ads

Selasa, 25 Jun 2013

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Pejabat MCA Negeri Pahang <b>Di Bentong</b> Cuba Di Bakar

Posted: 21 Jun 2013 08:00 PM PDT

BENTONG – Pejabat MCA Negeri di Jalan Tan Sri Chan Siang Sun, dekat sini, menjadi mangsa khianat berikutan penemuan satu bekas plastik terbakar yang mengandungi sumbu kain berisi minyak dipercayai petrol, pagi semalam. Perkara itu mengejutkan semua pihak kerana kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di daerah ini. Setiausaha Kerja MCA Negeri, Gan Hong Wui berkata, ketika bersiap untuk ke pejabat kira-kira jam 7.40 pagi, beliau menerima panggilan telefon daripada tukang sapu mengatakan bahagian hadapan pintu pejabat terbakar. Menurutnya, beliau bergegas ke pejabat dan sampai kira-kira jam 7.50 pagi serta mendapati terdapat kesan terbakar di pintu besar bahagian hadapan. "Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat penemuan botol plastik dipercayai mengandungi minyak petrol dan sumbu kain. Saya sedar tindakan ini mungkin satu perbuatan khianat untuk membakar pejabat MCA, lalu membuat laporan polis bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya. Hong Wui berkata, pihaknya berharap pihak yang melakukan perbuatan itu dapatlah ditahan secepat mungkin. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved