ads

Jumaat, 15 Mac 2013

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Lawatan Warga PPD Maran Ke <b>Sungai Lembing</b> - Gerbang Kualiti <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 07:42 AM PDT



Pada 9 Mac 2013, seramai 40 orang ahli keluarga pegawai dan staf PPD Maran telah mengadakan lawatan ke Sungai Lembing, Pahang. Lawatan kekeluargaan ini bertujuan sebagai satu program riadah warga PPD Maran di samping melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Sungai Lembing.
     Bertolak jam 7.30 pagi, ahli  rombongan begitu teruja dan bersedia untuk melakukan aktiviti bersama.Lebih kurang jam 9.00 pagi, ahli rombongan mendaki Bukit Panorama. Mencabar dan teruja. Encik Bob (KU SPK) kata, ada hampir 1000 anak tangga ke puncak. Lebih separuh ahli rombongan berjaya mendaki dan sampai ke puncak Bukit Panorama termasuklah beberapa anak kecil berusia 4 dan  7 tahun. Sememangnya fizikal dan stamina amat diperlukan namun apa yang lebih penting ialah semangat untuk melawan keletihan dan kesakitan serta berjuang untuk berada di puncak. Berada di puncak bukit, keletihan hilang malah rasa kepuasan terpancar di muka masing-masing. Menuruni bukit tersebut juga mencabar fizikal dan semangat peserta. Namun alhamdulillah, semua berjaya dan selamat sampai ke kaki Bukit Panorama.
     Lawatan seterusnya ke Terowong Bijih Timah Sungai Lembing. Teruja melihat gerabak keretapi dan terowong. Terdapat 3 terowong namun hanya satu sahaja dibuka untuk lawatan. Memang terasa begitu asyik melihat terowong yang dibina. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan(MPK) telah mengubah suai dan membaik pulih terowong tersebut. Lebih kurang 600 meter terowong yang boleh dijelajahi. Semua bahagian menonjolkan kawasan perlombongan yang begitu menarik untuk dilihat dan dikaji sama ada berunsur sejarah atau geografi. Terowong ini adalah antara yang terpanjang dan terdalam didunia. Peserta diberi penerangan berkenaan kerja perlombongan termasuklah merasai 'simulator" lif lombong. Ada ketikanya terasa kesejukan dan air yang menitis jatuh dari bumbung terowong.
     Peserta kemudiannya melawat Muzium Sungai Lebing yang banyak terdapat maklumat dan alatan bersejarah. Peralatan perlombongan dan gambar-gambar bersejarah Sungai Lembing membantu peserta memahami seba sedikit sejarah kewujudan dan perkembangan Sungai Lembing sebagai pusat perlombongan yang pernah menjadikannya tempat yang maju suatu ketika dulu.
     Semoga lawatan ini memberi kesan yang boleh meningkatkan lagi motivasi dan produktiviti semua. Ia juga meningkatkan hubungan baik antara pegawai, staf sokongan dan ahli keluarga PPD Maran.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved