ads

Jumaat, 19 April 2013

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


1,872 Rumah Generasi Baru FELDA Bakal Dibina <b>Di Jengka</b> | Suara <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 04:46 PM PDT

Rumah baru Jengka

1,872 Rumah Generasi Baru FELDA Bakal Dibina Di Jengka

MARAN – Sebanyak 1,872 rumah akan dibina di sembilan tanah rancangan Felda dalam Wilayah Jengka di bawah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) tahun ini.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, projek itu bertujuan memberi peluang kepada generasi baharu Felda yang layak memiliki rumah bersesuaian dengan kemampuan.

Menurutnya, antara tanah rancangan terbabit ialah Felda Jengka 1, Jengka 2, Jengka 9, Jengka 11, Jengka 12, Felda Sungai Tekam, Felda Kota Gelanggi 2, Kota Gelanggi 3 dan Felda Sungai Retang.

"Daripada bilangan itu empat tanah rancangan iaitu Jengka 1, Jengka 2, Jengka 11 dan Kota Gelanggi 2 telah ditender dan akan memulakan projek pada awal Mei ini.

"Bagi tanah rancangan lain pelaksanaan projek berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga dapat disiapkan bagi memenuhi permintaan generasi baharu Felda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan PGBF di Felda Jengka 12 oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Wan Amizan Wan Abdul Razak.

Menurut Saari, komponen projek pembangunan itu ialah rumah teres setingkat yang dibina dalam bentuk Sistem Binaan Berindustri (IBS) atau lebih dikenali sebagai rumah pasang siap.

"Projek ini adalah tanggungjawab sosial Felda kepada warga peneroka yang dilaksanakan mengikut lokasi, kesesuaian tanah dan juga permintaan daripada penduduk setempat.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menteri bertanggungjawab terhadap agensi itu semasa sesi pembentangan Bajet 2013 telah mengumumkan sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun di tanah-tanah rancangan Felda," katanya.

Beliau menegaskan, tanah rancangan yang tidak termasuk dalam senarai awal pelaksanaan diharap bersabar kerana agensi itu komited untuk menunaikan janji tanpa ada sebarang unsur retorik. – UTUSAN

Artikel disiar pada April 15, 2013 - 7:46 am oleh Darlina Shasha

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved