06 di bera pahang - Google Blog Search |
Rupanya "ADUN Taman Templer" Anak Peneroka <b>Bera</b> Posted: 20 Jun 2013 09:03 AM PDT Di Pahang, kawasan Felda menjadi benteng UMNO BN yang kukuh dan kejap dalam PRU yang lalu. Bahasa sekarang disebut 'fixed deposit' UMNO. Sukar untuk PR memenanginya. Bawalah isu apa saja, penipuan didedahkan dan tawaran Pakatan diberikan, nampaknya mereka tidak peduli sangat. Buktinya, kesemua peti undi Felda di Pahang secara majoritinya memihak kepada BN. Ada 25 daripada 42 DUN Pahang memiliki peti undi kawasan Felda, dan 12 daripada 14 kawasan parlimen. Bukan tidak ada anak-anak peneroka, ataupun generasi kedua Felda yang tidak berkarisma dan dan mempunyai daya kepimpinan yang menjadi pilihan. Tetapi dalam kawasan-kawasan Felda di Pahang, semua itu tidak dilihat. Yang peneroka nampak hanyalah calon-calon UMNO saja, meskipun tidak mempunyai kelulusan. Tetapi anak peneroka Pahang boleh berjaya menjadi pemimpin dan dipilih sebagai wakil rakyat, asal saja bertanding di luar Pahang. Contohnya ialah Zaidy Abdul Talib, ADUN Taman Templer, Selangor yang menang PRU baru-baru ini. Ada laporan mengatakan beliau adalah anak peneroka di sebuah tanah rancangan Felda di Bera (Pahang) tetapi menabur bakti di bumi Selangor. Anak Bera itu kini sudah menjadi YDP PAS Selayang. Pada PRU lalu, Zaidi mengalahkan calon 'gergasi' UMNO iaitu Dato' Subahan Kamal Omar Din (mahaguru silat yang cacat). Subahan ialah bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia dan pengurus pasukan bola sepak kebangsaan sekarang. Pada PRU lalu Zaidi menang besar iaitu dengan 7,467 undi. Jika Zaidi bertanding mana-mana kerusi DUN di Bera atau Pahang (kawasan Felda), belum tentu beliau boleh menang berdasarkan trend pada PRU-13 lalu. #sumber |
You are subscribed to email updates from di bera pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen