ads

Jumaat, 19 April 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Sah, Calon PKR Bertanding <b>Di</b> Parlimen <b>Bera</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 09:00 AM PDT

[Berita terkini yang diterima dari Parlimen Bera sebentar tadi melaporkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zakaria Abdul Hamid sah akan bertanding di situ pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Ia berikutan PAS pusat menolak rayuan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK). Dengar berita ini juga bermakna, tertutup sudah peluang PAS untuk kekal bertanding di kerusi panas itu kali ini. Pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, calon PAS Mazlan Aliman bertanding di situ menentang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dengan keputusan yang dibuat oleh PAS pusat ini maka kemungkinan besar seorang calon bebas "Pro Hijau" dijangka akan bertanding di situ. Jika benar ia terjadi, maka Parlimen P90 Bera akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada pilihanraya umum ini. Terdahulu, kumpulan terbabit memberi tempoh sehingga 18 April untuk membuat keputusan bertanding tiga penjuru. Itu pun jika calon PKR tersebut tidak menarik diri selepas pengumuman rasmi nama-nama calon Pakatan Rakyat Pahang di buat di Kerdau pada 17 April ini. Dengan perkembangan terbaru ini pasti ia akan memberi tamparan yang cukup besar kepada PKR, kerana mereka terpaksa berhadapan dengan calon lain selain dari BN. Tambahan pula mereka juga terpaksa menggerakkan jentera sendiri di Parlimen Bera, kerana PAS awal-awal lagi sudah berjanji akan menutup kesemua Unit Peti Undi (UPU) mereka di seluruh parlimen terbabit andainya calon PAS tidak bertanding di Parlimen Bera. Dengan keputusan ini juga, PAS Bera hanya bertanding di DUN Guai, sebaliknya PKR bertanding di Parlimen Bera dan DUN Kemayan. Manakala DUN Triang ditandingi oleh calon DAP. Soalnya apakah PKR mampu berhadapan BN tanpa sokongan jentera PAS?].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved