ads

Khamis, 23 Mei 2013

06 di mentakab - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di mentakab - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mentakab</b> - Google Blog Search

Posted: 21 May 2013 03:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DAP yakin sumbang Raub ke Putrajaya, <b>Mentakab</b> ke <b>...</b> - Roket Kini

Posted: 09 Apr 2013 02:56 AM PDT

BENTONG, 9 APR: DAP Negeri Pahang yakin Pakatan Rakyat (PR) akan memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu yang turut ditandingi PAS dan PKR.

Ini termasuk Parlimen Raub dan DUN Mentakab yang menjadi perbualan hangat apabila dua calon Melayu mewakili DAP untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.

Setiausaha DAP Negeri Pahang, Choong Siew Onn berkata, tidak timbul sebarang kekeliruan akibat pertukaran kawasan membabitkan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang bertanding di DUN Mentakab dan Datuk Mohd Ariff Sabri di Parlimen Raub.

"Kami sebulat suara bersetuju dengan keputusan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan memberi sokongan penuh kepada calon Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri.

"Kami telah mengambil perhatian dan makluman atas semua pandangan membabitkan pertukaran Tengku Zulpuri ke Mentakab dan kini seluruh cawangan dan bilik gerakan DAP di seluruh negeri sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Tengku Zulpuri Shah pula, keputusan parti meletakkan beliau sebagai calon DUN Mentakab sudah dikaji dengan teliti dan beliau tidak mempunyai sebarang masalah bertanding di kawasan itu.

"Saya menerima sambutan baik di Mentakab. Kami akan berusaha memenangkan kedua-dua kawasan iaitu Raub dan Mentakab serta semua kawasan yang PR tandingi. Tidak ada sebarang masalah yang timbul," jelas beliau.

Pada PRU 2008 lalu, Parlimen Raub dimenangi Datuk Seri Ng Yen Yen mewakili MCA dengan majoriti 2,752 undi menewaskan Penasihat DAP Pahang, Abu Bakar Lebai Sudin yang mendapat 15,328 undi.

Bagi DUN Mentakab pula, calon MCA, Chuah Boon Seong menewaskan calon DAP, Ng Kwi Ling dan calon bebas Mohd Hokri Mahmood dengan majoriti 6,321 undi.

Pada PRU-13 nanti bakal menyaksikan persaingan sengit di Pahang kerana banyak isu membabitkan ancaman bahan kimia dan radioaktif ke atas rakyat negeri itu tidak dapat diselesaikan kerajaan BN.

Tengku Zulpuri dalam temubal bersama Roketkini.com sebelum ini berkata, rakyat Pahang semakin mesra dengan DAP terutamanya bagi masyarakat Melayu termasuk kakitangan kerajaan.

Ini kerana usaha keras DAP memerangi persepsi negatif masyarakat itu terhadap parti selain rekod pentadbiran negeri yang diperintah PR yang membanggakan. – Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved