ads

Ahad, 3 Mac 2013

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Laman Basikal: Kayuhan <b>Sungai Lembing</b> 2013 (688) masih jauh

Posted: 20 Feb 2013 07:22 PM PST

26hb. Januari 2013 (Sabtu) 4.34 petang. Perjalanan masih jauh. kaki dan mula sakit-sakit. Dalam hati ada juga terlintas "kenapa la aku ni bodoh sangat nak buat kerja ngayuh basikal macam ni. Kalau duduk aje diruma kan ke sedap. kenapa la aku buat kerja macam ni/ Kenapa la aku buat kerja macam ni?"
Biasanya macam tu lah. Sebulan lepas ni dah mula merancang nak kayuh sekali lagi ke Sungai Lembing. Kadang-kadang tak sampai sebulan, minggu depah dah nak buat kayuhan bodoh lagi sekali.
Sebab itu kita kena ada fokus dan tujuan yang jelas. kalau kita mengayuh dan fokus kepada nak sampai cepat (siapa samapi cepat) itulah yang kita dapat. Kalau fokus kita nak menikmati kayuhan tersebut, kita akan menikmati setiap kayuhan dan setiap sakit yang kita kena tanggung.
Kalau ada orang-orang baru atau lama yang berminat nak kayuh ke Sungai Lembing, boleh la hubungi kami. kami kayuh perlahan aja. kalau nak kayuh laju-laju 'menciput' kena ikut kumpulan lain.
Kumpulan kami ni pantang junpa kedai dan benda pelik. terus aka singgah dan buat temuramah. Dalam perjalan ini kami berkesempatan melihat pokok Periuk Kera Sungai Lembing. Memang tak sangka dapat berjumpa dengan banyak pokok periku kera di tepi jalan.
 Periuk Kera 1. Periuk kera ni tumbuhan jenis karnivor dan hidup melata di sekitar Malaysia. Nama pokok periuk kera dalam bahasa sains adalah Nepenthes.
  Periuk Kera2. Periuk Kera ni biasanya tumbuh kat tanah berasid, tanah tak subur, tanah yang kurang nitrogen. Pokok Periuk Kera boleh memerangkap serangga dalam periuknya bagi membekalkan nitrogen yang diperlukannya.
  Periuk Kera3. Pokok Periuk kera ini bileh dibuat pembungkus lemang. Penyediaannya memerlukan kelongsong periuk kera betina yang berbentuk seperti mangkuk. Sudah tentu perlu dibersihkan sebelum dimasukkan pulut dan santan.
  Periuk Kera 4. Ada saintis Harvard telah melakukan kajian tentang bahan yang menyebabkan serangga dan semut tergelincir dalam periuk kera dan tidak lepas keluar.  Cara periuk kera yang unik dalam memerangkap mangsa dengan menggunakan bahan yang licin inilah yang perlu dikaji. Dari bahan ini boleh dihasilkan bahan anti-lekit.
  Periuk Kera 5. Periuk kera betina boleh dibuat lemang kerana berbentuk mangkuk, tembang, kecil dan mudah diuruskan berbanding periuk kera jantan yang agak lonjong, panjang dan lanjut.
kalau sesiapa nak cari kawasan periuk kera ini, kena cari tiang letrik yang bernombor KBAY C 35/1 16020.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved