ads

Selasa, 4 Jun 2013

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


Cuti-cuti : Pasar Pagi <b>Brinchang</b> - Cameron Highland - Dunia Diana

Posted: 21 Apr 2013 10:24 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
Tempoh hari aku dah cerita tentang perjalanan ke Cameron Highland pada bahagian yang pertama. Hari ini tentunya bahagian kedua. 
Setelah cukup rehat dan hilangkan sedikit lelah. Pagi Isnin (15 April, 2013) sekitar jam 11.00 pagi kami ke Pasar Pagi Brincang. Kami beruntung, walaupun tidak dapat singgah dan melawat pasar malam di sini, kami beruntung kerana Pasar Pagi di Brinchang akan diadakan setiap hari Isnin mulai jam 7 pagi hingga ke jam 12 tengahari.
Pasar Pagi Brinchang menawarkan pelbagai barangan meliputi barangan harian, sayur-sayuran, strawberry, bunga-bungaan dan pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang. Aku tak beli banyak barang sebab mempunyai ruang dan jarak yang terhad untuk membeli. Kalau membeli sayur-sayuran, manakan mungkin sampai ke Johor dengan elok kan.
Semasa di Pasar Pagi Brinchang, aku cuma membeli cenderahati untuk kawan-kawan di pejabat, teh cameron highland, makan strawberi coklat, makan aiskrim malaysia strawberi dan macam-macam lagi. Apa yang menarik perhatian tentulah bunga-bungaan yang dijual di sana.
Wah, memang cantik-cantik dan segar bunga yang dijual. Harganya juga jauh lebih murah berbanding harga di bandar. Patutlah Ahmad Seth Tan boleh hadiahkan satu boot kereta bunga untuk Nora Elena. (Pulak dah..) SiDia turut menghadiah aku sejambak bunga. Sweet sangat-sangat kan. Kalau ikut hati memang banyak aku nak beli tapi memang kena tahan nafsu masa ini.
Gambar-gambar sekitar Pasar Pagi Brinchang aku tak sempat rakamkan kerana sibuk membeli-belah. Berikut adalah beberapa gambar Pasar Pagi Brinchang dari En. Google.
Murahkan harga sayur-sayuran di sini. Aku yang sangat addicted dengan sayur rasa mesti best duduk sini sebab sayur murah. Huhu.. Buah-buahan paling terkenal tentulah strawberi. Kami tak beli sebarang strawberi di sini sebab kami memang merancang untuk merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberi di ladang. Kalau ada yang dibeli pun, strawberi kering dan kami makan strawberi coklat dengan harga 3 batang RM5.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved