ads

Isnin, 18 Mac 2013

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


kem interaksi pemimpin muda smk <b>sungai lembing</b> - kelab in-smartive

Posted: 01 Mar 2013 12:00 AM PST

1 Mac 2013, telah bermulanya Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) bagi pemimpin-pemimpin Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing yang bertempat di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah. Projek ini melibatkan 100 orang pelajar yang merupakan pemimpin-pemimpin dalam sekolah seperti Pemimpin Pelajar, Pengawas Perpustakaan dan Ketua-ketua kelas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Setibanya para fasilitator In-Smartive dan pemimpin-pemimpin muda SMK Sg. Lembing di tapak kem, satu majlis ringkas penyerahan peserta dari pihak sekolah kepada pihak In-Smartive dijalankan. Selesai sahaja Majlis Penyerahan, satu taklimat telah diberikan oleh Pengurus Projek In-team SMK Sungai Lembing kepada para pemimpin muda. Setiap peserta telah diterangkan berkenaan kod etika, ketetapan masa, disiplin dan slogan atau pendekatan yang akan digunakan  malah bakal diaplikasikan sepanjang projek iaitu "One For All, All For One". Semasa sesi taklimat juga para peserta telah diberikan beberapa barang amanah dan setiap peserta juga diberikan satu tag nama yang akan dipakai dan akan menjadi nama ganti mereka sepanjang program. Jam tangan, telefon bimbit dan sebarang alat elektronik juga turut diambil dan disimpan di mana penggunaan sebarang alat elektronik adalah di larang sepanjang program berjalan.
Selesai taklimat program, para peserta bergerak ke tapak perkhemahan untuk menyediakan khemah yang akan menjadi tempat tinggal mereka selama 3 hari berada di dalam kem ini, maka bermulalah kisah suka duka, pahit manis peserta-peserta In-Team SMK Sg. Lembing. Selepas solat Isya' secara berjemaah, sesi "Tak Kenal Maka Tak Cinta" dimulakan dimana setiap fasilitator di perkenalkan kepada para peserta. Selepas pengenalan para fasilitator, sesi seterusnya "Mulanya di Sini", dimana penghulu dan penghuluwati dilantik dan para peserta di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Selepas itu mereka di minta untuk membina bendera pasukan dan sorakan bagi kumpulan mereka.
Malam yang ceria bagi peserta tidak berpanjangan pada hari itu, apabila para peserta didapati tidak menepati kod etika yang diberikan ketika taklimat. Para peserta di arahkan untuk pergi ke tapak dimana mereka dikumpulkan untuk di berikan denda dan peringatan. Di sini mereka di ingatkan sekali lagi betapa pentingnya konsep "One for All, All for One "dan kod etika yang harus mereka patuhi sepanjang kem.
Hari kedua mereka dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah dan diteruskan dengan aktiviti suai fizikal di sekitar tapak kem. Selepas sarapan pagi, slot sterusnya, "Light Camera Action" dimulakan. Di dalam slot ini, bendera-bendera dan sorakan setiap kumpulan di bentangkan kepada semua. Selepas membentangkan bendera kumpulan, para peserta dihidangkan dengan slot yang seterusnya, slot "D.I.C.E.". Di dalam slot ini para peserta akan didedahkan dengan kemahiran membuat keputusan menggunakan teknik "D.I.C.E" iaitu determine, identify, choose dan evaluate. Selepas itu, para peserta akan membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan di akhir sesi.
Slot "Last Man Standing" mengiringi selepas slot "D.I.C.E.". Slot ini merupakan ruang buat peserta untuk menilai tahap keupayaan untuk mengawal diri dan emosi ketika berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan memahami jenis audiens. Tamat slot "Last Man Standing", para peserta berehat sebentar untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Selesai solat Zohor, para peserta di hidangkan dengan slot "S.W.O.T. Analysis". Para peserta di dedahkan dengan kepentingan pengurusan bersandarkan keutamaan dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam organisasi untuk menjana kepimpinan yang efisien dan efektif. Selepas masa yang panjang berada di dalam dewan, akhirnya slot aktivit fizikal, slot "The Burj" bermula selepas solat Asar. Slot ini merupakan slot di mana setiap kumpulan peserta akan bersaing untuk mendirikan sebuah struktur 'menara' yang seimbang dengan menyambung batang-batang paip pvc yang dibekalkan. Diakhir slot ini, kumpulan lelaki berjaya menaikkan setinggi 10 batang, dan kumpulan perempuan berjaya menaikkan sebanyak 7 batang. Pada sesi malam pula, slot "Who's Who" dimana beberapa peserta akan dipilih secara rawak untuk tampil kehadapan bagi membuat penilaian terhadap wajah pemimpin yang di letakkan dalam kotak yang disediakan.
Selepas slot tersebut, bermulalah masa untuk "Happy Hour" dimana para peserta bersama-sama fasilitator akan melakukan refreshment dan pelbagai bentuk permainan. Kemuncak slot pada program ini bermula apabila slot "Muhasabah Diri" yang menggunakan hard recall dimana para peserta tiba-tiba di arahkan secara tiba-tiba ke tapak berkumpul di tengah-tengah slot Happy Hour di jalankan.  Pada slot tersebut, segala kesalahan para peserta yang melanggar segala kod etika  telah diutarakan. Antara kesalahan yang diutarakan ialah kealpaan menjaga barang amanah dan tidak berpegang pada konsep 'One for All, All for One'. Matlamat slot ini adalah untuk membuatkan para peserta memahami sebenar-benarnya konsep "One for All, All for One" dan untuk membuangkan ego para peserta. Slot ini juga bertujuan untuk membuka mata para peserta akan pentingnya tanggungjawab yang digalas mereka dan tanggungjawab itu tidak boleh diambil secara sambil lewa.
Pada hari terakhir, tibalah untuk slot terakhir mereka iaitu slot "Hati ke Hati" dimana peserta dikehendaki memberi maklumbalas dan penilaian mereka terhadap perlaksanaan kursus secara keseluruhan dan slot "Resolusi" dimana pihak fasilitator menerangkan objektif setiap apa yang berlaku di dalam program ini. Selepas berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup, maka tamatlah Projek Kem Interaksi Pemimpin Muda SMK Sungai Lembing. Selepas sesi fotografi, para fasilitator menandatangani banner untuk diberikan kepada para peserta SMK Sungai Lembing sebagai tanda ingatan.

Kenangan Yuchuilang: Muzium <b>Sungai Lembing</b> Pahang

Posted: 13 Mar 2013 08:30 PM PDT


Selepas bersarapan, kami beralih ke Muzium Sungai Lembing untuk meneroka sejarah Sungai Lembing.

Muzium Sungai Lembing adalah bawah pentadbiran Muzium Negara. Penubuhan Muzium Sungai Lembing bermisi untuk menyebarkan sejarah lombong bawah tanah di Sungai Lembing.


Muzium Sungai Lembing terletak di lereng bukit yang tidak jauh dari pekan Sungai Lembing. Anda boleh berjalan kaki dari pekan Sungai Lembing ke Muzium.

Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), sebuah syarikat lombong yang diuruskan oleh orang British dari 1906 hingga 1986. Syarikat tersebut memiliki lombong bawah tanah yang terbesar dan terdalam di dunia.


Menjejak ke dalam Muzium seperti kembali ke Sungai Lembing pada zaman dulu.

Gambar ini merupakan pintu masuk ke lombong bawah tanah. Benda yang terdapat di luar pintu itu gerabak memikul bijih timah.


Mendulang ialah cara perlombongan bijih timah yang paling lama. Biasanya, kaum wanita yang terlibat dalam pekerjaan mendulang.

Menurut maklumat terpapar di papan kenyataan muzium, kerajaan hanya mengeluarkan lesen kepada kaum wanita menjalankan mendulang.

Selain mendulang, cara melombong bijih timah termasuk pam kelikir, kapal korek, lombong dedah dan lombong bawah tanah.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved