ads

Jumaat, 14 Jun 2013

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Ramai Keliru Kenapa DAP Tak Lawan Kes <b>Di Bentong</b>

Posted: 11 Jun 2013 09:11 AM PDT

Ramai penyokong Pakatan Rakyat menghubungi PDO bagi melahirkan rasa kecewa mereka kerana Parti Demokratik Rakyat (DAP) tidak menfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen P089 Bentong seperti yang diumumkan sebelum ini. Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam memaklumkan Pakatan Rakyat akan menfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara, dimana dua kerusi saja akan difailkan oleh DAP iaitu kerusi parlimen P78 Cameron Highlands dan P142 Labis. Persoalannya kepada DAP tidak menfailkan kerusi parlimen P089 Bentong seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Kerusi tersebut dimenangi oleh Datuk Liow Tiong Lai (BN) yang menewaskan calon DAP (Wong Tack) dengan majoriti hanya 379 undi sahaja. Ramai yang mendakwa sebelum ini ada berlaku "Blackout" di pusat penjumlahan undi, dimana awalnya Wong Tack dikatakan menang. Namun anehnya, kenapa DAP tidak menfailkan petisyen kerusi tersebut?. Jika ini keadaannya, maka benarlah dakwaan penyokong BN bahawa isu "Blackout" di Bentong seperti disebarkan dalam laman sembang sosial Facebook pada malam itu (5 Mei) hanyalah fitnah semata-mata. Apa yang lebih memusykilkan DAP menfailkan pula petisyen bagi kerusi parlimen P089 Bentong yang mana majoriti kemenangan BN lebih tinggi dari Bentong iaitu 462 undi. Maknanya, Bentong lebih sikit jumlah majoriti dari Cameron Highlands. Apapun, DAP mungkin mempunyai alasan untuk berbuat demikian agaknya. Atau, memang tiada "Blackout" di Bentong sebenarnya. PDO

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved