ads

Selasa, 25 Jun 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Belia Maran Berkampung <b>Di Cameron Highlands</b> - Suara Generasi <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 07:19 PM PDT

IMG-20130622-WA0001

Cameron Highlands — Belia merupakan harapan dan penentu masa depan negara dalam mencapai negara aman, makmur dan maju setanding dengan negara-negara maju yang ada pada masa kini. Dalam usaha mempersiapkan lebih ramai para belia dalam menghadapi masa depan yang semakin mencabar, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Baru-baru ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran telah menganjurkan Program Kursus Organisasi Tahap 1 Peringkat Daerah Maran dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands. Program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh 33 orang belia dari sekitar daerah Maran dengan jayanya.

IMG-20130621-WA0007

Bagi tahun ini, pihak penganjur telah memilih Hotel Titiwangsa Cameron Highlands, Pahang sebagai lokasi untuk menjalankan program kursus ini. 2 orang pensyarah telah dibawa khas ke program ini untuk menyampaikan ilmu yang amat bermanfaat kepada para belia pada masa kini.

IMG-20130621-WA0009

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Cameron Highlands selaku tuan rumah dan diiringi oleh Puan Saniah serta Encik Said selaku pegawai dan penolong pegawai dari Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Maran.

IMG-20130621-WA0006

Dikesempatan ini juga, pihak penganjur mengambil kesempatan untuk membawa para peserta belia ini untuk melihat sendiri ladang teh yang diusahakan di sekitar Cameron Highlands dan menikmati teh segar keluaran Cameron Highlands. Program sebegini diharap dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan oleh para peserta belia ini dalam menguruskan sesuatu organisasi belia di tempat masing-masing sekembalinya mereka ke kawasan masing-masing.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved