungai Lembing merupakan kawasan galian biji timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia.  Sungai Lembing merupakan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan dibawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu Pahang Corporation Limited.

Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh 100 tahun dengan bayaran satu sen setahun.

satu sen?  patutlah kita tinggal sisa saja……… semua dah dikaut.

tapak muzium sungai lembingSewaktu kegemilangannya,  lombong bijih timah Sungai Lembing  dikenali sebagai  'El Dorado Timur' bersempena nama lombong emas yang terkenal di Alaska.  Ianya merupakan komplek lombong bijih timah bawah tanah yang terbesar di dunia.

lokasi muzium sungai lembing

Bangunan yang pernah  menjadi kediaman  pegawai Inggeris di Lembah Sungai Kenau.

tai pei tong sungai lembing

Kawasan perlombongan Taibeto, terletak kira-kira 500 meter dari tapak Muzium Sungai Lembing, sedang dalam pembinaan untuk menaik taraf.  Kami memasuki kawasan ini atas kebenaran seorang staf dengan syarat  dikawasan tertentu sahaja.  Menurut mereka, ianya akan dirasmikan pada awal Januari 2013 nanti.

lombong bawah tanah sungai lembing

Ini adalah terowong bawah tanah lombong bijih timah Sungai Lembing.  Terowong ini digunakan untuk membawa bijih timah keluar dari  lombong ke loji pengisar yang  lebih dikenali sebagai 'pangkang'.

terowong bawah tanah lombong bijihtimah

Lombong Tabeto yang juga dikenali 'Tai Peng Tong' oleh penduduk tempatan.  Pada zaman kegemilangannya lombong Tabeto ini telah mencapai kedalaman maksimum 500 meter.

pintu terowong bawah tanah

Salah satu pintu masuk yang terdapat di terowong bawah tanah lombong bijih timah di Sungai Lembing.  Kami berjalan kaki memasuki lombong bawah tanah ini kira-kira 60 meter.  Keadaannya lembab dan sejuk.

terowong bawah tanah sungai lembing

Difahamkan air yang mengalir keluar daripada bukit ini  tidak sesuai diminum kerana dikatakan mengandungi kadar sulfur yang tinggi kecuali digunakan untuk mandi bagi mereka yang menghidapi masalah kulit.

pelombong bijih timah

Pelombong bijih timah yang kesepian menanti kunjungan pelawat.  Replika ini belum siap masih dalam pembinaan.

muzium sungai lembing

Bangunan muzium yang terletak di atas bukit  sebelum ini merupakan tempat kediaman pengurus besar syarikat lombong bijih timah The Pahang Corporation Limited dari tahun 1887 hingga 1906. Ia kemudian diambil alih oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sehingga 1986.

Rumah kediaman pengurus besar ini dahulunya dikenalai sebagai "The European Bungalow 1" atau singkatannya EB1

barang-barang dalam muzium

Muzium ini menyediakan ruang pameran mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan kita melihat, memahami dan menghayati keadaan sebenar kehidupan pelombong pada masa dahulu.

Terdapat juga potret dan bibliografi tokoh-tokoh yang pernah menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan Sungai Lembing . Ruang pameran menempatkan model perlombongan  termasuk contoh batuan , replika kaedah aktiviti  perlombongan dan barangan peribadi pelombong.

sejarah lombong bijihtimah sungai lembingLombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Waktu melawat Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

Isnin hingga Ahad – 9.00am-5.00pm

Jumaat

  • 9.00am-12.15pm
  • 2.45 pm- 5.00pm

Tutup pada Hari Raya Aidilfitri  & Hari Raya Aidiladha

Masuk adalah percuma.

kudaKuda ini diluar kawasan muzium, tetapi masih di perkampungan Sungai Lembing.

Nota : Muzium Sungai Lembing adalah muzium ke 7 yang saya lawati sepanjang tahun 2012!  Esoknya saya melawat satu lagi muzium… tungu entri seterusnya.

Cik Nuyuyana: Kami <b>di Sungai Lembing</b>

Posted: 09 Oct 2012 06:02 AM PDT




Cerita bermula hari Ahad. Bertarikh 7 Oktober.

Terjaga dari tidur. Masih menunggu text masuk dari kawan. Rancang untuk mandi manda dan bbq di Sungai Lembing dengan bebudak kelas. Mandi. Online.
Masih menunggu text masuk. "Jom siap,11.30 nak gerak". Packing baju yang patot dibawa.
Bertolak ke Sungai Lembing. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari UMP. Mungkin. 2 kereta bertolak dahulu. Lagi 3 kereta bertolak kemudian.


Kancil pun boleh jadi Pajero. Kau hado? Hahaha :B
Saya dan kawan sampai dahulu dekat Sungai Lembing. Pemandangan sangat cantik. Air sungai yang jernih dan sangat sejuk. Ramai keluarga datang berkelah dan melayan anak masing-masing mandi. Teringat dekat keluarga dirumah :'). Setting tempat dan buat yang mana patut dahulu.


Welcome to Sungai Lembing.

Dan inilah sungainya. Air teramat lah sejuk.

Bila kesemuanya dah sampai, mula hidupkan api. Ni semua kerja budak laki. Yang perempuan goyang kaki. Hahaha u____u Rileks dulu. Hirup udara segar. Ewahhh.
Nampak bertanggungjawab. Thanks :p
Cak aa!! Hai, kami happy nak bbq dan mandi :')

Aksi spontan. Me, pakai tudung hijau. Jangan zoom please.

Ada ayam. Ada sosej. Ada ketam. eh bukan ketam hidup tau. Hehe. Banyak tak?
Mulakan operasi bakar ayam. Yeay! sedap sangat tau

Ni tangan saya. Hahaha. Saya bakar sosej dan ketam tu. Panas sangat oke, sampai sakit tangan u__u Hangit? eh normal lah tu. Tak hangit tak best :p

Kemain seronok main air kan. Cantik gambar ni 
Saya setia disini. Dan masih disini sampai siap masak semua. Sila jadikan saya menantu tau. Puiii :p

Hai my love. Rajin awak bakar ayam kan? Hahaha. Dah kenape muka camtu 

Makan time ! Kalao boleh nak interprem dalam semua gambar

Ni gaya bebudak laki main air. Blerghhh. Macam-macam laa
Masing-masing kepenatan. Lepas makan,mandi. Lepas mandi,makan. Begitulah kami. Seronok. Tak kurang juga ada yang memancing. Dapatlah ikan 2 3 ketul. Hehhee. Sebelum balik. Haruslah tangkap gambar sebagai kenang-kenangan :') say Cheese..... :D 

Terima kasih sudi baca :')

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved