ads

Rabu, 22 Mei 2013

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


~my life~: semoga ia subur bertunas mekar <b>dinegeri Pahang</b> Darul <b>...</b>

Posted: 16 May 2013 08:41 PM PDT


Bismilahirrahnirrahim...
biarpun PR rakyat kalah dalam PRU lepas, sebenarnya pas sudah menang besar dalam erti memperjuangkan Islam.. telah mula membuka sayap di negeri pahang dan johor, tempat yang dikatakan kubu kuat BN.. dan ramai tokoh ulama muda lahir yang pastinya hebat berdebat di parlimen..  ustaz nik mohd anduh anak kepada tok guru, ketua dewan pemuda PAS malaysia, Nasruddin hassan tantawi...

nasruddin menang kerusi parlimen melawan tokoh hebat  dan berkarektor UMNO, dato' saifudin..

aku ikuti perkembangan ahli PAS yang menang di pahang, terkadang membaca komen2 di FB mereka...  terkadang menitis juga air mata apabila membaca komen komen yang begitu menyentuh perasaan..

alhamdulillah, akhirnya di negeri aku lahir ini, dapatlah aku lihat wakil rakyat sendiri yang memberi khutbah jumaat, mengimamkan solat maghrib dan isyak, memberi ceramah agama, menyembahyangkan jenazah orang kampung... bukankah  pemimpin begini yang kita cari??

aku harap dalam masa 5 tahun ni orang pahang terutamanya masyarakat felda dan orang kampung akan terbuka hati untuk menerima PAS.. mereka sebenarnya tertutup  oleh fitnah yang memburukkan PAS oleh akhbar akhbar yang pro kerajaan..

isu HUDUD yang mereka tidak tahu yang telah wujud deklarasi dengan DAP yang membenarkan PAS melaksanakannya andai PR menang, mereka juga tidak tahu kenapa sampai ke hari ini mengapa PAS kelantan tidak melaksanakan HUDUD..yang mana tidak di benarkan oleh kerajaan pusat kerana terbatas oleh perlembagaan sejak 20 tahun yang lalu lagi..

isu kalimah ALLAH yang sebenarnya merekalah yang mempermainkan..merekalah yang memegang kuasa samada ia boleh di gunakan atau tidak, mereka juga yang ada hak untuk membenarkan BIBLE dalam bahasa melayu masuk ke dalam Malaysia seperti yang ada hari ini.. yang keluar dalam media mereka me mutarbelitkan kenyataan tok guru dan tidak mengeluarkan langsung kenyataan majlis syura PAS mengenai isu kalimah ALLAH...

Alhamdulillah nasib baik dengan adanya internet orang muda mendapat informasi yang tepat. untuk rakyat kelantan lagi tiada masalah, kuliah jumaat setiap minggu di kota bharu bersama pemimpin besar kelantan yang di hadiri ribuan rakyat kelantan sudah cukup untuk menjelaskan kepada rakyat tentang semua kontroversi yang keluar dalam akhbar.. itu sebab orang kelantan kurang terpengaruh dengan semua propaganda yang ada..

jom kita tengok sikit gambar aktiviti wakil rakyat PAS di pahang ek...






 ini di dun Tanjung Lumpur... ustaz li..
 ujian untuk ustaz li beberapa hari selepas kemenangan hampir 20 biji buah rumah dikawasannya di landa ribut, yang mana pemimpin BN di pahang sudah memberitahu awal awal lagi tidak akan bagi apa apa bantuan di kawasan PR menang.. dia nak tengok PR boleh handle ke tak... kamu jawablah di akhirat kelak.. itu semua duit rakyat, bukan duit kamu...


Alhadulillah dengan bantuan wang dan tenaga ahli jemaah berjaya juga dibaiki semua rumah..

sesungguhnya untuk pemimpin di atas ni menang, perjuangan mereka ini telah lama dari dulu, penuh dengan airmata, kekalahan adalah perkara biasa, airmata juga perkara biasa, keluar masuk lokap juga perkara biasa.. di pukul polis juga perkara biasa..

da menang pun lagi  besar amanah dan tanggugjawab mereka pegang...

p/s ---- insyaAllah,aku da berbincang dengan suami dan bersetuju untuk pulang bekerja di negeri pahang selepas habis aku HO nanti.. 2 tahun lagi.. niat kami nak bantu usaha memperjuangkan PAS di negeri pahang...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved