ads

Isnin, 18 Mac 2013

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: <b>di negeri pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 09:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: <b>di negeri pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CD Lagu Dialek <b>Negeri Pahang</b> Sudah <b>Di</b> Pasaran | Miecyber&#39;s Blog <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 03:48 AM PST

CD Lagu Dialek Negeri Pahang Sudah Di Pasaran .

Dapatkan Yang Original

Segala pertanyaan dan tempahan boleh rujuk seperti di bawah

Kas Sayang Jerantet

Harga RM 21.00 

Tambahan Kos Pos Laju RM 6.00

Bayaran 

Maybank  162405008495

IHTIMAN @ IKHTIMAN BIN ISMAIL ( KOMPOSER)

019 974 0980

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... 468 ad

BLOG PAHANG: <b>di negeri pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 09:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cetusan Mukara: <b>Pahang</b> bakal bertukar kerajaan <b>negeri</b>?

Posted: 04 Feb 2013 01:53 AM PST

Pahang sebelum ini menjadi kubu kuat kepada pengaruh BN dan Umno khususnya. Tahap sokongan di negeri ini menyamai kekuatan Umno-BN di Johor dan Melaka. Namun ketika PRU 1999 dominasi pengaruh Umno telah berjaya digugat secara mengejut oleh Barisan Alternatif (BA) dengan memperolehi kemenangan di lapan dun daripada 38 dun keseluruhan di Pahang.
Pas memenangi enam dun, manakala Keadilan dan Dap masing-masing satu dun. Walaupun kemenangan BN di 21 dun bawah daripada majoriti dua ribu undi, namun secara keseluruhan Umno-BN masih menjadi pemerintah di Pahang dengan menguasai 78.9 peratus kerusi dun. Mereka kekal menguasai dua pertiga dun Pahang.
Seandainya kemenangan 21 dun tersebut berpihak kepada BA, mungkin berbeza kisah politik yang bakal tercetus di Pahang waktu itu. Kerusi minima yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri waktu itu adalah 20 kerusi. Manakala untuk mendapat majoriti dua pertiga sebanyak 25 kerusi diperlukan. Jika berlaku situasi 21+8 itu, BA bakal menang besar dengan menguasai lebih dua pertiga dun Pahang!

Setelah melihat gelora politik Reformasi 1998 mempengaruhi lebih 75 peratus pemilih Melayu seluruh negara termasuk Pahang, Mahathir Mohamad bersama pasukan strategis Umno-BN telah melakukan rombakan besar-besaran dengan mengubah sempadan dun dan parlimen melalui persempadanan semula pada tahun 2003. Inilah kaedah berkesan yang memenangkan BN sejak PRU 1974. Ia membantu BN memenangi kebanyakan kawasan pilihanraya dengan jumlah yang banyak. Terbukti di Pahang persempadanan tahun 2003 telah melonjakkan majoriti kemenangan selain daripada bantuan undi pos dalam PRU 2004.

Bertukar kerajaan negeri?
PRU 2008 telah menyaksikan PR mendapat dua kawasan parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota yang dimenangi melalui Keadilan. Peringkat dun pula, PR memenangi empat kerusi dengan Pas dan Dap mendapat dua kerusi daripada 42 dun keseluruhan. Calon bebas menang di dun Tanah Rata tetapi kemudiannya menyertai Gerakan.

Pahang adalah antara negeri yang berlaku arus perubahan politik pada PRU 1999 dan 2004. Adalah tidak mustahil kali ini dalam PRU-13 kejutan-kejutan politik bakal berlaku di negeri ini. Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah agensi kerajaan untuk BN telah meletakkan 12 dun sebagai kawasan hitam BN! Ia suatu pertambahan besar berbanding sebelum PRU 2008. Ini bermakna PR akan menambah bilangan kerusi dun yang bakal dimenangi pada PRU-13 ini.

Selain daripada dun Tras, Triang, Kuala Semantan, Beserah dan Tanah Rata, dun-dun yang dijangka bakal dimenangi oleh PR adalah Tahan, Damak, Teruntum, Tanjung Lumpur, Inderapura, Jengka dan Mentakab.

Dun-dun yang bersifat campuran dan majoriti pemilih Cina seperti Sabai, Ketari, Bilut, Lanchang, Jenderak, Lepar, Dong, Damak, Benta, Cheka dan Padang Tengku antara yang berpotensi besar untuk dimenangi oleh PR.

Jika kesemua 23 dun ini mampu dimenangi oleh PR, secara atas kertas sebuah kerajaan negeri PR telah berjaya ditubuhkan di Pahang. Sebanyak 22 kerusi dun diperlukan untuk membentuk majoriti mudah. Ini bukan sesuatu yang mustahil kerana kajian Kemas yang dijalankan pada penghujung 2012 menunjukkan 11 dun merupakan kawasan putih bagi BN, manakala 10 dun lagi adalah kawasan hitam BN dan 21 dun lagi adalah kawasan kelabu BN.

11 dun yang menjadi kawasan putih BN merupakan kawasan dun yang mempunyai pemilih Melayu melebihi 75 peratus dan berada dalam lingkungan luar bandar yang jauh daripada jaringan maklumat pantas. Kawasan-kawasan ini mempunyai pengaruh atau sokongan akar umbi Umno yang tegar, kurang atau tiada langsung cawangan organisasi komponen PR dan tiada gerakan aktif jentera PR di kawasan terbabit.

Dun-dun yang dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN tersebut adalah Jelai, Batu Talam, Bebar, Chini, Kuala Sentul, Chenor, Kerdau, Pelangai, Kemayan, Ibam dan Muadzam.

Situasi atas kertas ini memberi gambaran bahawa kedudukan BN untuk kekal di Pahang adalah 50-50. Malah kedudukan BN untuk merampas Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota daripada Keadilan dijangka sukar dan sengit. Kawasan parlimen yang mempunyai majoriti pemilih Cina dan campuran seperti Lipis, Jerantut, Temerloh, Kuala Krau, Raub, Cameron Highlands dan Bentong adalah berpotensi dimenangi oleh PR. Hanya parlimen Pekan, Rompin dan Maran merupakan kawasan selamat bagi BN!

Adakah itu memberi gambaran bahawa Najib Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang baru di Dewan Rakyat selepas PRU-13 ini?

Apakah negeri Pahang bakal menjadi antara negeri yang bertukar kerajaan negeri?

GAMIS <b>NEGERI PAHANG</b>: Mahasiswa protes Najib <b>di</b> Pekan sedikit <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2013 03:15 PM PST

Protes Aman dan Penyerahan Memorandum Kepada DS Najib Razak
KUALA LUMPUR: Sempena dengan kehadiran Perdana Menteri di Kuala Pahang, Pekan bagi melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), semalam seramai 60 orang aktivis mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Negeri Pahang berkumpul untuk menyatakan protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan menjadi keperluan mendesak bagi menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi Gamis Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar berkata, dalam protes tersebut, mahasiswa mendesak supaya Najib mengambil perhatian serius terhadap masalah bekalan air bersih di Negeri Pahang khususnya di sekitar parlimen beliau sendiri iaitu Pekan yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.
Katanya, reaksi penduduk sekitar Kuala Pahang terhadap Protes Aman Mahasiswa menggambarkan Parlimen Pekan bukannya kubu kuat Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, dalam sejarah PRU ke-10 pada 1999, Najib Razak yang ditentang oleh Ustaz Ramli Mohamed daripada PAS, Najib hanya menang tipis dengan majoriti 241 undi.
"Terbukti bahawa sepanjang protes aman berlangsung, ramai penduduk sekitar menunjukkan sokongan terhadap protes ini," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, mahasiswa turut menyatakan hasrat agar PRU akan datang dijalankan dengan adil, telus dan demokratik serta menuntut agar pihak kerajaan menghentikan budaya politik rasuah, politik perkauman, politik janji, politik samseng, politik ugut dan politik fitnah yang semakin subur di negara kita pada hari ini.
Selain daripada itu, ujarnya mahasiswa turut menuntut capaian media yang adil, telus & saksama semasa tempoh berkempen dijalankan.
"Menariknya, protes aman itu turut mendapat respons positif daripada pegawai-pegawai kerajaan yang melalui jalan tersebut," ujarnya.
Tambahnya, terbukti mereka yang hadir hanya kerana arahan dan kerahan tetapi mereka sedar akan kepincangan negara yang berlaku di bawah pemerintahan Najib.
Walau bagaimanapun, jelasnya kekecohan dan ketegangan protes aman berlaku apabila sekumpulan 'ahli Umno tegar' hadir dan cuba menghalau aktivis mahasiswa yang sedang berhimpun.
Menurutnya, mereka terus menerus mengatakan bahawa anak muda pada hari ini tidak bersyukur dan tidak berterima kasih pada kerajaan yang memberi banyak kemudahan kepada pelajar.
"Apabila ditanya tentang masalah air di sekitar Pekan yang telah berlaku sekian lama, mereka mengakui dan mereka mengatakan masalah tersebut perlu berbincang dengan penghulu kampung," katanya.
Katanya lagi, kekecohan selamat 10 minit ditenteramkan oleh beberapa anggota polis.
Selepas rundingan dibuat dengan pihak polis, ujar beliau mahasiswa bersetuju untuk menghentikan protes aman dengan mengambil pertimbangan faktor keselamatan yang tidak selamat walaupun di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri.
Baginya, PRU13 adalah landasan terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menghentikan kezaliman Kerajaan BN yang tercatat secara fakta dan sejarah, selama 56 tahun BN memerintah Malaysia, terlalu banyak kes-kes penipuan pimpinan tertinggi negara, kronisme, nepotisme, menyekat hak royalti, menggadai hak orang melayu, meruntuhkan insitusi sultan dan sebagainya.
"Gamis akan menggerakkan seluruh jentera di seluruh negara untuk memastikan hasrat dan impian untuk menamatkan pemerintahan BN dalam PRU13 tercapai," ujarnya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17130-walaupun-kecoh-mahasiswa-bantah-najib-di-pekan

Mahu bina 15000 unit rumah dalam tempoh 5 tahun - Khabar <b>Pahang</b>

Posted: 07 Mar 2013 09:49 AM PST

… hingga kini, lebih 60 lokasi di seluruh Pahang dikenal pasti bagi pelaksanaannya, kata Menteri Besar yang menyingkap sedikit lagi kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.  
LEGA MEMBANTU... Kelegaan jelas terpancar pada wajah-wajah semua. Bagi Dato' Sri DiRaja Adnan, beliau lega kerana dapat memberi lalu membantu, manakala nelayan, mereka lega kerana dapat menerima lalu mengurangkan sedikit beban bulanan mereka. 
WISMA BELIA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Sebanyak 15,000 unit rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh lima (5) tahun ini (2013 – 2017), yang akan ditawarkan kepada pasangan suami-isteri atau keluarga berpendapatan bulanan RM5,000 ke bawah.
Setakat ini, kata Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan media sempena Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan pada pagi Khamis, 7 Mac di sini, lebih 60 lokasi telah dikenal pasti di seluruh negeri ini untuk pelaksanaan.
"Ini akan (turut) dimasukkan dalam manifesto (Barisan Nasional) negeri," katanya mendedahkan sedikit lagi kandungan pada Manifesto BN Negeri yang belum diumumkan secara rasmi, bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.
Pada persidangan media sempena Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 566 Orang Asli daerah Bentong pagi Isnin, 4 Mac di sini, beliau telah mendedahkan antara kandungan manfesto itu yang berkaitan usaha berterusan untuk memajukan masyarakat Orang Asli.

"Dalam manifesto Barisan Nasional Negeri Pahang, kita menjanjikan akan membuat lebih banyak lagi kita namakan Program Penyusunan Kampung termasuk di Cameron Highlands, di Bentong dan di lain-lain tempat.

MESRANYA PEMIMPIN KITA DENGAN NELAYAN KITA... Apakah agaknya yang dibualkan, hingga kelihatan begitu mesra antara kepimpinan negeri dan negara kita dengan para nelayan khususnya abang kita ini.

TAK TENTUKAN KATEGORI SESIAPA

"Dan pada ketika yang sama, kita menjanjikan proses pengwartaan lebih kurang 14,000 hektar tanah (sebagai tanah Otrang Asli) dan ada tanah-tanah tertentu kita (akan) berikan hak milik kepada individu," katanya pada pagi Isnin itu.

Ketika diminta mengulas lanjut tentang usaha Kerajaan Negeri hendak membina 15,000 unit rumah itu pula khususnya tentang siapa-siapakah yang layak untuk memohon, kata Dato' Sri DiRaja Adnan; "Kita tak tentukan kategori sesiapa".
"Kita tentukan untuk (membuka tawaran kepada) mereka yang berpendapatan bersama (suami-isteri/keluarga) RM5,000 (sebulan), kita akan beri peluang. Dan rumah ini pasti boleh dimiliki oleh ramai orang," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau memberi contoh apa yang dimaksudkannya mampu-milik, dengan merujuk kepada projek yang bakal dilaksanakan oleh pemaju pilihan Kerajaan Negeri di kawasan tanahtinggi Cameron Highlands yang sememangnya tinggi nilai hartanah termasuklah rumah dan apartment.
Rumah atau apartment di situ katanya, kebiasaannya bernilai antara RM450,000 dan RM500,000 seunit tetapi pemaju lantikan Kerajaan Negeri katanya, mampu menawarkannya pada harga RM120,000 seunit
DARIPADA RM200,000 JADI RM180,000, DAN TURUN LAGI KE RM120,000
Dan harga RM120,000 itu katanya, telah direndahkan daripada asal RM200,000 dengan diskaun 10 peratus kepada kakitangan Kerajaan, menjadikannya bernilai RM180,000 seunit.  
"… ada rombongan datang jumpa (saya dan) bagi tahu, tak mampu RM180,000. Saya tanya (mereka) berapa boleh beli? RM120,000 (jawab mereka. Maka) kita bincang balik dengan pihak pemaju (dan) pihak pemaju kata boleh (tawar dengan harga) RM120,000.
"Ini (di) Cameron ni. Orang lain jual RM450,000 – RM500,000, bentuk apartment juga (dengan) 'tiles' semua siap; dia (pemaju) kata boleh jual RM120,000 tapi syarat, letak syarat pula…
"Kalau biasa tujuh (7) tingkat, dia minta dibenarkan lapan (8) tingkat (bagi pembinaan bangunan apartment berkenaan). (Saya) tanya kenapa? (Jawab pemaju bahawa) tingkat yang lapan (8) itulah untungnya. Jadi kita benarkan," kata Dato' Sri DiRaja Adnan.
Dalam pada itu beliau mengingatkan orangramai khususnya bakal-bakal pembeli, agar memberikan kerjasama dengan akur kepada arahan bayaran ansuran bulanan bagi mereka yang membuat pinjaman bank untuk memiliki unit-unit rumah/apartment yang ditawarkan.
PERWIRA DI MEDAN JUANG... Kita hanya doakan yang terbaik buat perwira-perwira kita di Lahad Datu. Kepada lapan (8) yang gugur, pengorbanan mereka tetap dihargai yang tidak mungkin dapat digalang-gantikan dengan wang ringgit.
SAGUHATI PAHANG BUAT PERWIRA INSIDEN LAHAD DATU
Dato' Sri DiRaja Adnan turut ditanyakan tentang kemungkinan Kerajaan Negeri akan membuat sumbangan kepada waris-waris pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terkorban dalam peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang masih dalam usaha untuk menamatkannya ketika ini.
"Ada. Kita dah putuspun semalam. Kita akan buat sumbangan untuk pegawai dan anggota polis terkorban dan mereka yang juga cedera - cedera parah, cedera ringan. 'Quantum'nya kita akan tentukan kemudian.
"Tapi, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) atas tanda simpati Kerajaan Negeri, telah luluskan semalam (Rabu, 6 Mac)," kata Menteri Besar.

Yang turut hadir pada majlis pagi Khamis ini ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Wira Johari Baharum.
Seramai 967 nelayan daerah Kuantan menerima Elaun Sara Hidup bulanan bagi bulan Januari 2013, sebanyak RM200 yang di'top-up' lagi RM100 oleh Kerajaan Negeri pada majlis ini.
Elaun Sara Hidup ini diperkenalkan sejak 2008 bagi menampung bebanan nelayan akibat daripada kanaikan harga minyak tahun-tahun 2006/2007 lepas. Untuk rekod, terdapat 2,568 nelayan di negeri ini meliputi Persatuan-persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan ini sendiri (967 nelayan), Rompin (810 nelayan), Pekan (564 nelayan) dan Nenasi (227 nelayan). – Khabar  

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved