ads

Khamis, 28 Mac 2013

06 di triang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di triang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 01:48 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 01:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2012 01:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Empangan Sg <b>Triang</b> RM1 Bilion Kian Jadi Realiti <b>...</b>

Posted: 27 May 2010 08:49 PM PDT

Kategori Sana Sini

Empangan Sg Triang RM1 Bilion Kian Jadi Realiti – MB N9

ehsan utusan onlineREMBAU 27 Mei – Penyelesaian terhadap keperluan bekalan air khususnya di kawasan ini dan bandar Seremban sudah pun melepasi proses debaran apabila terowong yang dikorek dari Kampung Jambatan, di sini ke Ngoi-Ngoi dekat Seremban 'dipertemukan' hari ini.

Detik bersejarah itu berlangsung di dalam terowong sejauh 12.5 kilometer itu apabila Projek Skim Bekalan Air Triang pakej pertama yang menelan belanja RM125 juta kini tidak tersasar sebaliknya berjaya dipertemukan bagi pemasangan paip saluran air ke loji rawatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merupakan satu pakej dalam Empangan Sungai Triang, di mana air yang diambil dari Sungai Triang itu akan disalurkan ke Empangan Terip untuk menghasilkan 100 juta gelen air sehari kepada penduduk terbabit.

"Hari ini adalah sejarah. Empangan Sungai Triang yang akan kita bina dengan kos hampir RM1 bilion itu akan membawa banyak faedah kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan air bersih.

"Kita buat terowong ini untuk penghantaran air melalui paip yang dibina ketika ini.

"Sungai Triang mengalirkan air ke sebelah timur, di mana ia memasuki Sungai Pahang. Sebab itulah terowong ini dibina supaya air boleh disalurkan secara graviti ke Kampung Ngoi-Ngoi dan diproses di loji berkenaan kelak," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di Dewan Sri Rembau di sini hari ini.

Mohamad yang mempunyai program berasingan di Rembau hari ini memberitahu, apabila loji Ngoi-Ngoi siap kelak ia boleh memproses air bersih untuk disalurkan kepada penduduk di sekitar Seremban, Nilai, Enstek dan Jelebu yang pesat membangun ketika ini.

"Loji Ngoi-Ngoi yang akan dibina dengan kos RM130 juta itu boleh menghasilkan air bersih kira-kira 50 juta gelen sehari.

"Ini merupakan penambahan bekalan air bersih yang sudah diproses di Empangan Sungai Terip ketika ini berjumlah 65 juta gelen sehari. Apabila dijumlah dengan 50 juta gelen sehari, ia berupaya menghasilkan 110 juta gelen air sehari sebaik siap pada 2012," kata Mohamad.

Katanya buat masa ini, keperluan air di kawasan Seremban, Nilai dan Enstek ialah 70 juta gelen sehari dan kalau didaftarkan pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan, tujuh peratus setiap tahun, ia akan berupaya menampung keperluan air sehingga tahun 2050.

"Projek ini berjalan mengikut jadual, melainkan di Kampung Peradong, sejauh 3.5 kilometer yang diubah jajaran paip dari kawasan penempatan ke laluan tepi sungai," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim yang ditemui di sini berkata, penyiapan pembinaan terowong itu merupakan satu daripada lima pakej yang perlu disiapkan dalam usaha melengkapkan projek berkenaan.

"Projek Skim Bekalan Air Triang ini terbahagi kepada lima pakej. Pakej pertama adalah pembinaan terowong ini yang dibina dari Kampung Jambatan ke Ngoi-Ngoi.

"Pakej kedua melibatkan pembinaan muka sauk dan stesen pam air mentah di Sungai Kenaboi dan Sungai Triang, manakala pakej ketiga dan keempat melibatkan pembinaan jajaran paip air mentah dan kelima pula pembinaan Empangan Sungai Triang.

"Maka hari ini kita berpeluang untuk menyaksikan detik bermakna menerusi proses penyambungan terowong ini yang bernilai RM125 juta ini dan dijangkakan siap hujung tahun ini," katanya. – Utusan Malaysia/MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 11:49 AM

Blog Felda: felda <b>triang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Dec 2012 12:00 AM PST

Sekarang dapat duit, dah habis duit esok?

'Durian runtuh' yang diumumkan YAB Perdana Menteri di Felda Jengka 8 hari ini sangat di alu-alukan.

Namun tidak memeranjatkan saya. Ia telah dimaklumkan 4 hari yang lalu kepada saya dan telah pun saya sebut dengan tepat dalam kenyataan media saya dan di ulang dalam ceramah-ceramah saya.

Meskipun jumlah 1.689 bilion yang diagihkan kepada 112,635 orang peneroka Felda adalah agak besar, tetapi tidaklah sampai 'peneroka tersandar dalam kejutan' seperti PM katakan sebelum ini di Felda Triang 3, Bera. Ia diberi dalam tiga fasa untuk Peneroka, Penerokawati dan Generasi Kedua.

Bonus Khas dua bulan setengah gaji untuk 23 ribu kakitangan Felda sesuatu yang tidak berbaloi dengan pengorbanan mereka lebih 25 tahun berkhidmat dengan Felda.

ANAK tidak pernah menolak sebarang pemberian atau insentif yang mahu diberikan kepada para peneroka. Tetapi biarlah kita berhujah secara matang. Kenapa baru sekarang setelah lebih 55 tahun Felda ditubuhkan?

Adakah ini sandiwara politik kerana bimbang akan senario perubahan sikap warga Felda kepada Barisan Nasional?

Siri-siri saman di Kemahang 3, Gugusan Serting, Gugusan Bera, Jengka, Maokil dan yang terkini di Gugusan Chini, kawasan Parlimen Pekan; tempat PM sendiri?

Gelombang kebangkitan anak-anak muda Felda dapat disaksikan melalui sokongan mereka bersama program-program ANAK dan ceramah Pakatan Rakyat. Saya yakin ini dalam makluman PM dan membimbangkan beliau. 54 Parlimen yang ada Felda adalah kubu terakhir BN.

Walau bagaimanapun, memandang kehadapan; adakah berbaloi gula-gula one off seperti ini? Berapa lama lagi BN nak bermain politik dengan taktik lama untuk mendodoikan rakyat agar terus menyokong mereka?

Atau; ini dilakukan untuk 'menutup mulut' peneroka agar jangan mempersoalkan keghairahan Kerajaan menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Malaysia?

Penipuan mereka melalui 7 buah Bank iaitu CIMB, BIMB, Maybank, OCBC, Am Islamic Bank, Muamalat dan Affin Bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FGVH sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, interest 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' adalah antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

125 peneroka Felda adalah sebahagian daripada ribuan lagi peneroka yang telah tertipu kerana menandatangani Borang Perjanjian Pinjaman yang mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak dapat membezakan antara 'durian runtuh' dengan pinjaman saham FGVH. Mereka memfailkan Injunksi di Mahkamah Tinggi Seremban semalam kerana teramat bimbang daripada risiko pinjaman yang boleh sahaja TERGADAI aset mereka.

Perdana Menteri beri jaminan tanah peneroka tidak akan tergadai. Adakah PM tidak membaca hampir 70 mukasurat dalam Borang Pinjaman FGVH yang secara jelas dinyatakan dengan terperinci nasib peneroka jika harga saham merudum dan segala risiko di tanggung Peneroka?

Adakah PM tidak mengambil iktibar nasib Felda Cahaya Baru, Felda Sg Buaya, Felda Labu Johnson dan Sendayan yang hilang tanah mereka dan hidup menderita seperti pepatah ' menang sorak kampung tergadai'?

Mana pergi pemimpin BN tatkala Amanah Saham Negeri-negeri gulung tikar hingga menyebabkan rakyat hilang harta dan diisytiharkan muflis kerana meminjam bank untuk melabur?

Amanah Saham Johor adalah bukti yang amat jelas. Adakah PM, Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh beri jaminan bertulis yang saham FGVH tidak rugi sepertimana nasib pelabur Amanah Saham Negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB, BERNAS dsbnya?

PM tidak perlu sebut ' haram jadah' yang di ulang dua kali dalam ucapannya tadi kalau dia rasional. Datuk Ahmad Maslan tidak perlu hentam dan cabar saya seperti diungkapkannya tadi. Kenapa terlalu marah hingga tega memaki hamun di hadapan khalayak ribuan warga Felda. Sebagai pemimpin biarlah ada wawasan.

Peneroka Felda sudah ada tanah dan rumah. Untuk survive, telah memadai. Daripada 1.6 juta warga Felda, 65 peratus adalah generasi kedua. Ini tempoh peralihan yang sangat kritikal untuk mereka.

Mana dia halatuju anak muda Felda?

Perumahan mereka, pendapatan yang lebih stabil atau mereka cuma penonton yang melihat para kroni pemimpin BN memunggah kekayaan setiap hari?

Fikir dulu mana rumah Generasi Ke 2 daripada beri peruntukan RM5 ribu baiki rumah untuk masyarakat lain.

Tidakkah kewujudan Techno Plant Sdn adalah untuk tembolok pemimpin Umno?

Sama juga wujudnya Felda Global Venture bagi tujuan memindahkan harta peneroka berbilion ringgit untuk digunakan UMNO/BN bagi PRU 13?

Saya cabar PM umum peruntukan RM1,689 bilion datang dari mana?

Berapa yang kroni bayar kepada Isa Samad, Sabri Ahmad, adik PM Nazir Razak(CIMB)para penasihat umpamanya Omar Ong(Ethos) dan lain-lain?

Mereka ini ibarat Sadeq Sigara dalam Filem 3 Abdul yang membuat untung dengan menipu peneroka… akhirnya peneroka dilelong dengan harga yang murah!

ANAK konsisten dengan perjuangan bagi kehidupan Generasi Kedua Felda. Para cendekiawan, intelektual dan umumnya anak-anak peneroka bersedia untuk menerajui perubahan di Felda. Seharusnya mereka di beri peluang merencana transformsi di Felda.

Kenapa Isa Samad dilantik PM sebagai Pengerusi Felda?
Mana perginya karisma puluhan ribu cerdik pandai anak-anak peneroka?
Tidak layakkah mereka jadi Pengerusi Felda dan memegang jawatan penting dalam Anak-anak Syarikat Felda?

Kenapa semuanya dibolot Isa Samad dan kroni-kroninya?

Seharusnya halatuju Felda diterajui oleh Anak Felda. Penambahbaikan Koperasi Felda, pengendalian kebun peneroka, aktiviti tanam semula, pembangunan infrastruktur, pengembangan Anak-anak Syarikat dll berilah kepercayaan dan amanah ini kepada mereka. Bukan diterajui oleh ' para lanun' yang tidak ada seinci tanah pun di Felda!

Pengumuman PM bukan suatu Transformasi. Sebenarnya beliau dan pemimpin BN lah 'jaguh kampung' yang tidak punya kreativiti strategik. ANAK dan Pakatan Rakyat menawarkan gagasan seperti Buku Jingga yang bersifat menyeluruh untuk tempoh yang panjang. Pengagihan Tanah Felda Plantation, penubuhan Universiti Felda, Kouta penguasaan Anak Peneroka dalam Anak-anak Syarikat Felda; hakikatnya inilah pemikiran global yang menjanjikan kehidupan lebih meyakinkan untuk Anak-anak peneroka Felda.

Bagi saya, pengumuman PM tidak lebih untuk mengekalkan kuasa politik BN di Felda semata-mata. Ia mungkin menyukakan peneroka tetapi amat mengecewakan anak muda Felda. Generasi ke 2 dan ke 3 akan terus termenung panjang memikirkan nasib mereka pada hari-hari mendatang yang kian suram…

MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved