ads

Ahad, 28 April 2013

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


BN gagal tunai janji wujudkan MRSM <b>di Temerloh</b> - Harakahdaily

Posted: 25 Apr 2013 03:43 PM PDT

TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasrudin Hassan yang bertanding di Parlimen P.088 Temerloh, bertekad menjadikan daerah bersejarah ini sebagai pangkalan ilmu dan berkebajikan jika diberi mandat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, hasrat tersebut muncul setelah turun menyelami hati budi rakyat di daerah kedua terbesar di negeri Pahang ini apa lagi setelah mendengar kegagalan BN menunaikan janji pada PRU lepas untuk membawakan sebuah universiti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Tetapi setelah meninjau, saya dapati kebajikan kepada rakyat yang amat perlu diletakkan keutamaan ialah pendidikan percuma semua peringkat, bersesuaian dengan tawaran yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) Pusat dan PR negeri Pahang.

"Seandainya diberi mandat saya akan usaha dan ikhtiarkan semua itu dapat dilaksanakan kerana tidak patut sekadar dilabelkan Temerloh Bandar Ikan Patin, tetapi lebih realistik Temerloh Bandar Ilmu dan Berkebajikan.

"Saya lihat Temerloh ini unik kerana ada pusat pengajian Islam tradisional, Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Malangnya menderita kerana dinafikan bantuan perkapita," katanya dalam sidang media di bilik operasi P.088 semalam.

Tambah Nasruddin, beliau percaya bantuan yang cukup akan memartabatkan pusat pendidikan. Selain daripada itu, beliau menawarkan sebuah Maahad Tahfiz Sains jika PR mendapat mandat membetuk kerajaan.

Begitu juga dengan tuisyen percuma untuk peringkat rendah dan menengah sebagai bantuan supaya dapat peluang pendidikan terbaik menjadikan pelajar di sini setanding dengan pelajar-pelajar di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

"Buku jalanan, idea yang baik beri idea kepada saya wujudkan perpustakaan mobile, penambahan ilmu secara percuma untuk rakyat teramai," katanya.

Dalam sidang media yang sama Nasruddin turut membantah penggunaan balai raya sebagai premis pilihan raya oleh BN.

Katanya, bangunan tersebut adalah premis awam yang tidak sepatutnya digunakan dan yang dapat dikesan setakat ini ialah Kampung Bangau dan Kampung Paya Keladan.

"Pihak PAS telahpun kemukakan bantahan kepada pemantau  SPR, polis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ini salah guna kuasa dan bertentangan demokrasi.

"Sepatutnya bertandinglah secara sihat dan matang, hormati etika demokrasi. Sepatutnya di padang sama rata jangan guna padang awam dan jentera kerajaan," katanya.

Menjawab satu pertanyaaan, Nasruddin berkata hasratnya ingin melihat 40 peratus calon daripada golongan muda pada PRU kali ini, tercapai.

Katanya, itu penting bagi menghormati lebih 50 peratus pengundi muda seluruh negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved