06 di raub - Google Blog Search |
Panas: Sah, Sakmongkol <b>Di</b> Umumkan Calon DAP <b>Raub</b> Posted: 01 Apr 2013 08:23 AM PDT [Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam ini telah mengumumkan Dato' Mohd Ariff Sabri atau lebih popular sebagai blogger Sakmongkol AK47 sebagai calon DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Raub pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Dato Ariff ialah bekas ADUN Pulau Manis, Pahang dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan. Dengan pengumuman ini ia melenyapkan spekulasi Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang awalnya dikatakan akan bertanding di situ. Apapun, pengumuman ini pasti mengejutkan kerana sebelum ini Sakmongkol menafikan akan bertanding pada PRU-13 dan ingin memperhambakan diri kepada perjuangan rakyat bersama parti DAP. Kini, ia jauh tersasar dari matlamat awal perjuangannya. Apapun, beruntunglah beliau kerana baru saja menyertai DAP dia sudah diangkat sebagai calon daripada orang lain yang telah sekian lama berjuang bersama parti itu. Pastinya, berita ini pasti merimaskan pemimpin UMNO BN di Pahang, malah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri sebenarnya. Ini kerana beliau begitu tahu banyak maklumat dan fail-fail sulit UMNO sejak sekian lama. Soalnya, apakah rakyat Raub akan memberi sokongan kepadanya kali ini. Apapun, Syabas serta tahniah PDO ucapkan kepada pemimpin itu. Selamat berjuang Sakmongkol!]. |
You are subscribed to email updates from di raub - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan