ads

Isnin, 8 April 2013

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


airikamalek: Percutian <b>di</b> Lanjut Beach Resort, <b>Rompin</b>

Posted: 12 Feb 2013 06:41 PM PST


Bercuti lagi... kali ini ke Pantai Timur pula sebab tak pernah ada perjalanan bersama keluarga ke sana. Tiga kenderaan bersama abang Hakim dan abang Bullah. Tempatnya memang menarik, ala-ala suasa kampung pula berada di dalam chalet. Tiba di sana hujan turun dengan lebat tapi itu tak mematikan mood untuk menikmati percutian. Hujan lebat dianggap sebagai satu pengalaman baru apabila kanak-kanak terus bermandi hujan di laman chalet dan berlarian menuju ke kolan renang. Laut penuh gelora, tidak mesra untuk disapa pengunjung. Angkuh deburan ombaknya, mengganas menggulung pepasir pantai....

Suasana persekitaran mendamaikan, nyaman dan tenang. Kebetulannya pengunjung tidak ramai maka resort ini hanya dimeriahkan dengan gelak tawa anak-anak kami semua. Waktu malam, anginnya bertiup kencang... sejuk dan menyegarkan. Perancangan dibuat untuk menimati bayu malam di tepi pantai, sambil itu unggun api dinyalakan. Lebih meriah, apa letupan bunga api berwarna-warni... anak-anak kami riang menikmatinya. Rupanya ada keluarga Cina yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina di sini.
Kami menikmati kemudahan yang ada, anak-anak berlarian bermain pasir dan kolam renang. Aku bersama Mr.Hubby, abang Hakim dan abang Bullah bermain bola tampar dengan disertai Didi, Afik dan Hosri. Meriah sungguh... dan kemudiannya mereka bermain bola sepak pantai, tentunya aku tidak turut serta.  
Apa yang paling menyeronokkan adalah kebersamaan menikmati masa santai... mengeratkan hubungan dan berkongsi suasana yang ada.... Lain kali nak bercuti lagiii...




























...dan kemudian dalam perjalanan pulang singgah berpiknik di Ulu Bendul, Kuala Pilah...



0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved