ads

Isnin, 6 Mei 2013

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search


Berita Pahang: <b>Tanjung Lumpur</b>, Dari Perkampungan Nelayan <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 12:00 AM PDT

You Are Here: Home - Berita Negeri - Tanjung Lumpur, Dari Perkampungan Nelayan Bakal Jadi Bandar Baru

KUANTAN - Tanjung Lumpur yang dahulunya sebuah perkampungan nelayan yang tenang kini pesat membangun dengan pelbagai kegiatan selepas siapnya jambatan menghubungkan kawasan itu dan Bandar Kuantan pada 1996.

Hari ini, Tanjung Lumpur kini lebih dikenali sebagai destinasi medan ikan bakar yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar.

Dipisahkan Sungai Kuantan, Tanjung Lumpur kini membangun selari dengan kepesatan pembangunan Bandar Kuantan apabila pelbagai projek perumahan, bangunan-bangunan kedai dan premis kerajaan dan swasta tumbuh bagaikan cendawan, sekaligus merancakkan kegiatan sosio-ekonomi di kawasan berkenaan.

Pemangku Ketua Kampung Tanjung Lumpur Baharuddin Sulong berkata Tanjung Lumpur bukan lagi sekadar perkampungan nelayan sepertimana mula dibuka dipercayai pada awal 1920an.

"Kemajuan dari segi pembangunan amat jelas, banyak bangunan-bangunan kedai dibina, Kompleks Yayasan Pahang, pasar raya, Pusat Ekuestrian, taman-taman perumahan dan sebagainya, sekaligus merancakkan kegiatan ekonomi penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata selain projek-projek pembangunan komersil, kerajaan juga tidak mengabaikan projek-projek menambah baik infrastruktur seperti meningkatkan taraf jalan raya kawasan itu yang menghubungkan Kuantan dan Pekan, selain menambah baik masjid selaras dengan pertumbuhan penduduk di kawasan itu.

"Kegiatan ekonomi juga rancak terutama bagi pengusaha-pengusaha restoran. Tanjung Lumpur memang dikenali sebagai destinasi ikan bakar dan aktiviti ekonomi hiliran berasaskan produk laut juga semakin subur," katanya.

Beliau berkata sekiranya sebelum ini, majoriti penduduk kawasan itu bekerja sebagai nelayan, namun kini menerusi kemudahan yang ada, selain bekerja di sektor swasta, penduduk setempat juga melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

"Bagi nelayan pula, kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka, malah mereka diberikan pelbagai bantuan seperti pemberian enjin-enjin bot baharu selain menambah baik dan membina jeti-jeti nelayan yang baharu telah dibuat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga melancarkan program bantuan untuk nelayan 'Ihsan Samudera' di Kampung Tanjung Lumpur pada Januari 2012 yang ternyata memberi manfaat besar kepada lebih 200 nelayan di kawasan itu.

Para nelayan di kawasan berkenaan juga telah menerima bantuan bot, pukat, bubu, jaket keselamatan dan Sistem Kedudukan Global (GPS) manakala anak-anak mereka pula menerima bantuan pakaian sekolah, bantuan makanan sekolah dan basikal.

"Dahulu, sebelum siapnya jambatan menghubungkan Tanjung Lumpur dan Bandar Kuantan, penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan bot-bot penambang untuk menyeberangi Sungai Kuantan dengan tambang 10 sen hingga 50 sen sehala.

"Namun kini semuanya berubah, jambatan yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) telah banyak membawa perubahan yang amat ketara, inilah bukti program transformasi, yang sebenarnya dilaksanakan sejak dari dulu lagi, bukan hanya di era kepimpinan Perdana Menteri kini sahaja," katanya.

Seorang penduduk, Dihaizad Mohd Din, 40, berkata, selain pembangunan dari sudut ekonomi, pertambahan penempatan baharu juga dilihat semakin mendapat tempat di Tanjung Lumpur.

"Kalau dulu penempatan dilihat agak kurang tersusun, dengan penyusunan semula penempatan baharu yang dilakukan atas usaha kerajaan itu menampakkan seolah-olah kawasan ini akan menjadi kawasan bandar baharu buat penduduk," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved