ads

Khamis, 25 April 2013

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


AZFALIZA: lawatan tapak <b>di Temerloh</b>

Posted: 16 Apr 2013 09:16 PM PDT

entry lepas ada aku bagitau yang aku dah jumpa tapak sesuai untuk dibuat kandang area Temerloh...member aku, Azlizam kata tu tanah pak mentua dia tapi mmg tak diusahakan dan terbiar camtu je...jadi pak mentua dia bagi kebenaran gunakan tanah tu...
apa-apapun, kena ada black & white...takleh main cakap mulut je...selain melibatkan kepercayaan, takut jugak apa-apa yang akan terjadi di kemudian hari...aku dan Azlizam dah buat agreement melalui company secretary dan daftarkan perniagaan ni secara sah...
pagi Sabtu tu aku angkut semua ke Temerloh kecuali Encik Kito sbb dia kena ke opis...kesian anak-anak aku terpaksa bangun pepagi buta di hari cuti...mujur takde yang buat perangai termasuklah hero kecik...
janji dengan Azlizam berjumpa selepas tol Temerloh...kemudian kami pegi sarapan dulu di salah sebuah warung tepi jalan...pastu baru ke rumah pak mentua Azlizam...
lepas berkenalan dengan pak mentua dan mak mentua Azlizam, barulah kami ke tapak lokasi...belakang rumah je rupanya...tapi kawasan mmg luas...
sebelum tu kami ke kandang kambing pak mentua Azlizam dulu...kambing-kambing dalam kandang tu dia tak jual...saje nak buat binatang peliharaan memandangkan kambing-kambing tu semua jinak...
kambing tu nampak je aku, terus terkulai layu tengkuknya...melintang lintuk dah macam kucing nak bermanja pulak aksinya...tapi seram gak aku kang dia gesel-gesel kat badan aku...saiz plak besar anak lembu hahahaha

MEMANG SEBESAR ANAK LEMBU!

pastu baru kami lawat tapak...berbincang apa yang patut dibuat kat situ, mana nak letak kandang, kawasan yang perlu dipagar, saliran paip dan longkang, dan apa-apa je la yang berkaitan...aku mintak tolong Azlizam buatkan kertas kerja untuk pengiraan kos yang akan dikeluarkan nanti...



AZLIZAM DAN PAK MENTUANYA

dah berpuas hati dengan tapak, kami mintak izin untuk undur diri...patutnya kami singgah kandang Azlizam kejap nak tengok ladang ternakan dia tapi disebabkan dia kena bergegas ke Kuantan pulak atas urusan keluarga, tak jadi la singgah...sibuk, sibuk jugak...tapi family tetap nombor 1...itu yang aku nampak kat Azlizam ni...insyaallah satu hari nanti nak kenal jugak dengan wife dia...
kemudian kami ke bandar Temerloh...singgah The Store pusing-pusing dalam tu kejap tak beli apa pun...dulu pegi bandar Temerloh pun masa tengah belajar kat UiTM Jengka...dah berbelas tahun tak ke sana mmg tak ingat langsung perubahan yang berlaku...
ajak anak-anak ke Pizza Hut sbb aku tak nampak pun restoran kat area situ (ke aku yang tak perasan)...tak pasal mak mentua aku makan chicken wings je sbb dia mmg tak makan pizza...


alhamdulillah, syarikat dah didaftarkan dengan SSM...

wakakakakakaka......

p/s : cari idea nak design signboard plak...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved