ads

Khamis, 18 April 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Demo LoNie: Tiga penjuru <b>di Pekan</b>

Posted: 10 Apr 2013 06:00 PM PDT


Menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu, keyakinan tinggi juga disandarkan kepada kelemahan Umno dan BN ekoran pergolakan dalaman yang berlaku.
"Kita lihat Umno di Pekan juga bergerak agak perlahan dan peluang itu memberi kelebihan kepada PKR untuk merampas kerusi tersebut," katanya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Pekan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.
Fariz berkata, beliau berkeyakinan tinggi apabila melihatkan sokongan akar umbi dan kebangkitan rakyat termasuk Orang Asli untuk memastikan BN tewas.
"Berdasarkan rekod pada PRU ke-10, Najib nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ramai berpendapat kemenangan itu hasil 'peranan' undi pos malah kita juga akan mendedahkan pelbagai penyelewengan undi yang selama ini 'memihak' kepada Najib," katanya.
Ketua Koordinator Jingga 13 itu menyifatkan tanggungjawab yang digalasnya terlalu besar untuk memastikan kempen besar-besaran bagi mengalahkan Najib.
Bekas guru berasal dari Marang, Terengganu itu sebelum ini dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan.
Mengulas hasrat Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) meletakkan calon bertanding atas tiket bebas di kerusi itu, beliau berpendapat mereka berhak menyertai pilihan raya itu atas prinsip demokrasi.
"Kita percaya rakyat Pekan punya kematangan yang baik dan memilih sistem dua parti iaitu antara Pakatan lawan BN.
"GM13 diharap mengambil sikap lebih positif, matang dan profesional serta tampil bersama PR untuk tumpaskan Najib serta Umno kerana matlamat kita adalah sama," katanya.
Sebelum itu, Anwar berpendapat, pencalonan calon muda yang berani perlu untuk menghadapi serangan 'samseng' di kerusi tersebut.
Menurutnya, Fariz yang selama ini turut bergiat aktif sebagai aktivis menentang isu-isu penyelewengan dan rasuah dilihat individu yang paling layak untuk berdepan Najib.
Sementara itu, Ketua Cabang PKR Kuala Lipis, Zakaria Abdul Hamid, 48 berkata, walaupun pernah bertanding beberapa kali termasuk di Dun Bera (Kemayan) dalam PRU10 dan Dun Benta, PRU12 namun pencalonannya untuk kerusi parlimen kali pertama dihadapinya.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved